Wednesday, July 22, 2009

MAT MOTOR DAN MAT REMPIT

Kalau nampak budak-budak menunggang motor, Ajmal akan panggil lempit (mat rempit lah tu). Dia belum dapat beza antara mat rempit sebenar dan penunggang biasa. Dia akan buat aksi menunggang basikal sambil meniarap sama macam mat rempit. Umur 3 tahun pun dah tahu nak merempit. Hopefully bukan disebabkan adanya gene melayu... Banyak aksi merempit tetapi aksi dalam gambar sebelah ini jarang sekali dibuat. Kurang pasti dari spesies mana mat rempit sorang ni. Dia bukan sahaja menunggang motor tetapi tidur sekatil dengan motornya sambil berpelukan. Dunia ni memang pelik.

2 comments:

Nazmi said...

Salam.
Begitulah kanak-kanak.... naluri ingin tahu bergelodak dlm jiwa mereka. Bagi mereka, semuanya betul hingga apabila disangkalkan. Tugas kita sbg ibubapalah menjadi guru mengajar yang betul. Kitalah yg mencorakkan kain seputih salju anugerah Illahi. Kalau dianjakkan pemahaman, sekolah semuanya berguru; tidak dibiarkan dgn buku semata.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Nazmi,
Betul.Memang aku setuju. Anyway nice to read about bowling. Seumur hidup aku baru 2-3 bulan lepas sahaja aku main bowling. Itupun selepas diajak oleh staff pejabat untuk main intra dept. Ramai yang tak pandai so, tak malulah kalau masuk longkang.