Friday, December 25, 2009

PMR 2009

Along dapat 8A dalam PMR yang diumumkan semalam. Hanya lebih kurang 6% sahaja yang dapat semua A daripada lebih 400,000 pelajar seluruh negara yang menduduki PMR. Semoga ianya akan menjadi sebahagian daripada lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi di masa hadapan. Selain pandai dalam akademik, Ayah dan Umi doakan semoga Along juga jadi anak yang beriman, solehah dan berbudipekerti mulia. Kejayaan akademik hanyalah sebahagian daripada proses kehidupan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Anyway, congrats Along... Ayah dan Umi love you and proud of you. Aunti Ida, Cik Ana, Cek Din dan Mushu ada hadiah ke?

Wednesday, December 16, 2009

LEMBU


Alhamdulillah. Rasa macam sihat. Hopefully sihat walau dah makan banyak daging lembu sempena Raya Korban. Sekarang dah kena makan ubat kolestrol pulak. Lebih sebulan tak menulis di sini. Memang sibuk. Selepas cuti panjang MC IJN, terus sibuk dan menyibuk. 2 hari lepas di Parlimen, ada Economic Council dan discussion. Tapi biasalah kerja sebagai gurka saja...Anyway balik cerita pasal korban, di Malaysia tentulah lembu kena korban sebab tak banyak unta atau hampir tiada unta. Disini ada cerita pasal lembu. Copy dari blog lain. Walaupun dah lama cerita ni dicirculate tapi bila baca masih relevent dan ada maksud tersirat yang boleh diteladani:






SOCIALISM
You have 2 cows. You give 1 cow to your neighbor.

COMMUNISM
You have 2 cows. The state take over both cows and give you 2 cans of milk.

FASCISM
You have 2 cows. The state take over both cows and sell the milk to you.

NAZISM
You have 2 cows. The state take over both cows and shot you.

BUREAUCRATISM
You have 2 cows. The state take over both cows, shot one, get the milk from the other and throw it away.

AN AMERICAN CORPORATION
You have 2 cows . You sell one, and force the other one to produce milk as much as 4 cows. Then, you hire a consultant to analyze why the cow died. (Malaysia pun buat macam ni sebab tu ramai Con sultant)

A FRENCH CORPORATION
You have 2 cows. You go in the street, gather the mass, blockade the street, because you want 3 cows.

A JAPANESE CORPORATION
You have 2 cows .You redesigned them so they can produce 20 times as much milk. Then you create a cartoon profile of smart cow named "Cowkimon" and sell it to the world.

A GERMAN CORPORATION
You have 2 cows. You redesigned them so they can live for more than 100 years, eat only once a month, and they can milk each others.

AN ITALIAN CORPORATION
You have 2 cows, but you don't know where they are. So you decide to go out for lunch.

A RUSSIAN CORPORATION
You have 2 cows.You count them and dream what if you have 5 cows . You count them again and dream what if you have 42 cows . You count them again and realized that you only have 2 cows. You stop counting and open a bottle of Vodka. (Ni paling best)

A SWISS CORPORATION
You have 5000 cows. None of them are yours. Then you charge administrative fee to the owners for keeping there.

A CHINESE CORPORATION
You have 2 cows . You have 300 people to milk those cows. You say that there is low unemployment and domestic demand is high, hence the milk production value is high. You arrest reporters who report the truth.

AN INDIAN CORPORATION
You have 2 cows. You worship them.

BRITISH CORPORATION
You have 2 cows. Both are mad cows.

IRAQ CORPORATION
Everyone thinks you have many cows. You tell them you don't have them. No one believes you, so they bomb and invade your country. They couldn't find any but they insist that you still have many cows.

Wednesday, November 04, 2009

ANGIOGRAMS DAN CUTI

Lepas tengok Cuci minggu lepas, minggu ni kena cuti pulak seminggu. Khamis lepas buat Eksekutif Screening Programs di IJN. Check darah, paru-paru dan jantung. Keputusannya, acid uric tinggi. Paru-paru OK tetapi bila buat stress test, grafnya kurang baik. Doktor Emily kata "you have to go for angiograms. I'am free tomorrow, we can do it early tomorrow morning. Datang esok sebelum 7.30 pagi dan jangan makan selepas 10pm malam ni." Dia explain lebih kurang mengenai prosedurnya. Dah sumbat ke jantung aku ni? Masa tengok Cuci dan GP motor minggu lepas, memang aku rasa lain macam. Dengan selamba Dr. Emily kata "You terkejut ke? Tomorrow we will know whether your heart ada blockage atau tidak." Speechless. Esok pulak tu nak buat. Major problem ke? Aku dah gelabah. Sebelum ni member baik yang baru awal 40an pun dah kena buat angioplasty, ada blockage. Suspense jugak. Anyway, hari Jumaat keesokannya, aku ajak Along dan Jijin temankan sebab wifey sibuk dengan exam. 7.30 pagi dah sampai di IJN dan daftar di Wad Kecemasan sebelum dibawa ke Day Care di tingkat 2, bangunan baru IJN. Ada 3 orang yang mendaftar di Day Care pada hari itu. Seorang tentera berumur tak sampai 30 tahun, aku dan seorang lagi pesara berumur lebih kurang 65 tahun. Lebih kurang jam 10 pagi aku dibawa masuk ke bilik Angio. Peralatan lebih kurang dalam gambar tetapi di IJN peralatannya lebih canggih dan masih baru. Prosedurnya lebih kurang dalam laman web ini dan mengambil masa 45 minit. Boleh rasa wire dimasukkan dalam tangan sehinggalah ke jantung. Dye dilepaskan dijantung dan dapat lihat discreen urat berwarna hitam. Sekiranya garisan hitam terputus bermakna terdapat blockage. Dr. Emily kata tak ada blockage, stress test tak berapa tepat. Walau bagaimanapun kena rehat di wad sampai jam 3 pm untuk observation. Baring dan tengok TV. Biliknya pun cantik, bersih dan besar. Tangan kebas dan mungkin darah keluar banyak kalau banyak pergerakan. Jam 3.30 pm aku dibawa dengan kerusi roda untuk buat Echo bagi memastikan jantung berfungsi dengan normal. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 pm Dr. Emily datang ke wad dan maklumkan bahawa jantung aku OK tetapi kena ambil ubat untuk kurangkan kolestrol dan rehat di rumah selama seminggu. Bagus jugak buat medical check up awal especially umur dah lebih 40 tahun. Kepada kawan-kawan yang dah berumur lebih 40 tahun tu eloklah check up for early detection. Yang ada 2 cawangan atau lebih, lagi baik buat full medical checkup sebab performance enjin kena tip top selalu. So, minggu ni aku duduk kat rumah sajalah sambil tengok laman yang semakin menghijau dan check kontraktor yang sedang buat renovation rumah. Nampaknya bos dan assistant aku tengah pening kepalalah minggu ni. Anyway, kereta baru pun kadang-kadang kena masuk workshop jugak bos inikan pulak kereta lama...

Tuesday, October 27, 2009

CUCI dan VIP

Sabtu lepas (24 Okt 2009) sibuk cuci tapi bukan cuci tandas tapi pergi tengok Cuci the Musical di Istana Budaya. Ceritanya OK tapi panjang sampai ke maghrib, nasib baik sempat sembahyang asar. Yang aku respect pelakon pentas ialah keupayaan menghafal semua dialog-dialog. Kalau masa student dulu dia orang hafal macam tu mungkin afdlin, hans, AC, awie, dan Vanida ni jadi loyar, engineer atau doktor agaknya. Kalau awie study macam dia hafal skrip, mungkin dia tak jadi penyanyi rock agaknya. Aku nak hafal point untuk public speaking 10 minit pun ambil masa 2 hari. Itu pun ada juga point tertinggal sebab tak boleh tengok note.

Yang menarik organizer minta aku dan Aiman duduk kerusi VIP, selang 2 kerusi dari Pengiran Bini Azrinaz Mazhar Hakim, wife Sultan Brunei yang turut datang menonton. Dia datang dengan Ferrari Merah bersama outriders. Cantik tapi dah tembam sikit. Dulu-dulu minat jugak tengok paras rupanya bila dia jadi wartawan TV3. Sekarang dah jadi isteri Pemimpin negara yang kaya. Dulu dia terpaksa mengejar VIP untuk berita, sekarang orang lain perlu layan dia sebagai VIP. That's life man!

Monday, October 19, 2009

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN DI BULAN SYAWAL

Hari ini hari terakhir Syawal. Ada yang kata tak wajar lagi 'berhari raya' pada hari ini.

Ramadan dah berlalu sepurnama dan Syawal juga sudah tiba ke senja. Sebulan berlapar dan sebulan juga kekenyangan macam ular sawa. Agaknya kena kurangkan budaya open house dalam bulan syawal. Kalau nak buat open house jugak mungkin boleh buat bulan-bulan lain. Banyak sangat makanan dan banyak makan. Bukan nak kata orang, nak kata pada diri sendiri. Majlis Raya dengan karaoke pun ada juga. Selain tu, banyak pulak sakit 'post raya'. Masa puasa kosong aje klinik, tapi masa syawal ni full house pulak klinik. Mungkin ada cara lain seperti sebahagian bajet raya diberi kepada masjid, anak-anak yatim, fakir dan golongan yang memerlukan dalam bulan syawal. Mungkin itu lebih baik.

Wednesday, September 16, 2009

MALAM LAILATUL KADAR

Malam ini adalah malam ke 27 Ramadan. Apakah malam ini malam Lailatul Kadar? Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Bagi mereka yang tidak pernah tinggal ibadat malam di bulan Ramadan mungkin akan berjumpa jika diizinkanNya. Dan mungkin juga malam ini... siapa tahu!

Friday, September 04, 2009

MASJID BESI PUTRAJAYA

Hari ini 14 Ramadan, bersembahyang Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi, Putrajaya. Ini adalah sembahyang Jumaat pertama yang diadakan di masjid besi walau ianya telah dibuka semenjak awal Ramadan. Besar, cantik dan kontemporari. Open concept dan dewan sembahyang dikelilingi kolam yang seakan bersambung dengan tasik Putrajaya. Jemaah ramai dan memenuhi kawasan berkarpet. YAB PM pun turut sama bersembahyang.


Thursday, September 03, 2009

SAPI BETINA

Cuma berkongsi. Surah Al Baqarah(Sapi Betina), ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Tuesday, September 01, 2009

PUASA

Puasa dah 11 hari. Macam makin penat saja. Sembahyang terawih pun ada yang compang camping dah ni. Rasa gagah pergi surau, kalau tak di rumah saja dan kalau rasa flat memang jawabnya burnlah tu. Dah 3 hari burn. Macam mana nak kuatkan semangat untuk beribadah? Minggu depan bila semangat shopping pulak tiba, lagi bahaya... Ada kawan yang dah berhenti berblog. Baguslah. Mungkin nak tambah ibadat. Blog banyak-banyak pun buang masa saja. Nanti tak sedar dari malam sampai sahur 'beribadat' depan komputer.

Cakap pasal puasa ni, teringat masa menyewa dengan bebudak bujang di AU2 Keramat dalam tahun 1995. Aku sorang saja yang dah berkeluarga, yang 5 orang lagi tu masih bujang senang lagi. Bila aku balik kerja jam 5.30-6.00 pm, ada 2 orang member kamcing ni dah pun beristirehat di rumah. Dah melantak dah. Cara melantak pun nampak lebih lapar dari orang yang puasa.Tak tahulah berapa hari dia orang ni puasa, mungkin juga lebih banyak tak puasa dari puasa. 2 orang budak ni memang baik dan nampak baik. Aku suka lepak dalam bilik dia orang. "Lapar bang!!, tak tahan..." jawab mereka bila aku tanya kenapa tak puasa. Dia orang ni kerja despatcher dan akan balik rumah lebih awal bulan puasa untuk mentekedarah. Selepas keluar dari rumah bujang, aku tak pernah jumpa lagi budak berdua ni. Mungkin mereka dah berkahwin dan ada anak. Minta-minta dia orang ni dah berubah, tak tinggal sembahyang dan puasa.

Thursday, August 27, 2009

BIRTHDAY ALONG KE 15

Dah lama tak mengemaskini blog. Nampaknya kaum kerabat yang lain pun dah tak ada masa nak update blog masing-masing. Mungkin menulis memerlukan kesungguhan, kemahuan yang tinggi dan disiplin. Dengan tugas harian dan aktiviti yang memenuhi jadual, memang sukar untuk aku menulis walau sesimple catatan di blog. Masa begitu pantas berlalu. Along dah berumur 15 tahun pada 4 Ogos 2009. Anak dara dah. Sebagai tanda ingatan, wifey ada buat aktiviti yang dia memang suka buat. Semoga Along diberi kesihatan yang baik, budi dan akal yang cemerlang dan mendapat keredhaaan Allah dalam kehidupan. Berusahalah untuk jadi anak dan insan yang lebih baik pada hari-hari esok dan akan datang.

Wednesday, July 22, 2009

MAT MOTOR DAN MAT REMPIT

Kalau nampak budak-budak menunggang motor, Ajmal akan panggil lempit (mat rempit lah tu). Dia belum dapat beza antara mat rempit sebenar dan penunggang biasa. Dia akan buat aksi menunggang basikal sambil meniarap sama macam mat rempit. Umur 3 tahun pun dah tahu nak merempit. Hopefully bukan disebabkan adanya gene melayu... Banyak aksi merempit tetapi aksi dalam gambar sebelah ini jarang sekali dibuat. Kurang pasti dari spesies mana mat rempit sorang ni. Dia bukan sahaja menunggang motor tetapi tidur sekatil dengan motornya sambil berpelukan. Dunia ni memang pelik.

Friday, July 03, 2009

SIGN OF AGEING DAN PRODUKTIVITI

Minggu ini menghadiri 2 mesyuarat lembaga pengarah, 1 mesyuarat audit dan juga launching of FELDA Global di luar ofis. Sangat penat. Nampak macam banyak kerja tapi bila balik ke ofis hilang semua semangat untuk bekerja. Sangat tak produktif. Kena makan banyak vitamin agaknya atau mungkin inilah sign of ageing. Mungkin juga perlu bercuti agaknya. Baring di atas pasir-pasir putih di tepi pantai. Mendengar deru ombak menghempas pantai dan melihat langit membiru di atas sana. Memang aku perlu cuti...Kalau dapat pergi tempat macam dalam gambar ni...

Mengenai launching, YAB PM baru saja lancarkan FELDA Global sebagai peneraju kepada usaha FELDA untuk menjadi global player dalam industri perladangan dan pertanian serta aktiviti hiliran berkaitan perladangan bagi tempoh 50 tahun kedua akan datang. Tanggungjawab pengurusan dan kakitangan sangat besar memandangkan Felda sedang menguruskan 850,000 hektar ladang termasuk 110,000 hektar yang dipunyai oleh peneroka. Felda Hlgds ada 60 syarikat direct, indirect, bersekutu dan JV dengan turnover lebih RM10 bilion pada tahun 2008 dan mungkin meningkat sehingga RM15 bilion pada masa akan datang. Didoakan semoga hasrat Felda terlaksana dan memberi faedah kepada ramai stakeholders termasuk kaum peneroka di luar sana.

Thursday, June 25, 2009

TERSURAT DAN TERSIRAT

Banyak perkara tersurat tidak sukar difahami tetapi yang tersirat tersimpan untuk diterokai. Terkadang sesat untuk memahami yang tersirat dan begitu sukar untuk mengerti yang tersurat. Kehidupan ini adalah satu perjalanan warna warni, banyak tersurat dan tersirat. Harus teliti mentafsir untuk memahami erti sebenar setiap suratan kehidupan. Mungkin ada ketika terkeliru berpanjangan, beberapa simpang terlepas pandang.

Sunday, June 14, 2009

GAJAH DAN RUSA DI KUALA GANDAH, LANCANG

Wifey bersungguh-sungguh untuk tengok gajah sempena cuti sekolah. Katanya anak-anak yang nak tengok gajah. Betul ke? Setiap malam tidur dengan Sang Gajah dan anak-anak gajah pun masih nak tengok gajah. Anyway bagi memastikan hasrat dan hajatnya tercapai, kami ke Kuala Gandah, Lancang pada Khamis 4 jun 2009. Tiba lebih kurang jam 11.00 pagi. Oleh kerana aktiviti bersama gajah mula jam 2.30 pm, kami ke mini zoo berhampiran yang dikenali dengan nama Deerland. Terdapat banyak rusa, beberapa binatang lain seperti burung unta dan beruang. Boleh pegang dan beri makan. Budak-budak suka. Maknya tentulah lagi suka. Bapaknya OK saja.

Aiman dan Shakireen menunggang gajah. Tak ada pelapik. Boleh pegang dan boleh mandi dengan gajah.

Tuesday, May 26, 2009

NAZA RIA CYLINDER LINING PROBLEM

Naza Ria masuk bengkel pada 14 Mei 2009. 28 Mei 2009 dijangka siap. Tipikal masalah enjin Ria. Cylinder lining longgar menyebabkan air radiator masuk dalam enjin bercampur dengan minyak hitam. Jadi teh tarik. Mekanik kata mungkin overheating atau tear and wear. Mileage dah 171,000 km bagi tempoh 4 1/2 tahun. Tak banyak kereta yang guna lining dalam cylinder. Agaknya ni design defect. Enjin land rover pun ada cylinder lining tapi lebih tahan. Mungkin teknologi Korea tak sehebat teknologi Europe atau Jepun. Kosnya, waduh...boleh pergi umrah sekali lagi.
Pemilik Ria kena kerap cek air. Kalau air radiator berkurang dengan cepat, cepat-cepat pergi bengkel. Kalau nasib baik mungkin cuma ada bocor diluar enjin sama ada, radiator, water pump atau T-pipe. Kalau nasib tak baik, mungkin air dah masuk dalam enjin. Kalau kipas radiator dan water pump tak berfungsi dengan baik pun boleh menyebabkan overheating dan overheating ni pulak menyebabkan lining dalam cylinder longgar. Kalau kereta lain, overheating menyebabkan gasket terbakar dan air masuk dalam enjin. Mungkin overhaul proton dan Perodua tak lebih RM2K sahaja.
Cylinder Block dan piston (V6). Enjinnya kelihatan kecil walaupun dengan kuasa 2500 cc. Mungkin body sebesar Ria perlu enjin 3000 cc. Terdapat karat di sekitar cylinder sebab tak guna coolant. Ada mekanik kata tak payah guna coolant, guna air biasa saja sebab radiator dibuat dari aluminium. Coolant yang murah mungkin boleh menghakis radiator. Tapi blok enjin ni dibuat dari besi bukannya aluminium. Macam-macam teori. Jumpa mekanik lain, lain pulak teori dia. Yang penting, kereta aku boleh jalan macam biasa. Hopefully untuk banyak tahun lagi tanpa mengeluarkan wang ribu-ribu.


Wednesday, May 20, 2009

KEMBARA UMRAH


Bila membaca blog-blog mengenai umrah, teringat kembali perjalanan bersama ibubapa dan adik-adik (auntida dan sleepyhead) ke tanah suci setahun yang lalu pada 22 Mei 2008. Penerbangan terus KL-Madinah memudahkan urusan logistic kerana membawa Mak yang berkerusi roda. Catatan lepas di sini.Walau tempohnya pendek, tidak seperti ibadah haji, pasti ada cabaran dan ujian yang menanti. Kita akan melangkah ke benua yang berbeza suasana dan budaya. Bertemu dengan berbagai ragam dan rupa manusia yang hadir di satu tempat yang sama demi mendapat keredhaan Allah dan demi memperolehi nikmat iman dan Islam. Persepsi, pengalaman dan emosi setiap tetamu Allah tentu sahaja berbeza.

Kembara ibadah kami seramai 41 orang membawa pelbagai cerita. Ada yang menarik dan ada yang tidak. Tetapi tiada yang pelik seperti yang pernah diceritakan oleh ustaz-ustaz dan tetamu Allah yang terdahulu. Tentu sahaja perjalanan ibadah umrah yang yang hampir 2 minggu ini tidak lengkap sekiranya tidak diselang seli dengan cabaran, ujian dan pengajaran agar kita semua menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik di masa hadapan. Walau pun ada salah faham antara kumpulan kami dengan mutawif yang celupar dan tidak cekap dalam mengendalikan urusan umrah, Alhamdulillah secara keseluruhan kembara berakhir dengan baik dan lancar. (Nota: kumpulan ni memang straight forward sebab terdapat lawyer, pensyarah kanan, peniaga, korporat, imam yang garang, konsultan, fotographer dan pentadbir). Semoga Allah memberkati, merahmati usaha-usaha kami dan mengampuni dosa-dosa kami.

Bagi yang belum pernah dan bercita-cita eloklah bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu fokus kepada tujuan ke tanah suci memandangkan tempat yang akan kita lalui adalah berbeza dengan negara kita sendiri samada dari segi penduduknya, budaya, pemikiran dan suasana. Mungkin perkara-perkara kecil akan menjadi besar dan menganggu konsentrasi tujuan sebenar kita ke tanah suci. Selama di Mekah dan Madinah kita banyak berinteraksi bukan sahaja dengan orang Arab tetapi dengan bangsa-bangsa lain seperti Bangladesh, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain rakyat negara miskin yang mempunyai mentaliti yang tidak sama dengan kita. Sesiapa yang baru pertama kali pergi eloklah ambil ingatan.

Kemampuan kewangan juga penting. Dengan perbelanjaan yang sesuai dengan kemampuan kita, mengikut logik fikiran setidak-tidaknya tentulah kita merasa lebih selesa dengan pakej yang lebih baik. Kalau pakej terlalu murah sedangkan kita mampu, mungkin kita merasa kurang selesa, terpaksa berkongsi dalam bilik hotel yang sempit, jauh dari masjid, makanan yang tidak menepati selera dan penerbangan yang melibatkan transit berjam-jam yang mungkin tidak sesuai untuk orang tua. Namun bergantung kepada individu, ada orang lebih suka berkongsi ramai-ramai kerana lagi meriah. Terpulang kepada objektif masing-masing. Kita pergi untuk beribadah bukan melancong.

Bagi mereka yang selalu menguruskan masa dengan baik ketika di Malaysia perlulah bersedia dengan masalah pengurusan masa, kelewatan dan sebagainya yang mungkin mengganggu emosi dan konsentrasi. Kena banyak bersabar. Ini pun salah satu ujian. Tetamu-tetamu lain juga ramai manakala servis yang diberikan bukanlah 5 Star kecuali bersedia membayar berlipat kali ganda. Itu pun belum tentu semuanya berjalan lancar. Ujian mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Namun yang penting ingat balik tujuan ke Mekah. Selagi kita fokus dengan tujuan, Insya Allah kita akan merasa selesa.

Persediaan spiritual sebelum pergi juga penting. Kalau rajin dan berkesempatan, eloklah buat persediaan dengan bangun malam, beribadah dan berdoa agar dimudahkan segala urusan. Mungkin bagi mereka yang sentiasa rasa belum bersedia atau belum sampai seru, untuk Umrah dan Haji mungkin boleh baca buku yang simple “Travelog Haji” tulisan Prof Kamil. Buku ini tidaklah membicarakan tentang ibadah secara khusus tetapi lebih kepada pengalaman peribadi penulis namun niat, semangat dan kesungguhan untuk melakukan ibadah boleh menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada bakal tetamu-tetamu Allah. Pada pendapat aku, kalau ingin ke sana, tetapkan sahaja tarikhnya, duit boleh dicari dan Insya Allah rezeki akan mencukupi, dan dengan bantuan Allah, halangan lain juga boleh diatasi. Siapa tahu Allah akan bagi ‘miracle’ kalau kita tetapkan tarikhnya dan bermohon kepadanya. Perkara-perkara lain akan dipermudahkan. Insya Allah.

Monday, May 18, 2009

MEE HAILAM WAK SARIP DAN ROJAK GHANI KLANG


Acara makan-makan selalu menjadi agenda utama di Malaysia. Tak hairanlah kedai makan dan restoran ada dimana-mana. Antara tempat yang kami kerap kunjungi ialah Kedai Mee Wak Sarip di Emporium makan Klang. Walaupun hidangan ini adalah Mee Hailam tapi pengunjung hanya memanggilnya mee goreng. Tukang masaknya Wak Sarip dah meninggal dan kini diwarisi anak perempuannya. Walau tak sehebat zaman Wak Sarip, tapi rasanya masih sedap. Mungkin juga mee Hailam paling sedap di Klang dan di Lembah Klang. Wifey kata, mula-mula makan dulu dalam tahun 1997, sampai termimpi mee goreng ni. Tak tahulah apa ramuan arwah Pak Sarip guna. Di hadapan kedai Wak Sarip pulak ada sebuah Kedai rojak/pasembur. Sangat terkenal dan telah beroperasi semenjak 30 tahun dulu iaitu Rojak Ghani. Cucurnya digoreng panas-panas dan kuah kacang yang memang sedap. Sebelah Kedai Wak Sarip pulak ada satay dan mee jawa yang diuruskan oleh anak-anak Wak Sarip. Lokasi dan suasana memang tidak menarik tetapi kalau ingin keenakan mee hailam, rojak dan satay dalam suasana 80-an bolehlah cuba. Orang Klang atau Shah Alam tentu biasa.

Tuesday, May 12, 2009

PENANTIAN

Hari ini teringat mengenai lagu Penantian nyayian arwah Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni. Bagi mereka yang berumur 35 atau 40 tahun ke atas tentu lirik dan melodi lagu ini masih tersimpan rapi di ingatan. Memang sukar jika menanti. Tak kira sama ada menanti orang yang disayangi, menanti dan menunggu khabar berita atau apa saja yang tak kunjung tiba tentulah menyeksakan. Tapi aku bukanlah menanti kekasih hati sebab tiap-tiap malam kekasihku setia menemani. Bukan seorang tapi ada 2 lagi kekasih kecil…Bukan lagi kedinginan tetapi kepanasan yang amat. Anyway, elok juga sesekali menghayati lirik ni sebab memang aku sedang menanti…

Harmoni - Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Bagi kredit sikit kat Kumpulan Harmoni. Kumpulan Harmoni merupakan sebuah kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Doa dan Penantian.Ditubuhkan pada tahun 1973 Ketika itu, kumpulan ini sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk majlis deklamasi puisi anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) atau Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Ketika itu, Zubir dan Joei adalah salah seorang tenaga pengajar di Intitut Teknologi Mara (sekarang Universiti), manakala Ogy dan Azie pula adalah antara pelajar di institusi pengajian yang sama.

Melihat mereka kerap mengadakan persembahan pentas, penggubah dan pemuzik, Zalikamari kemudian mempelawa Harmoni untuk merakamkan lagu. Pelawaan diterima dan pada tahun 1980, lahirlah album Penantian terbitan Titra Musical dan diedarkan EMI.

Dalam album itu mengandungi lagu seperti Penantian, Doa dan Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang - semuanya segar hingga sekarang. Sambutannya baik apabila dilaporkan mencatat jualan hampir 50,000 unit.

Tidak lama selepas itu, Harmoni muncul dengan album kedua berjudul Nyanyian Ombak. Bagaimanapun, selepas itu, kumpulan ini agak tenggelam biarpun nama mereka terkenal.

Kumpulan ini tidak berpecah, cuma sukar untuk bergabung semula. Ini kerana Joei melanjutkan pengajian San Francisco dan bekerja di sana. Begitu juga dengan Ogy yang juga menyambung pelajaran di luar negara. – Sumber Wikipedia.

Tuesday, May 05, 2009

THERE IS MAGIC IN SOLAT HAJAT

Aku mempraktikkan solat hajat semenjak dari tingkatan 3 lagi bukan sahaja ketika mengalami musibah tetapi bila-bila sahaja ketika berhajatkan bantuan Allah. Aku bukanlah dari golongan bijak pandai dan alim. Tidak juga kaya harta dan berkedudukan tinggi tetapi aku tetap percaya bahawa Allah akan memperkenankan sebahagian besar permohonan kita jika tidak semuanya. Jika tidak diperkenankan hari ini, mungkin esok atau pada satu hari yang baik pada masa akan datang. Jika apa yang diperolehi tidak yang terbaik, mungkin antara yang terbaik. Jika tidak antara yang terbaik, mungkin baik bukan sahaja untuk kita tapi untuk orang-orang disekeliling kita.Itu lebih penting. Hanya Dia yang maha mengetahui. Alhamdulillah, setakat ini aku masih bersangka baik dengan ketentuan Allah. Aku pernah melihat dan merasa the magic of solat hajat dan pasti ramai yang lain turut melihat bukti kebesaran Allah dan merasa nikmatnya. Mintalah dengan Allah, Dia pasti akan memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Tentu sahaja apa yang kita minta mesti bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan cara hidup kita. Kita tidak dapat semuanya dan segalanya. Perkara yang sama aku katakan pada Sleepyhead, usaha dan mohon kepadaNya. There is magic in Solat Hajat. Untuk Shaheera dan Aiman juga… There is Magic in Solat Hajat. Lakukan sendiri supaya Allah mendengar rintihan dan permohonan hambaNya.

Tuesday, April 28, 2009

POLITIK MALAYSIA

Politik Malaysia masih huru hara. Pada awal 90an sebelum masalah ekonomi dan politik, orang lebih suka cerita tentang wang sebab tiada isu yang lebih penting dari buat wang terutama di Stock Market. Pada tahun 91-96 umpamanya sangat ramai yang duduk di depan computer screen tanpa membuat kerja selain memantau turun naik pasaran saham. Di securities firm pula ramai yang memenuhi ruang sempit di depan screen seperti menonton bola di restoran mamak. Aku pun sama join tetapi tidak aktif. Lebih banyak rugi dari untung tetapi biasalah kisah keuntungan akan diceritakan manakala rugi disimpan. Sikap racist di kalangan rakyat Malaysia ketika itu mengalir lesu walaupun ada terasa riak kecil yang terus bergerak kerana kita waktu itu rakyat malaysia terlalu sibuk berkongsi kek yang terlalu besar untuk dihabiskan. Politik adalah perkara terakhir dalam kehidupan harian.

Gelombang di dasar lautan yang berterusan semenjak belum merdeka lagi pernah dimanifest dengan tsunami 1969 yang menyebabkan kekacauan dan kematian. Hari ini gelombang yang begitu lesu di awal 90an tersebut semakin berombak kerana kurangnya perhatian. Apakah gelombang ini akan mampu mengganas menelan kedamaian negara tercinta ini dan menelan perpaduan yang terbina bila ia kembali menjelma sebagai tsunami? Dengan berkembangnya ICT, isu politik diperdebat bebas secara virtual oleh semua golongan termasuk golongan bangsawan dan yang melepak di jalanan. Isu-isu perkauman dimainkan dan diulas berjela. Dengan tiba-tiba lahir begitu ramai pemblog politik, tidak kira tua atau muda. Politik hari ini telah menjadi megastar dan tumpuan seperti Stock Market di awal 90an. Selain menjadi penulis, ramai sekali menjadi penonton yang menuang minyak ke dalam api yang kian membesar. Cerita dan berita tersebar terlalu pantas sehingga tiada ruang untuk menilai dan meneliti. Tiada yang lebih penting dan utama dari bercerita tentang politik melayu, cina dan india dan lebih menakutkan sentimen perkauman menjadi hangat dan membakar bukan sahaja jari tetapi keseluruhan diri sendiri lebih-lebih lagi bila ditokok dengan cerita yang samar-samar dan dongengan...

Kita sendiri menjadi semakin lemah dan apologetik(?) sehingga ada yang mengambil kesempatan dengan cara yang tidak mengenang budi. Sejarah lampau dilupai untuk menjastifikasi kerakusan untuk memonopoli kesemua kek yang semakin kecil. Kita kadang-kadang lupa masih ada dokumen lama yang menceritakan bagaimana generasi terdahulu membina asas negara tercinta ini. Mungkin juga apa yang berlaku adalah kesilapan kita yang melupakan subjek penting dalam hidup iaitu Sejarah Negara kerana beranggapan apa yang lepas hanya layak dimuziumkan atau didokumenkan di Arkib Negara. Sudah sampai masa kita melihat seketika ke belakang sebelum terus melangkah ke hadapan. Eloklah bertanya pada diri sendiri. Apa lagi harta yang kita ada bila hampir semua tanah yang dipijak milik orang. Kuasa apa lagi yang kita ada bila tangan dan kaki kita telah dipatahkan. Semangat apa lagi yang tinggal bila telinga kita dipulas dan hidung kita ditarik dan disentak seperti lembu. Islam apakah kita bila umat seagama menjadi seteru. Tiada apa lagi. Tapi kehidupan kita bukan bernoktah di sini. Aku suka dengan ucapan bekas President MIC dan President MCA. Ia hanyalah sejarah yang tidak memberitahu apa-apa tentang masa hadapan kita tetapi inilah asas yang terbina yang perlu difahami oleh generasi akan datang untuk membangunkan sebuah negara yang maju, aman damai dan sejahtera.

i. Ucapan oleh Presiden MIC, V.T. Sambanthan di Dewan Rakayat pada 1 Jun 1965:

… in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do -- since we are speaking on racial lines -- what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma.Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens ...As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am a 10 percent minority race here. But I am happy here.

ii) Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin menjawab mengenai isu 'Hak Istimewa Orang Melayu' seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan pada 30 April 1969

The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens. This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.

(Sumber: Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York)

Thursday, April 16, 2009

MESYUARAT DI KUALA TERENGGANU



13.04.09. Mesyuarat Lembaga di Kuala Terengganu. Last time pergi bulan Disember 2008 bercuti bersama keluarga. Kali ni KT tidaklah crowded sebab bukan cuti sekolah. Sapa-sapa yang nak pergi KT trylah duduk di FELDA Residence, berdepan dengan sungai. Bangunan tertinggi di KT. Cantik tempatnya. Cafenya terletak di tingkat 17. Boleh nampak sungai, kawasan kampung nelayan, tempat buat bot Pulau Duyong, kawasan monsoon cup dan Taman Tamadun Islam. Malam kalau minat boleh fishing di jeti berhampiran hotel. Lepas BBQ malam pertama, kita orang fishing sehingga jam 12.00 tengah malam. Tak banyak ikan tapi kalau nak layan disepoi angin malam, memang mengasyikkan. Nak best lagi try naik bot keliling Pulau Duyong. Sekarang ni ada perkhidmatan bot untuk membawa pelancong mengelilingi Pulau Duyong dan beberapa pulau disekitarnya. Boleh naik di Taman Tamadun Islam atau uruskan dengan pihak hotel Felda. Menarik!!!
Pasar Kedai Payang dari Belakang (bawah) Bengkel membaiki dan mengecat bot (bawah) Pembinaan kapal (bawah)Check this out at : http://www.plantationresorts.com.my/Teren/index_teren.shtml

Friday, March 27, 2009

OFIS LAMA

Bulan Mac 2009 genaplah 2 tahun aku di ofis baru. Suasana yang baru. Kawan -kawan yang seangkatan. Tetapi kenangan ketika di ofis lama masih tetap tersimpan diingatan. Suka duka berurusan dengan begitu ramai orang di pelbagai peringkat. Golongan bangsawan, golongan marhain, the untouchables, yang tinggi, yang rendah, yang besar, yang lebar, yang kecil, yang kurus dan yang pendek memberi banyak pelajaran dan pengalaman yang tidak boleh dibeli. Walau bagaimanapun, hidup seperti roda. Kita mungkin tidak berada di tempat yang sama setiap masa. Perlu cari pengalaman baru. Perlu ada perubahan supaya jadi lebih baik pada hari esok dan akan datang. Life goes on...

Thursday, March 19, 2009

GENG UPIN DAN IPIN

17.03.09. Tengok Geng: Pengembaraan Bermula the movie. Sesuai untuk bebudak, bapak dan mak budak. Tak rugi bantu filem animasi tempatan yang ada kualiti.