Tuesday, May 26, 2009

NAZA RIA CYLINDER LINING PROBLEM

Naza Ria masuk bengkel pada 14 Mei 2009. 28 Mei 2009 dijangka siap. Tipikal masalah enjin Ria. Cylinder lining longgar menyebabkan air radiator masuk dalam enjin bercampur dengan minyak hitam. Jadi teh tarik. Mekanik kata mungkin overheating atau tear and wear. Mileage dah 171,000 km bagi tempoh 4 1/2 tahun. Tak banyak kereta yang guna lining dalam cylinder. Agaknya ni design defect. Enjin land rover pun ada cylinder lining tapi lebih tahan. Mungkin teknologi Korea tak sehebat teknologi Europe atau Jepun. Kosnya, waduh...boleh pergi umrah sekali lagi.
Pemilik Ria kena kerap cek air. Kalau air radiator berkurang dengan cepat, cepat-cepat pergi bengkel. Kalau nasib baik mungkin cuma ada bocor diluar enjin sama ada, radiator, water pump atau T-pipe. Kalau nasib tak baik, mungkin air dah masuk dalam enjin. Kalau kipas radiator dan water pump tak berfungsi dengan baik pun boleh menyebabkan overheating dan overheating ni pulak menyebabkan lining dalam cylinder longgar. Kalau kereta lain, overheating menyebabkan gasket terbakar dan air masuk dalam enjin. Mungkin overhaul proton dan Perodua tak lebih RM2K sahaja.
Cylinder Block dan piston (V6). Enjinnya kelihatan kecil walaupun dengan kuasa 2500 cc. Mungkin body sebesar Ria perlu enjin 3000 cc. Terdapat karat di sekitar cylinder sebab tak guna coolant. Ada mekanik kata tak payah guna coolant, guna air biasa saja sebab radiator dibuat dari aluminium. Coolant yang murah mungkin boleh menghakis radiator. Tapi blok enjin ni dibuat dari besi bukannya aluminium. Macam-macam teori. Jumpa mekanik lain, lain pulak teori dia. Yang penting, kereta aku boleh jalan macam biasa. Hopefully untuk banyak tahun lagi tanpa mengeluarkan wang ribu-ribu.


133 comments:

Khalsyaza said...

Dengar cerita dari kekawan, Naza Ria kalau kena overhaul kos melambung tak kurang 10K.....pergh memang kereta org kaya....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Masalah besar ialah Owner ni tak kaya. Tapi nasib baik ada rezeki lain pulak Allah beri. Bolehlah cover. Kalau tidak ana memang fening la..

Ayah'sJamm said...

Assalamualaikum tua
n, Naza Ria saya pun masih di bengkel. Masalahnya sama juga. Berapa kos yang tuan bayar? Apa parts yang ditukar? Cuma bertukar pendapat...

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Waalaikumusalam Ayah'sJamm,
Saya dah ambil Naza dari bengkel pada Khamis lepas(28/05/09. Kosnya RM6,200. Parts termasuk lining yang dimodified, thermostat, water pump, radiator fan motor, hose, piston ring, bearings, T-pipe, oilseal, gaskets. Kos lain termasuk engine block machineshop, overhaul labor and workmanship. Warranty yang diberi adalah 1 tahun. Ada authorised bengkel yang charge RM10K, RM15 dan RM20K bergantung kepada condition kereta. Ada juga saya dengar bengkel biasa yang charge RM5K. Berapa kos tuan pula? Hopefully, boleh digunakan untuk banyak tahun lagi. Wallahualam.

LadyWiseKL said...

Salam tuan,
Naza Ria saya overheat juga dan sekarang di bengkel. Mekanik kata kena angkat engine sebab air tendang (saya tak faham) dan gasket dah rosak. harga repair mungkin RM7000-8000. Kalau dah betulkan nanti, naza tu akan good as new ke? Saya memang tak faham hal2 kereta. cuma pandai drive saja. TK.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

LadyWiseKL,
Banyak sebab overheat termasuk air kering, water pump, thermostat dan radiator fan malfunction, T-pipe yang dibuat dari plastic pecah. Tapi masalah tipikal bagi Ria ialah cylinder lining yang tak tahan lama(design problem agaknya)yang menyebabkan air boleh masuk dalam enjin. Kereta lain biasa juga ada masalah overheating tetapi jarang menyebabkan air masuk dalam enjin kecuali overheating yang berpanjangan tanpa dibaiki segera.
Kalau dah masuk air dalam enjin, tak ada cara lain kecuali overhaul, enjin perlu diangkat keluar. Banyak parts yang kena ganti. Sama ada enjin yang dioverhaul tahan lama, saya tidak pasti. Tetapi setakat ini prestasi enjin Ria saya selepas overhaul is as good as new. Kos baiki banyak bergantung kepada parts yang perlu ditukar. Naza dan KIA worshops biasanya akan kenakan harga yang tinggi dan akan tukar apa saja parts yang kadang-kadang tak perlu. Wallahualam.

shahizam said...

Salam,

Samala kita, kereta dah dua minggu kat bengkel, problem sama.. KOS?? boleh pergi haji... ikut pakej muasasah.
Nak jual, hutang ada lagi RM 80K, kereta laku cuma 40K. Mana nak cekau lagi RM 40K tu belum masuk duit downpayment kereta baru. Sabar je lah. Kalau ada kekawang yang pakai Naza Ria, nasihat-nasihatkan lah, tengok air, tukar "T" join dan etc..

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

shahizam,
mungkin bukan rezeki kita. Anyway, secara perbandingan dengan MPV/van lain yang sekapasiti dengannya, Ria lebih murah. Dibawah brand Carnival harganya RM140K kalau tak silap. Di bawah Naza dah jadi RM100K. Anggap je lah kos baiki sebahagian dari harga kereta. Masih untung kalau fikir begitu. (Nak bagi senang hati...)

thobrani said...

Minta pandangan sedara2 kat sini,berapa harga satu biji cylinder head baru / secondhand untuk Naza Ria dan juga overhaul kit dia?.Naza saya dah 2 bulan tersadai kerana overheated.
Sekian terima kasih.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Saudara Thobrani,

Boleh hubungi bengkel berikut:

Shahril - 012 2471907
Firdaus - 017 7784170


KM MOTOR SERVICES
No 17, Jln Sri Puchong 2B,
Taman Sri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
Tel - 03 80613591

khairul said...

askm kepada semua pengguna NAZA. Punca utama NAZA bermasalah adalah
1. kegagalan water pump bekerja dengan baik sebab blade water pump ori adalah plastik mudah patah. Biasanya berlaku dalam jankamasa 40ribu km hingga 60ribu km. Pastikan apabila menukar timing belt pada 60ribu km pastikan tukar sekali water pump.

2. Pastikan menggunakan long life coolant

3. pastikan T pipe tidak patah

4. Jangan gunakan air paip.

5. Gunakan minyak enjin fully syntetic sahaja

6. Pastikan radiator fan sentiasa berfungsi mengikut masa sebab fan relay selalu berlaku litai pintas.

Untuk khidmat nasihat boleh hubungi
atau datang ke workshop

JAMIN AUTO GARAGE
NO 100 PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
N SEMBILAN

012 6031105 - KHAIRUL
019 3053340 - BOB

Anonymous said...

Salam bro,
Air radiator NAZARIA saya sekrg perlu ditambah dgn kerap. Tapi, tak pernah 'overheating' lagi lah.
Apa yang perlu saya buat sekrg bagi mengelakkan 'overhaul enjin' yang berlaku pada saudara.

Kalau saya pergi ke Workshop sekrg mungkin mekanik suruh overhaul saja kot? What's your thought?

Hisham
019-4242652

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Bro Hisham,
check dulu sebab apa kurang air. Mungkin ada leaking dekat radiator, waterpump dll. Check juga minyak hitam semasa enjin sejuk sama ada telah bercampur air. Kalau minyak hitam masih ok, tak jadi warna teh tarik, belum sampai tahap kena overhaul. Tapi lebih baik berjumpa mekanik yg anda percaya dengan segera. Mungkin kalau anda di KL why not try KM motor di puchong atau ampang. Naza saya dah hampir 2 tahun overhaul, masih OK.

Anonymous said...

salam,sy mahu beli naza ria tp bila dengar prob dia takut plak sy.kereta nie sgt selesa utk pemandu dan penumpang.boleh tak saudara beri sy nasiht n cara2 utk cegah benda tu dr rosak....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Saya bukanlah mekanik tapi berdasarkan pengalaman memandu kereta sejak umur 14 tahun (tak da lesen lagi masa tu) dan memiliki kereta sejak diuniversiti, saya berpendapat basic maintenance paling penting utk semua jenis kereta seperti minyak hitam, coolant dan servis mengikut jadual. Kedua cara pemanduan sama ada lasak atau tidak, keadaan jalan seperti jam dll. Bagi Naza Ria kena selalu check coolant, water pump, radiator fan, T-pipe seperti yg disarankan oleh saudara Khairul. Saya pernah jumpa Ria 2004 yg mileagenya dah lebih 400K dan masih baik. Tuannya servis mengikut jadual dan selalu check component penting yang saya nyatakan.

fhm vision said...

As'salam,

Saya ingin membeli ria 2nd...klau bole nak cari yg baru2 skit..
bole bagi tips ke utk inspect kereta ni.


thanks,
munir
019-3700358
fhmvision@gmail.com

robert said...

Saya baru beli beli nazaria 2nd, 1 owner tapi enjin dah tukar 2.5 nissan cefiro. Masa nak beli tu saya banyak tanya kawan yg pakai nazaria & pomen. Banyak kata ada problem. Tuan jual keta pun kata dia jual nazaria 2nd jika enjin dah tukar lain ajen(mcm enjin nissa) sebb katanya 3-4 kali kena jual seminggu nazaria ori pembeli adu rosak enjin terpaksa dia kongsi baik enjin dengan pembeli lepas tua 3-4 k pula seorang. takat ni saya pakai naza ok dan bawa pada pomen (kawan) kata enjin dia cek memang ok. Pomen tu kata naza tu kalau sekali overheating, akan berulang balik dan dia elok tukar enjin terus dlm 10 k enjin nissan 2.5 cc. itu saje saya nak kongsi.....

nazawlp 04 said...

saya baru beli nazaria tahun 2004 tapi enjin dah tukar nissan cefiro 2500 cc. Yg Jual keta ni kata dia ambil nazaria yg dah tukar enjin aje sbb yang enjin original dah 5/6 kali yang beli komplin enjin rosak dan yang terakhir dia jual x sampai seminggu enjin rosak dan dia kena kongsi dgn pembeli tu keluar modal tukar enjin terus. Pomen cakap kalau enjin nazaria dah kondem elok cari modal tukar enjin terus...sebb dah banyak biji dia buat nazaria punya enjin tak tahan lama... so apa pandangan kawan lain....

rafmalek said...

saya dah kena...buat kat mekanik melaka kena RM7000.00,tanya Naza RM12,000 dia org jual pandai after sale service hancur...

Liza @ Adzriel AB said...

naza ria guna sejak 2003 (1st batch) sampai 2007 je. Bila pindah jauh sikit tak larat nak layan kos minyak. dari segi drive, lebih suka naza ria berbanding toyota wish yg agak manja (rasanyalah). ini pun ada kawan tanya harga water pump naza ria, itu yg terbabas masuk blog ini. nice info baca entry ni.

Anonymous said...

Baru cadang nak gi usha 2nd hand model sok.. mmg ade byk pro & contranye berdasarkn info kalian but then wa still tak leh nak decide. Makin pening plak.. Harge mmg le dlm 35K je.. tp cam kene ade extra rm je sbelom gune-pakai. Ntahle..

Anonymous said...

Pengalaman aku paling tragik dgn Ria ni ialah bila timing belt terputus ditengah jalan,baru 29000km je....Naza xnak bg warranty !!!! So,terbang le rm13000sbb semua part ditukar.Mmg bengang giler masa tu...Naza HQ pun mcm celaka..kes2 mcm ni diaorg semua nak lepas tangan je. Jual pandai tapi nak dpt warranty punyalah susah,mcm2 prosedur kena buat seolah2 kita ni peminta sedekah lak !!!! Kalau anda ada pilihan lain lebih baik memilih toyota ke, nissan ke,hyundai ke sbb after sales services diaorg bagus !!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum..salam ramadhan...member aku nak tolaj naza ria ...semalam dah g tgk....pemanduan bagus...ingat nak melaram jauh raya ni....but mcm mcm dgr takut plak... Entahlah....tapi semalam dah janji nak ambik minggu depan....ehm.... Luas mmg la luas banding dgn savvy aku laa ni minyak murah....rrepair mahai nak mampos untuk minyak je....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Kalau travel jauh Ria memang selesa. Minyak pun tak banyak beza dgn MPV lain kalau tak speeding-100-120km/j atau tak jem. Cuma kena rajin check dan ikut nasihat brader-brader yg komen dlm blog ini.

Sadik Ozata Turki said...

6 bulan lepas baru overhaul enjin tapi semalam buat masalah baru. Selalu overheating, jika isi air menguntah-untah pula. Rupanya air belum campur dengan minyak hitam. Sekarang fikir apa yang boleh buat. Tolong bagi nasihat. Tk

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Pomen pomen yg ada kat luar sana tolong jawab. Bro Khairul(Jamin Auto Garage) boleh tolong jawab ke?

Anyway, kena pi check water pump, radiator fan. Kalau minyak hitam tak campur dgn air, kira OK lagi tu tapi kena cepat check. Memandangkan aku hantar service kat KM Motors Puchong, cubalah tanya mekanik kat situ. Jumpa dgn Faisal atau shahril.

kuncup said...

Salam tuan
Saya baru ambil keter Nazaria tahun 2004 2nd pd 05 julai 2011...keter mmg cantik dan luas...masalah skrg tetiba keter tu cam overheat...kipas jln tp temperature asik naik jer...minta tlg sgt2...mcm mana sy nk buat skrg

Anonymous said...

Kuncup,
Sebabnya mungkin spt kata Khairul. Pergi ke bengkel segera sebelum melarat.. Pastikan water pump, thermostat, kipas radiator OK. Walaupun kipas radiator berpusing tapi kadangkala tidak mengikut speed yg sepatutnya kerana thermostat rosak. Check sama ada coolant berkurang atau tidak. Jangan guna air biasa utk radiator, guna coolant saja. Kalau semua component OK, buat flushing radiator dn ganti coolant baru.

Tenno said...

Salam,
Saya cadangkan cuba tanya workshop kat area Jusco Equine ( dekat area pasar borong selangor ) - tokey nama Faizal.

Saya punya KIA pun selalu antar situ. Servis bagus dan murah berbanding service centre.
Tel 03 8941 1849

mama fahmi said...

salam lebaran bt semo!!!
saya sebenarnya teringin gak nak beli naza ria ni tp bila dah dgr mcm2 cite ni alahai....
blh tak rakan2 kat sini suggest kat mana nak beli naza ria yg dah memang tukar enjin ni?
tk!!!

aja
013-7777180
akirah798@yahoo.com.my

Salihin said...

Salam Raya semua,
Saya baru je sain beli Naza 2nd 2003. Memang dah lama nak beli MPV kategori mewah tapi murah. Last-last terjumpa blog-blog yang mengerikan ni. Memang semua blog cakap tentang masalah teh tarik ni. Pasrahlah saya sekarang ni. Memandangkan keta ni dah lama, harap-harap owner lama dah setel semua masalah tu. Amin

Razali Ishak said...

Askm... Saya razali Ishak dari Sandakan Sabah..... saya pakai naza Ria sejak 2008. bimbang juga kekawan cerita banyak problem....

Anonymous said...

yusmankeedal...
Salam kepada member2..selamat hari raya...saya nak beli 2nd nazaria, berdasarkan kepada komen saudara2 sekelian, saya rasa ada jalan peryelesaian...at least tak rugi membeli (pastu ada problem), nak jual takde rege!!!.
Nak minta pendapat.. kalau la saya beli kereta naza 2.5 v6 esok:-

1. Apa saya kena buat bagi mengelak masalah2 enjin seperti mana dalam perbincangan sebelum terjadi dalam kes2 yg berlaku kepada saudara2 kita.

2. berapakah harga minimum atau kos untuk masalah no. 1.

3. Bagaimana nak jaga maintainence kereta tersebut.

Sebarang komen saya dahulukan terima kasih dan insyallah dalam ruangan yg kita kongsikan akan memberi kebaikan kepada orang lain....

Anonymous said...

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=91705

khatam kan baca yang ni dulu baru bole beli 2ndhand beb..

yatt said...

salam. semua sudah tipah tertipu la gamaknyer nih.. ai pun tengah bengong coz byr installment tp keta x bleh blah! tersadai kat bengkel dh 3 bulan. nak tukor enjin cefiro tp katanyer jpj dh x luluskan tukar enjin model lain.. entoh ler ,.. sesaper ada maklumat bleh tlg share.. + sesaper ada bengkel baik punya kat jb bleh tlg recommend.. x larat dah nih ... sob.. sob... sob.. kita kita ni semua x bleh ker report ngan persatuan pengguna ek? ye la dah katanyer design defect so bukan salah kita la kan.... la ni kita lak yg kena tanggung susahnyer...

NUR DZUL ALIZA said...

assalam, ada jual enjin naza ria seketul baru. enjin rm7,500. upah pasang dan kesemuanya rm3,000. enjin seperti kereta baru. call brader ni BUDIN 017-2526278.

NUR DZUL ALIZA said...

assalam, masalah enjin selesai bila tukar enjin yg kena overhaul dengan enjin naza ria baru. kos enjin baru rm7,500.00 lengkap. upah pasang dan segala minyak dan computer test semua sekali rm3,000.00. call encik budin 017-2526278.

enjin saya masih ok walau 1st time guna dah overheating. selepas flushing coolant dan masuk stop leak ganti minyak enjin baru. semua ok dah 1 tahun lebih x de hal besar. sekian, terima kasih.

Anonymous said...

aku nak cari second hand naza ria kosnya dalam 25k, ada tak ?

sila hubungi aku

Anonymous said...

baru survey ni beli naza, tp komen korang x mematahkan semangat aku, ianya dijadikan teladan yg baik

1) pastikan enjin tip top
2) htr servis ikut time
3) tukar apa yg patut, x tangguh
4) dptkan mekanik & bengkel yg mmg
expert dgn model naza
5) semua kete 2nd, x kira apa model
tetap rosak & perlu ditukar part
baru, bukan beli nak pakai je,
tukarlah apa yg patut sbb kita
beli brg 2nd

wasalam

faizmin said...

baru cdg nak beli naza, tp komen korang x pthkan semangat aku malah jd kan iktibar yag baik

1) pastikan enjin tip top
2) servis bila smpai masa
3) tukar brg bila perlu, x tangguh
4) dptkan mekanik & bengkel yg
terbaik
5) semua kete 2nd mmg akan rosak &
perlu ditukar mana yg perlu

t.q semua

KERETA SEWA ZAILIN MELAKA/NS said...

masalah aku pun sama cam korang..thn 2009 berlaku kes 'teh tarik'..tp hantar ke pst servis KIA Tampin overhaul tukar lining slip dll kena 3k lbh je..tp baru2 ni brake down otw blk kg..tukar brg (hos,thermostat,motor fan) msh overheating..then cuci tangki air still naik..skrg turun enjin sekali lagi try tgk gasket plk..kalau x selesai lg alamat tukar enjin la..2 pilihan :
1. Pakai enjin Nazaria baru costing RM8888 siap labor cost (murah tu) tp xde warranty plk drp HQ
2. Tukar enjin Cefiro..tp foreman plk kata byk problem sbb recon/2nd (tak tau mslh dlmn)
So ana pun tgh fenin ni..antara 2 pilihan tu mana yg terbaik? Pls..

Anonymous said...

Saya dah tukar enjin naza guna enjin mitsubshi lagnum 2.5 (twin turbo) dari tahun 2004 dengan kos 14K, Sampai sekarang ni pun, saya tk pernah hadapi sebarang masalah dengan enjin tu.So, saya cadangkan tukar je la enjin sebab naza sendiri tak dapat bagi jalan penyelesaian terhadap masalah kegagalan enjin naza nie.

edsaiful said...

Nak minta bantuan dr geng-geng yg pernah mengalami masalah radiator atau ?????
Masaalahnya ialah : Air didlm tong kerap kali perlu diisi.Kadang2 tu baru aje 50km perjalanan, air dl tong tu dah habis dan terpaksa ditambah...kalau tak air dlm radiator akan berkurangan. Kereta masih boleh lagi jln macam biasa. Boleh bagi apa sebabnya dan macamana nak buat ?

SYUKOR RAHMAT said...

SALAM BRO, TIME NAZARIA SAYA DAH SAMPAI , RASA MCM NK MENANGIS LAK PULAK. NK TUKAR ENJIN TETAPI NAK PAKAI ENJIN APA? PLEASE BARI PANDANGAN

Mel said...

Salam semua..saya dah masuk 2 kali dh kena overheat ni.smua skali costly dekat2 8k tapi masih jadi lg...last2 saya ambik kputusan g tukar enjin nissan cefiro A32 VQ2500 dgn kos 11k.Sebulan selepas tukar enjin tu saya bawa g servis kt niisan servis centre kt batu caves...tukar part dalam yg rosak costly dlm 850.00....masuk skarg dh 3 taun dh saya layan enjin tu mcm enjin baru, servis kt nissan SC jer bila cukup masa...alhamdulillah...tak fenin kpala dh...hehehe.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Naza Ria saya air kering lepas jalan jauh KL - Kuala Kangsor. Top up masa nak ke PPinang. Tinggal separuh. Top up lagi. Masa balik KL check kat Tapah Alhamdulillah OK...risau jugak jalan jam yang amat.Tak sempat nak check lagi hari ni. Balik keja nanti nak check huhuhu

fadil.. said...

sye dr jb...kia sye mgalami msalah yg sme..ttapi kereta sudah modefied dengan ngv..bagaimana pulak?..ape pndapat korg...

Unknown said...

Yang kesalnya pusat servis Kia Naza pun tak dapat detect kenapa air radiator kereta Naza ria sentiasa surut dan air tu pulak pergi ke tangki air spare. Betul2 kereta bermasalah Naza Ria ini.

Anonymous said...

hai,besok saya dh nk pakai nazaria..selamat mencuba..hehhe

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Selamat memandu Naza. Alhamdulillah, Naza saya masih sihat untuk balik kampung selepas overhaul pada tahun 2009 dulu. Mileage dah 220K. Ikut waktu servis yg ditetapkan, selalu check coolant, radiator fan etc, Insya Allah boleh keliling Malaysia.

Anonymous said...

Salam,

Tumpang iklan. Sy owner naza ria 2005, NGV installed. Plan nak jual naza ria ni harga RM30K, negotiable. Will compensate for repairs. Jika berminat tel 013-6536153. Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

razi65@yahoo.com said...

Model tahun brp yg byk masalah? Kalau model 2005 ke atas ada masalah yg sama tak? Saya tgh berkira2 nak beli satu. Famili 6 org . MPV lain mahal . Kalau yg murah pulak dah tua, tak dpt finance. Bajet nak hutang memang kecil. Naza ria jee boleh cover.
Tapi kalau byk masalah, mengapa saya lihat keliling saya byk lagi naza ria . Jiran saya jee ada 4 rumah yg guna naza ria (Satu jln tuu, kalau satu taman tah leee)...

Tolong lee bagi semangat sikit. Kita dah nak beli ni....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Razi65,
Masalah lebih kurang sama saja. Harga Naza memang murah berbanding MPV lain. Kalau sanggup baiki kos RM6,000 -7,000 sekiranya air masuk dlm enjin. Silakan. Anggaplah harganya adalah RMXX,XXX + RM7,000. Masih berbaloi. Saya masih menggunakan Naza untuk pulang ke Kuantan dan Kuala Kangsar walaupun ada kereta lain. Selesa untuk 6-7 penumpang dengan barang yg banyak. Servis ikut masa yg ditetapkan. Kalau nak murah, carilah workshop biasa tapi specialise Naza, bukan KIA servis centre. Banyak workshop ini lebih expert dr KIA SC.

razi65@gmail.com said...

Saya byk juga dengar cerita owner naza ria tukar enjin lain.Kata mereka problem biasa NazaRia tiada malahan enjin lebih power & lebih jimat minyak. Betul ke? Berapa agaknya kos minimum nak tukar enjin tuu? Mungkin bila beli sekali ambil loan cover tukar enjin ...

cain said...

razi65, tahniah kerana anda berminat untuk membeli Naza Ria. Saya sarankan anda melawat dua forum ni sebagai persediaan sebelum membeli Ria. Banyak info berguna di dalamnya. Untuk pengetahuan, anda tidak perlu menjadi ahli berbayar untuk dilayan seperti ahli keluarga. Jumpa saya di sana.
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=91705&page=858

http://www.riafamily.com.my/news.php

MOHAMAD ZAMRI said...

Salam
Sape2 yang tahu area Ipoh kat mana bengkel xpert nazaria ni. Cadng2 nak tukor timing belt.

razi65@gmail.com said...

Apabila jadi kes air masuk enjin, kereta terus tak boleh jalan kee?

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Injin masih boleh hidup tapi lama-lama boleh jam sebab minyak hitam dah campur air. Minyak hitam dah jadi teh tarik

Anonymous said...

mentari, hujan dan Pelangi. tahniah kerana berjaya jaga naza ria dengan baik. saya jaga juga naza dgn baik. tetiba tngh jalan di luar negara, keta buat hal.tak boleh jalan. tak ada amaran atau suhu naik.tengok lampu jam perlahan2 malap n radio tak fungsi. enjin terus padam n tak leh jalan. dah guna bateri baru pun mengalami masalah yang sama 2 hari kemudian. tolonglah apa masalahnya. dah hantar bengkel n guna hari ini. khuatir benda yang sama berulang. dah guna naza selama 5 tahun.kalau saya baca maklumat disini tak ada yang mengalami masalah yang saya alami.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Anonymous,

Dah check alternator? mungkin battery habis dan tak charge semula sebab alternator rosak. Kalau ganti bateri baru pun tak menyelesaikan masalah. Kalau bateri ok lagi, cuba start kereta dan lepas tu cabut cable bateri +ve. Kalau enjin mati bermakna alternator rosak.

Unknown said...

Salam.. Saya dri jhr ingin bertsnya mengenai kete suami saya.. Naza di sejk akhir2 ni asyik mati enjin sendiri.. Pernah kami bersiar2 tiba2 enjin mati sendiri dn naza terpaksa sadai di tepi jln. Byk dah pnggil pomen dan mereka x dpt ditacck apa prolemnya.. Harap ada sesiapa disini dpt mmbntu..trima kasih. Malah sekrg kami x dpt nk start lngsung naza kmi tu..

Unknown said...

Ipoh ada bengkel repair naza.pomen bekas pekerja nazaria yg belajar di singapore

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam, interested dgn pomen di Ipoh ni..to long bangi contact number dan address. Tq.

Anonymous said...

25.01.2013 Tarikh saya ambil & pakai NazaRia .
beli 2ndhnd je . Baru Seminggu saya guna , Saya Service Minyak Hitam ,Minyak Auto , Service Radiator , Tukar Absober 4 set , Tukar T-pipe (Tembaga) & Kipas Radiator 1set . Alhamdulillah ,Smuanya Ok buat masa ni. Dlm Perancangan nak tambah lagi 1 spare tank Radiator(double tank).Dngar2 , lgi bagus . Harap2 x de apa2 Musibah brlaku .

Anonymous said...

Saya ada berangan nak beli nazaria 2nd,maklum famili dah besar2 tapi bila dpt info dari sini takut pun ada juga tapi fikir2 beli kereta lain pun kalau nasib tak baik problem sama gak. Minta nasihat.

Anonymous said...

Saya ada berangan nak beli nazaria 2nd,maklum famili dah besar2 tapi bila dpt info dari sini takut pun ada juga tapi fikir2 beli kereta lain pun kalau nasib tak baik problem sama gak. Minta nasihat.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Anon,
Naza 2nd mungkin OK banding dgn baru sebab harganya dah murah. Tapi kena ambil kira kos nak repair lebih kurang RM6,000-RM8,000 kalau kena overhaul. Maintain ikut jadual boleh tahan lama.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

No tepon pomen naza diipoh 016-5060214 rasvinder..pomen ni mmg pomen naza motor.kedai di falim belakang hotel kopitiam..sebut nama saya lan hospital..

Unknown said...

016-5060214 razvinder.pomen ni mmg expert ttg naza sbb pomen naza motor..sebut nama sy lan hospital dia kenal.kedai di falim dpbelakang hotel kopitiam..

Anonymous said...

As salam bro2 semua....tngah pujuk suami belikn naza ni...tngok keluasan n keselesaan kreta nya sungguh mengoda...tapi dngar komen lagi bnyak yg negatif dri positif...aduuiiii....cmne ni....? Nak beli yg lain rasanya tak mampu...huhuhuhuuuu....��

Unknown said...

as salam kpd semua, saya antara owner naza ria yang dah tukar engine naza ria kepada engine toyota 2mz dan resultnya sangat puat hati dan kosnya rm 12,0015.00 prestasi engine lebih senyap,lancar dan sejuk berbanding engine naza yg lama..kos selenggaraanya lebih murah dan amat berbaloi walaupun habis banyak duit pasal tukar engine baru tu...kwn2 semua saya nasihatkan bertukarlah kepada engine yg lain..kalau tak mmg tak lena tidur pikir pasal kereta je...kereta naza ni mmg the best dlm kereta 130k kebawah yg ada dlm pasaran fikir-fikirkanlah..

Anonymous said...

mmg masalah btol enjin ori naza ria ni.. sy dah 2 kali overholl, tu pon sbab dngar ckp pomen..

akhirnye pd tahun lpas enjin naza ria sy tlah di tukar kpd enjin toyota 2mz-fe 2500cc, kereta asal toyota mark / windom dr jepon.. kos enjin rm9500.. inspection rm1500 runner yg buat..

bnyak naza ria yg dlm proses tukar enjin toyota ni masa sy pg wshop tu..

sy buat d wshop terato motor sport sri serdang..

Anonymous said...

Anonymous said...

SALAM KEPADA PENGGUNA SEKALIAN. SAYA DARI PIHAK KIA THREE S, SENAWANG. BENGKEL SAYA TELAH BEROPERASI SELAMA 9 TAHUN DAN TELAH BANYAK MENGENDALIKAN KENDERAAN KIA TERUTAMA MASALAH ENJIN NAZARIA(OVERHAUL ENGINE)DAN SEBELUM MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI SAYA TELAH BEKERJA DI KIA, SETAPAK. DARI APA YANG TELAH SAYA BACA, SAYA INGIN BERKONGSI PENYELESAIAN MENGENAI MASALAH YANG TUAN/PUAN HADAPI. MASALAH 'OVERHEATING' BERPUNCA DARIPADA BERLAKUNYA PEMBOCORAN DIBAHAGIAN-BAHAGIAN TERTUNTU, T-PIPE PATAH, HOSE PECAH, KIPAS TIDAK BERFUNGSI, KEADAAN CUACA DI MALAYSIA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU PUNCA MASALAH INI, DLL. DISEBABKAN PERKARA DI ATAS, BERLAKULAH MASALAH 'LINER BLOCK'. PENYELESAIANNYA, KENDERAAN TERSEBUT PERLULAH DISELENGGARAKAN DENGAN KADAR SEGERA. TUAN/ PUAN MEMPUNYAI 2 PILIHAN SAMADA INGIN MEMBUAT 'ENGINE OVERHAUL' ATAU PENUKARAN ENJIN (SECONDHAND). SEKIRANYA TUAN/PUAN MENGALAMI MASALAH MINYAK YANG TELAH BERCAMPUR AIR, AIR TENDANG DLL HARUSLAH DI OVERHAUL ENJIN TERSEBUT.DI BENGEKEL KAMI, KAMI MENGGUNAKAN KAEDAH MENGGUNAKAN LINER PUMP (LINER MATI).PENUKARAN 'TIMING BELT' HARUSLAH DIBUAT BERPANDUKAN 'MILEAGE' ATAUPUN TAHUN. TERDAPAT 2 JENIS 'TIMING BELT' IAITU
60 000 KM DAN 100 000KM YANG PERLU TUAN / PUAN BERIKAN PERHATIAN APABILA MENUKAR ALAT GANTI TERSEBUT. BAGI PENGGUNA YANG MENGALAMI 'TIMING BELT' PUTUS SEBELUM JANGKAMASA YANG DITENTUKAN, TUAN/PUAN PERLU MENGETAHUI KEADAAN SETELAH IANYA PUTUS. (PUTUS GIGI/ PUTUS PENYAMBUNG/PUTUS DISEBABKAN BENDA LAIN/ REPUT KERANA TERLALU LAMA). KEADAAN INI BOLEH DIKENAL PASTI SETELAH KOMPONEN TERSEBUT DI
LERAIKAN.

NASIHAT :- SERVIS MENGIKUT MILEAGE ATAUPUN TAHUN (WALAUPUN MILEAGE BELUM SAMPAI PADA WAKTU DITETAPKAN, SEKIRANYA SUDAH 2 3 TAHUN PEMAKAIAN TIMING BELT, IA NYA HARUS LAH DITUKAR). JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENUKARAN ALAT GANTI YANG TIDAK SEPATUTNYA PERLU DITUKAR ATAU YANG TIDAK ADA KENE MENGENA DENGAN MASALAH TERSEBUT.

SEBARANG MASALAH ATAU MAKLUMAT LANJUT (SEMUA KENDERAAN KIA) BOLEH LAH BERHUBUNG DENGAN PIHAK KAMI, 'KIA THREE S' DI TALIAN 06-6786306 FAX : 06-6786306

Anonymous said...



sy baru pakai naza ria.nk tya kat mane sy boleh dapatkan mekanik yg pakar tuk tukar enjin naza ria saya nie
Friday, 21 June, 2013

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Pemilik Naza,

Jika ingin bertanya mengenai enjin kereta anda secara detail, boleh contact:
Boleh hubungi bengkel berikut:

Shahril / Faizal di:

KM MOTOR SERVICES
No 17, Jln Sri Puchong 2B,
Taman Sri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
Tel - 03 80613591

Saya sercive Naza saya di bengkel ini. So far, lepas overhaul 2009 kereta tiada lagi masalah.

nazri said...

salam:nazri

saya ada pakai nazaria. org kata mpv ni tak tahan,tapi sejak saya buat pembaikkan di bengkel K One Auto di Johor Bahru,dah masuk 5 tahun mpv saya tiada masalah besar setakat minor repair je. MPV ni kita kena tahu makenik yang mahir dlm model ni. Ramai kawan saya pakai sejak saya cerita MPV ni ok..lagi pun harganya pun murah berbanding dengan MPV lain..kalau nak syer apa2 ni no hp saya..0177074303saya nak syer apa yang baik je..alhamdullillah..sekarang tak pening lagi pakai MPV ni.

Anonymous said...

Encik Mentari, Hujan dan Pelangi,
Akak baru membeli Naza Ria 2009, dan beli-beli akak terus tukar timing belt dan water pump.Tetapi seperti ramai di atas, sudah berlaku masalah overheating. TQ for the workshop address.

Unknown said...

Salam bro & sis semua, pemilik naza ria. Saya baru tukar enjin re-con, RM8500 bulan Januari lepas. Walaupun dah tukar enjin, masih risau jugak, coz macam2 komen dengar, tak tahan lamalah, dsb. Betul ke JPJ tak bagi tukar enjin lain kini? nak standby jugak kalau problem berulang. tak tolak krete lain, sayang jugak naza nie, sedap bawak & selesa untuk family ramai. kedua, hutang masih tinggi! Ada sesiapa expert boleh list down secara detail (point form, jadilah) apa yang perlu diberi perhatian, bila & bagaimana, termasuk kos ganti? Saya duduj kat gelang patah, johor. ada member kat luar boleh bagitau bengkel expert sekitar tu, skudai, bukit indah, perling, JB? Thanks!!!!!

Unknown said...

Salam wbt...sy razi dr putrajaya.. Skrg ni tgh kira2 nk amek nazaria sbb hanya itu shj pilihan mpv yg reganyer bawah 30k dan masih baru (masih boleh loan) dan mampu milik utk golongan bawahan mcm sy.. Nk angkat alza 2nd pun cecah 40k mmg xmampu.

Sy cdg nk amek nazaria tahun 2004 dlm 23k dan mileage dier dlm 120 000 km.
Boleh rakan2 bg pendapat ap yg perlu sy lakukan dan ap yg perlu sy tukar bg memastikan keta ini tiada masalah di kemudian ari?
Harap dpt bantuan pendapat dr rakan2..

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya dari kelantan...isteri saya amik Naza Ria tahun 2005 n loan sedang submit InshaAllah lusa boleh la pegang stereng Naza Ria. Soalan saya, apakah barang2 yg perlu ditukar sebelum on road. Saya dah suh salesman tukar timming belt je...water pump harus tukar jg ke? adakah kedai yg kena tanggung? Dikelantan tempat specialist naza area mana...

Tok Wan said...

Nak tanya sket... pasal radiator Naza Ria. Ada satu saluran besar jari kelingking sebelah bawah radiator cap tu untuk apa? Bila tarik keluar, bukan air/coolant yg keluar tapi sejenis minyak... minyak apa tu? Untuk apa? Terimakasih.

cain said...

Salam Nazarian,
Kepada yang berminat nak tambah ilmu tentang Naza Ria dan juga nak tambah silaturrahim silalah jenguk ke Kelab kami, khas buat pemilik MPV Nazaria & Kia Carnival.

http://riafamily.com.my/news.php
Jumpa saya di sana..........Cain70

cain said...

Salam,
Buat semua Nazarian yg ingin menambah ilmu tentang Naza Ria dan nak tambah silaturrahim, boleh la jenguk jenguk kat kelab kami.
http://riafamily.com.my/news.php

Banyak ilmu pengetahuan dan bantuan teknikal yang boleh diperolehi di sana.

Jumpa saya di sana.Cain70

Unknown said...

assalamualaikum,
saya ingin jual naza ria 2006 ,milage lebih kurang 62000 km,.Harga RM27000.
Alhamdulillah tiada masalah setakat ini. Boleh hubungi saya 0129602106. terima kasih.

abah yasin said...

as salam...masalah naza sya..bila jalan odomter 40 keatas...enjin bergegar dan tersekat sekat...ape msalah dan klu baiki anggaran kos..mohon pndangan shabat2..

Unknown said...

Assalamualaikum. . Sy juga mahu menjual Naza Ria sy. Tahun 2004, mileage 98k, warna silver. Setakat ni tiada masalah overheat yg pernah sy alami. Harga RM 22k nego.. Hubungi sy 019-3887115.

Anonymous said...

Slm. Hai saya zainuddin.pagi tadi balik dr hnta anak skolah ttiba enjin rasa berat.brhnti n dapati temp naik mndadak.terus off enjin .lps 20 minit temp turun sparuh .stat balik n sempat jalan smpai rumah.sampai rumah jarak 1/2 km, tengok temp naik maksima lagi.skarg tak tau nak buat ape..just takut nak stat lagi.air dah tambah.ape pandangan tuan2...

Anonymous said...

Siapa tahu dimana nak dapat kan engine nazaria yang baru

Mohd Asri Ismail said...

Saya pakai nazaria semenjak 2005 tiada masalah sehingga skrg, 126000 km, sudah tukar T- Joint dan water pump.

Anonymous said...

Assalammualaikum..
saya ada masalah dengan Naza Ria saya ckt..nk tya kwn2 pe mslh klau krta semput2 dlm sehari dua..lpas 2 x bleh hidup lngsung.adkah mslh enjin??

Anonymous said...

Assalam, tadi sy ada tgk Naza Ria 2004. Owner nk jual RM18K. Dia kata kereta tip top. Bila sy baca komen dlm ni sy jd takut sbb sy bukanlah jenis byk duit. Nak beli pun sbb family besar. Jadi apa nasihat tuan-tuan ttg cara nak tahu Naza ni ok ke tak. Terima kasih

Anuar
0176778395

badrul said...

Saya nk tnya nk tukar kipas ridetor brpa? Kosnya .keta sy dh buat enjenya bru 7 blan.badrul kuala selangor

badrul said...

Nk tnya keta naza semput dh ok?

Mohd Asri Ismail said...

Kereta Nazaria saya tahun 2005, baru2 ni sy sudah tukar side mirror kiri dan kanan sbb tak boleh lipat sbb gigi gear motor pecah, beli kat Segambut sebijik RM360 + RM50(cat). Kalau pasang kat KIA SERVIS RM700++ sebiji.

Anonymous said...

Abah yasin,engine gegar bila speed nk laju.mungkin engine molding kt sebelah timing belt dah Pecah.gnti settle problem Dlm rm300.

Kipas radiator Dlm rm175.besa depa ganti moto die,depa bukak pasang kipas lama kt moto kipas baru.

Engine baru naza ADA Dlm mudah.my. rasanya dlm 4-5k harga engine saja.bukan pasanglagi.

Naza ria berat Tiba2 n temperatura naik.mungkin belting luar putus,jd water pump tak Jalan,alternator tak Jalan.jd temperature naik.Beban engine. Mungkin jugak water pump bocor atau tak Jalan.temperature Bole naik gak. Radiator bocor pn Bole bt temperayute naik gak

anuar said...

Saya baru ambik Naza second hand..camana sy nk tahu t pipe ok ke x? Pastu berapa kos penukaran t pipe?

Unknown said...

Adik saya baru saja repair naza ria selepas overheated minggu lepas,selepas siap kena lah RM6000
Menurut beliau Nazaria tersebut akan di jual kepada yang berminat.jika ada peminat Naza boleh lah Call untuk berkongsi pengalaman dengan En.Azhari di Talian 0136083520
Atau melalui FB=Nizam Azhari
TQ

kay said...

asmkum saya nk Tanya di ipoh dkt mana yg pandai repair naza ria...

kay said...

asmkum saya nk Tanya di ipoh dkt mana yg pandai repair naza ria...

Rossaidi b. Ngah said...

Assalam tuan..
Saya telah mengnggunakan naza ria pada tahun 2005 hingga sekarang.. masalahnya skrg ada keboran air di bawah enjin.. saya tak pasti enjin atau water pump.. ada tak cara yg boleh dibuat tanpa overhaul cuma guna gum yg kuat atau apa2 kaedah lain..

Anonymous said...

Sy pengguna naza ria/carnival. lebih baik tukar je engine kepada mitsubishi 6a13t. masalah tiada, kereta power..... peh. bioleh rentap ngan fairlady. cost baru MYR 11. 3-5 tahun pala tak pening.

Anonymous said...

salam semua..saya nazli dari kl..baru jer pakai naza ria. tapi dah study pasal keta besar lampu belakang ala2 Porche Cayenne ni hehehe...selain dari water system hose,copper T joint, timimg belt,water pump, termostate...tuan puan kene check kat depan radiator ada 1 stopper kat belah bawah sebelah aircond fan tu harus di tukar juga...sbb sy baru terkene..stopper pecah sbb dah reput..bila jem kene buka aircond sbb kipas aircond tu membantu utk cooling system...sentiasa pki barang yg original.kedua2 fan kene berfungsi.cara bleeding radiator tu ada caranya bkn main tuang jer nampak mcm dah penuh tetapi sebenarnya dlm block masih kosong...jgn sampai coolent system berkarat teruk sgt sbb termostate boleh jem akibat air karat. pakai coolant Mercedez Benz atau mineral water tuk prevent karat..klu nk pki sportrim paling besar pun rim 17 ajer sbb beban badan dgn diameter rim tu membebankan engine ..proses ke overheat.semua hose water pipe yg kecik2 tu tukar sbb takut sumbat berkarat..tyre pressure isi dlm 240-260kpa jadi beban nk jalankan kereta tu lebih ringan dan sedikit penjimatan pada minyak..jgn pakai minyak engine fully syntetic sbb cuaca malaysia ni bkn mcm kat korea sejukkk...paling tinggi pun semi syn ajer..

Unknown said...

Assalamualaikum,
Saya ingin cari bengkel yang biasa tukar enjin naza kepada enjin toyota @ cefiro di kelantan, hubungi saya 0169872000

orangselatanadela said...

Saya pengguna kia carnival. Rasanya ria n carnival sama jer kan. Tengah bawa kereta hujan lebat. Langgar lopak air. Tetiba kereta jadi semput . Enjin jadi tak stabil macam plug tak jalan atau masuk air.
Dah cek kering lubang plug. Ada kata sensor problem.
Agak2 apa masalahnya ya. RPM down. Bukak air cond langsung jadi redah timing.
Sahabat semua leh bg pencerahan atau cadangan

Unknown said...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdullilah saya kini telah buka kedai tayar di Sentul, kepada sahabat-sahabat nak cari tayar murah-murah, overhoul, masalah aircond, sila kunjungi kedai saya.

PB Maju Automotif
780 Jln sentul KL.
(berhampiran farmasi Health Lane)

InshaAllah harga kita boleh bincang, yang penting saya boleh membantu dan berniaga secara halal.

Apa-apa hal call nombor nombor tetap saya 0166585716. WhatApp pun dah boleh. No 0196264572 dah tak guna yer.

Tq

Kawan Nizar said...

Salam, berbagai komen dan keluhan yg saya baca tentang Naza Ria disini. Saya juga pemilik Naza Ria yg sekarang ini dah berumur 9thn. Alhamdulillah sepanjang 9thn saya tidak berdepan dgn masaalah kepanasan lampau atau overheating. Tukar parts yg pakai habis tu biasa lah seperti brake pad, fan motor, engine mounting, timing belt dan sebagainya. Kalau nak kata saya jenis yang cermat, tak jugak rasanya. Sebab selalunya setiap tahun lebih kurang 10 ke 14 speedtrap sampai dgn pos. Apa yang boleh saya kongsikan disini ialah, Engine defect adalah berpunca drpd kita sendiri sbg contoh front wheel bearing. Kalau bunyi bearing dah semakin bising dan kita tetap guna Naza Ria tu mcm biasa je... apabila tiba masa kita tukar bearing....driveshaft akan jammed pada bearing. Ini yang menyebabkan kita akan menangung dua kos iaitu bearing dan driveshaft.
Untuk pengetahuan semua pemilik Naza Ria, engine Naza Ria iaitu engine K5 adalah enjin yang sama digunakan pada Range Rover Freelander iaitu enjin KV6. Bezanya cuma pada coil plug 2nd bank dan Intake Manifold. Kedua-dua enjin yang pada hal nya sama itu menggunakan teknologi "micro vibrate liner" dgn kata lain teknologi getaran mikra untuk memasukkan liner kedalam engine block. Apabila berlaku sebarang gegaran kepada engine disebabkan oleh "malfunction parts" seperti aircond compressor bearing rosak atau alternator bearing rosak, ini akan menyebabkan liner berganjak dari kedudukan asalnya. Kita jarang dengar Freelander mengalami masaalah overheating sebab kebanyakkan yang ada di Malaysia ialah yang menggunakan enjin 2.2td4. KV6 banyak di eropah shj dan kita juga sedia maklum macam mana cuaca disana...
Banyak pengalaman berkenaan Naza Ria kita boleh kongsikan bersama sebab saya juga banyak mendengar ramai pemilik mengeluh dgn kos penyelengaraan nya. Sebenarnya kos penyelengaraan adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dgn honda, mercedes atau bmw. Sebagai contoh driveshaft, saya pernah tukar yg original kia dgn harga 320.00 . Kalau nak dibandingkkan dgn wira mmg lah berbeza tapi adakah wira itu ditukar dgn yg asli?.

Anonymous said...

Betol tu bro.... Gua dah pakai elok jer.... Here some tip:

1. Coolant mercedes bro.... 2 botol dgn aor mineral... Yg tempat putih tu isi coolan je bro... Jgn isi air.
2. Minyak pakai alat jimat minyak cosway bro... Sbb nak bg tahan linear piston apa ke tah...
3. Pegi highway bwk laju2

mat said...

Sy pn jd takut n srba salah dgn naza ria ni bila baca komen yang pelbagai ni.nk tanya pndpt semua,saya baru terjumpa naza ria 2004 dengan milage baru 19k..sbb pmiliK dia orang kaya ada banyak kereta .jd yang ni mmg klihatan sgt baru dan tiada masalah.sy dh test drive n smuany ok...jd nk tanya..apakah patut saya angkat yang ni..atau lbih baik jangan..mohon pencerahan

Ismail Musa said...

Salam semua. Saya amat berminat dengan ruang dalam Naza Ria. Cadang nak cari satu (2nd hand) yang telah ditukar dengan injin nissan 2.5. Bagi kawan kawan yang dah guna Naza Ria dengan injin nissan 2.5 saya mohon untuk berkongsi pendapat. Kebaikan / keburukan. Tq

Apartment Bukit Permata Lumut said...

Salam tuan2 di sini...
sya kamarul... sya nk bertanya dri bro2 suma kt cni mengenai keta naza ria sya.
keta sya skarang dh overheat tp minyak hitam blum jd teh tarik lg... masalahnya
1. bila temp naik sya stop enjin n check air dlm spare tank penuh tp x overflow...
2. bila sya start n nk bergerak...enjin cam semput n xmau nk bergerak di samping da bunyi.

untuk makluman sbelum ni pernah terjadi kt highway enjin overheat...sya sempat susur keluar highway dekat kemunting perak...sya park tepi tol dan panggil pomen.
pabila pomen dtg dia isi air n suh sya bawa keta naza trus kebengkelnya dlm jarak lebih kurang 2.5 km..
di situ workshop telah cabut n cuci radiator n buang termostat... kosnya rm270 termasuk caj gas aircond.
katanya enjin ok lg bole dipakai cuma klu ada modal bole la di buat overhaul... katanya dlm rm6000. selepas dri tu sya selalu berhati hati n periksa air...buat seketika ia nya ok sehniggalah 2 minggu lepas terjadi...
jd saya mohon pandangan dan info dri bro2 suma. tq.
no fon sya @ whatsapp 0175074414.

Anonymous said...

As Salam semua... sy nak tny klu enjin kereta naza ria tukar kpd recon enjin cefiro brp cost dgn upah pemasangan sebenarnya? br2 ni naza sy buat hal enjin rosak kn tkr.. msk ni dh kali ke-3 tukar enjin... cost yg diberitahu pd sy anggaran RM13k n mgkn lbh.. sbb ada kwn2 sy brth cost t'sebut mahal.. T.ksh

Pemuda Tua said...

Dengar cerita enjin nissan cefiro ada masalah. cadangan guna enjin toyota.

Saya nak tanya sikit, KIA ada keluar tak enjin asal dia yang tak ada masalah cylinder lining?

better dari tukar enjin ke nissan atau toyota. Tak perlu modify @ welding engine mounting dan modify drive shaft.

Mohon pandangan.

Terima Kasih

Unknown said...

Assalam semua. Sayer dah pakai Naza Ria dari tahun 2004 dgn milage 232k dan alhamdullilah belum ader masaalah serius lagi setelah selalu hantar sevice bila sampai masa.Sekarang kereta ini jadi weekend car. Cuma masaalah nya semasa kunci kereta Naza Ria ini terkunci auto lock semasa panaskan engine itu lah satu satu kunci yg ader. Rakan dtg bantu utk matikan engin dgn mencabut fius. Minta rakan kongsi ilmu bagaimana cara utk buka pintu Naza Ria ini tanpa panggil tukang buat kunci. Terima kasih. ~asar 0136024388~

Anonymous said...

sy pkai enjin cefiro...dh dkt 4 tahun..enjin ok cuma CV joint de mslh sbb keddudukan enjin tggi skit...spring dh potong..pkai timing chain...jd xla tkut sgt..

Anonymous said...

Salam,memandangkan ramai otai2 kt cnie jd sy nak tny ckit berkenaan dgn masalah kete naza ria sy ni... selepas buat overhaul dan servis radiator(sbb sblm ni overheat) naza ria sy jd xtentu hala,bawa dalam 30mnit temp naik,klu jalan jem temp naik,air radiator plak hari2 kne topup sbb tndang msuk tngki spare.. apakah masalah sebenar kete sy ni... pening dh pkir pasal dia,harap2 ade yg sudi berkongsi ilmu tq...

sabar said...

nak tanya bro...saya tukar driveshaft pastu ada bunyi mcm bengung bila tekan minyak. bunyi bearing ka tu. bearing mna

MZ said...

Aslam! Tlg bagi pencerahan. Sekiranya Ada masaalah " tappet" bunny I kuat! Kata Mekanik, " hydraulic " tak elok dan perlu tukar sekiranya nak dpt bunyi engine sedap!

MZ said...

Wkmslm! Klu dah overhaul,customized sleeve, sepatutnya dah solve overheating problem! Blk semula kat Wshop,sbb dlm warranty kan!

MZ said...

aslam! Saya Ada gearbox Naza ria,alternator ,Aircond compressor, power steering pump. Sesiapa yg berminat sila ctc saya/Wslm.

Anonymous said...

Aslam! Kpd semua Naza ria owners!

fazrine said...

Alhamdulillah ari nie nk pergi bayo last payment utk naza ria ka bank setelah berhempas pulas 9 tahun nk bayar bulanan (beli 2007)...2-3 minggu lepas tergerak ati nk check air dlm radiator..tup..tup..air kurang.. lebih kurang setengah cawan kopi..test pergi balik kg (240 km)...pun sama..sebelum nie mmg x der masalah..mmg servis kat kia center (x pernah missed ikut jadual servis)...nie nk try tukar cap radiator dulu..doakan saya berjaya rakan2..aamiin

Unknown said...

Spare parts senang dpt tk?

Unknown said...

Assalammualaikum? Saya faizal dari Bengkel TQ SERVICE CENTRE di melaka. Berpengalaman bekerja d kia service centre dr tahun 2000 skrg membuka bengkel sendiri.
Tentang masalah minyak enjin bercampur air atau overheat bengkel kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan mudah kerana pengalaman saya melebihi 10 tahun.jika mengalami masalah enjin naza ria bolehlah menghubungi saya di talian 012 6554249

Unknown said...

Assalammualaikum? Saya faizal dari Bengkel TQ SERVICE CENTRE di melaka. Berpengalaman bekerja d kia service centre dr tahun 2000 skrg membuka bengkel sendiri.
Tentang masalah minyak enjin bercampur air atau overheat bengkel kami dapat menyelesaikan masalah ini dengan mudah kerana pengalaman saya melebihi 10 tahun.jika mengalami masalah enjin naza ria bolehlah menghubungi saya di talian 012 6554249

Unknown said...

Salaam, saya ingin bertanya sesiapa ada info tentang bengkel yang boleh servis Naza Ria di kawasan Sungai Petani. Segera😞 Mizam 012 578 1263

Unknown said...

Salaam, saya ingin bertanya sesiapa ada info tentang bengkel yang boleh servis Naza Ria di kawasan Sungai Petani. Segera😞 Mizam 012 578 1263

Anonymous said...

Slm...sy nk bertanya ni...seminggu lepas...enjin naza ria sy mati sndri semasa wife tgh bawak...sy pun towing la ke bengkel naza kt kt tmn perling johor..lepas pomen tu cek dia bgtau timing belt putus dan kna tkr enjin...sbb dh makan enjin kta nya...tkr enjin dlm 14k...rabak nk cr duit utk repair ...mohon pencerahan tn2...

Anonymous said...

Saya tlh pakai nazaria drpd tahun 2005.Sebelum ini saya tidak menghadapi apa2 masalah, servis pun ikut masa yg ditetapkan. Tapi kira2 sebulan yang lalu temperature nya naik..saya terus bawa ke workshop. Mekanik kat situ kata kena tukar tangki air sbb tlh tersumbat dan juga thermostat. Saya ikut jer kata mekanik tersebut. Lps tu kereta boleh bergerak dgn lancar. Tapi 2 hari lps temperature naik lagi. Bila bawak.ke servis center mereka cakap enjin dah masuk air. Tolong la beritau saya apa yg harus saya buat? Perlu kah saya overhaul enjin kereta saya? Atau perlu kah saya tukar enjin nya? Dan dimanakan mekanik yang betul2 arif tentang nazaria ni di kota bharu kelantan? Harap ada yang dpt menolong.

Anonymous said...

Salam, kalau tukar enjin to memang mahal sangat. Lagi pon enjin baru akan kembali kepada masalah enjin liner lama-kelamaan. Lebih baik cari enjin terpakai saja dan suh pomen wat overhaul. Kurang 6 ribu rasanya.

Anonymous said...

Terdapat segelintir pemandu memandu ikut syok sendiri. Tidak ambil pusing jika ada lampu indicator nyala atau tidak. sedar saja enjin mati tiba2. Saya nasihatkan pengguna nazaria bila dengar bunyi enjin kasar dan kuasa hilang hendaklah berhenti di tepi jalan dgn segera dan matikan enjin.Jika ada wap panas atau asap keluar dari hud depan jangan cuba start enjin. pada ketika itu suhu dah tinggi sebab air dah habis. panggil tow truck hantar ke bengkel yg anda biasa. sampai di bengkel check air. isi jika habis dan start enjin bersama formen untuk pastikan kerosakan.biasanye diperingkat ini keadaan enjin masih ok cuma sistem penyejukan yg bermasalah. kos baiki ini tidaklah banyak. Tetapi jika anda terus memandu sehingga enjin mati sendiri alamat tanggung kos yang amat tinggi.kos tukar enjin mz2 lbh kurang 7-8k.

Unknown said...

Salam tuan mentari..apa khabar? masih guna lg naza ria? Dah hampir 7 tahun lepas overhaul..nak tahu gak apa perkembangan..