Acara makan-makan selalu menjadi agenda utama di Malaysia . Tak hairanlah kedai makan dan restoran ada dimana-mana. Antara tempat yang kami kerap kunjungi ialah Kedai Mee Wak Sarip di Emporium makan Klang. Walaupun hidangan ini adalah Mee Hailam tapi pengunjung hanya memanggilnya mee goreng. Tukang masaknya Wak Sarip dah meninggal dan kini diwarisi anak perempuannya. Walau tak sehebat zaman Wak Sarip, tapi rasanya masih sedap. Mungkin juga mee Hailam paling sedap di Klang dan di Lembah Klang. Wifey kata, mula-mula makan dulu dalam tahun 1997, sampai termimpi mee goreng ni. Tak tahulah apa ramuan arwah Pak Sarip guna. Di hadapan kedai Wak Sarip pulak ada sebuah Kedai rojak/pasembur. Sangat terkenal dan telah beroperasi semenjak 30 tahun dulu iaitu Rojak Ghani. Cucurnya digoreng panas-panas dan kuah kacang yang memang sedap. Sebelah Kedai Wak Sarip pulak ada satay dan mee jawa yang diuruskan oleh anak-anak Wak Sarip. Lokasi dan suasana memang tidak menarik tetapi kalau ingin keenakan mee hailam, rojak dan satay dalam suasana 80-an bolehlah cuba. Orang Klang atau Shah Alam tentu biasa.
6 comments:
dah ler meeting dari pagi sampai ke petang.... tak sempat makan tgh hari. Tetengok plak gambar mee nih.... arghhhh!!!! Laparrrr!!!
haha..kena bawak bini try ni bile free..
Salam Mie.
Pagi2 lagi u dah buat i terseksa tau. Dahlah semalam tak lunch and dinner...kena pi cari nasi kat Tg Api ni...
Dato' K, sabar...boleh makan orang ni
Farish, anyway, trylah mana tahu sesuai dengan selera. Tetapi kena warning dulu, tempatnya taklah menarik macam kopitiam atau restoran. Tempat golongan marhain gitu.
Sherry, teringat Nasi minyak Tg. Api
kedai satey nie...,ada satey rusa x???
ada pakcik nak.naik train ke sana dr Kl sentral, duk cerita pasal mee ni
Post a Comment