Monday, July 16, 2007

OFIS LAMA




Hari ini genap 4 bulan aku meninggalkan pejabat ini ke satu tempat yang jauh berbeza. Masih terbayang bagaimana setiap pagi aku disapa dengan salam dan kadangkala Selamat Pagi oleh Pengawal sebelum memasuki bilik ini selama 2 tahun setengah. Antara bilik tercantik di sini. Bukan saja suasananya yang masih aku ingati tetapi baunya juga berbeza dari bilik-bilik yang pernah aku duduki. Aku kira orang yang pernah menduduki bilik ini juga penting suatu ketika dulu. Namu kini tidak lagi. Inilah tempat perbincangan, persinggahan, bergosip. Banyak juga perkara penting diputuskan di sini. Tetamu kecil, besar, Tuan, Puan, Dato, Datin, Dato' Sri, Tan Sri pernah singgah menyapa. Malah ada bekas Menteri pernah singgah memuji betapa cantik bilik ini dengan pemandangan di luar yang indah. Namun itu hanyalah kenangan. Tiada lagi appointment dan tetamu yang tidak diundang. Tiada lagi deringan telefon ketika sedang bersarapan dan lunch. Tiada lagi abang, adik, pakcik dan makcik dan tiada lagi si bulat, si panjang, si comel dan si hensem tersenyum memberi salam kerana aku bukan lagi penghuni bilik ini.

No comments: