Mentari, Hujan dan Pelangi
Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Thursday, May 03, 2012
MARYLAND4 KPP/ITM 1987
Wednesday, April 25, 2012
BBQ SET BARU
Aku ada set BBQ baru yang menggunakan gas. Geleng kepala wifey tapi apa nak buat husband punya hobby. OK apa? Kalau sudi mai buat BBQ kat rumah.
Thursday, April 19, 2012
AIMAN KE MRSM KEPALA BATAS - 26 Mac 2012
Esok paginya 26 Mac 2012 kami pun ke Kepala Batas. Rupa-rupanyanya tak jauh, kurang 20 minit selepas jambatan P. Pinang, exit Bertam dan belok ke kiri. Banyak pembangunan baru, seperti bandar baru, Sekolah Sains KB, Cawangan USM serta rumah-rumah banglow. MRSM Kepala Batas ni boleh dikatakan baru kerana dibuka sekitar tahun 2007.
Harapan kami semoga Aiman tidak mensia-siakan peluang yang diberi ini kerana tak semua remaja sepertinya dapat peluang bersekolah di asrama penuh. Zaman remaja hanya sekali. Jadi pelajar sekolah pun hanya sekali. Pengalaman beberapa tahun sebagai remaja inilah yang mencorakkan masa depan yang bakal kita lalui.
Monday, April 09, 2012
JALAN JALAN
Tuesday, January 31, 2012
FRASER HILLS
Thursday, December 22, 2011
HAYAT DAN PERGI TAK KEMBALI
Jangka hayat rakyat Malaysia adalah 77 tahun (wanita) dan 71.9 tahun bagi lelaki. Manakala Wanita Melayu adalah 75.3 tahun dan Lelaki Melayu 70.5 tahun.
Mak meninggal di usia 75 tahun 7 bulan atau bersamaan 75.6 tahun iaitu lebih sedikit daripada purata bagi wanita melayu. Bak (ayah) pulak dah mencecah 73 tahun, melepasi purata 70.5 tahun untuk lelaki. Untuk rakan-rakan yang masih mempunyai ibu dan ayah yang usia mereka hampir mencapai purata tersebut eloklah luangkan banyak masa dengan mereka. Elok ada quality time bersama sebelum berpisah untuk selama-lamanya.
Dalam tempoh sebulan ini aku dan adik beradik memang merasa kehilangan mak. Mungkin kenangan terakhir yang paling indah pada tahun 2011 adalah beraya bersama di Shah Alam. Dan waktu-waktu terakhir bersama di Kuantan adalah 2 minggu sebelum beliau pergi dan bercakap kali terakhir di telefon 4 hari sebelum beliau dipanggil Ilahi. Ketika itu, mak sihat dengan suara yang segar dan gembira mengajar Al Quran kepada pelajar-pelajarnya. Mak pergi dengan pantas tanpa menunjukkan tanda-tanda yang jelas. Pergi dengan tenang tanpa menyusahkan anak-anaknya. Itulah yang sentiasa mak mohon pada Ilahi.
Namun aku redha dengan ketentuanNya kerana sejak beberapa tahun yang lepas kami adik beradik telah pun meluangkan masa yang berkualiti bersama mak sama ada pulang ke kampung menziarah, bercuti bersama di Pulau Pinang, Terengganu, Port Dickson, Rompin, pergi umrah bersama, beraya 2 kali di rumah aku di Shah Alam termasuk meluangkan masa bersamanya di Hospital Damansara beberapa bulan yg lalu. Dengan sedikit rezeki dapat juga menyumbang bantuan kewangann kepadanya. Namun aku tahu, bukan wang ringgit yang utama, tetapi ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan serta doa adalah yang paling penting buat seorang ibu. Semoga ingatan untuk mak terus kekal sepanjang hayatku.
Tuesday, November 29, 2011
SELAMAT JALAN MAK YANG KUKASIHI
Friday, November 04, 2011
KENANGAN KEMBARA HAJI 2010
Esok adalah Hari Wukuf 9 Zulhijjah 1432. Haji adalah wukuf di Arafah. Aku menulis ini hanya sebagai mengingati pengalaman Haji lepas dan mungkin boleh menjadi panduan kepada bakal Haji pada tahun depan pulak.Teringat lebih kurang setahun yang lalu. Kami berangkat ke Mekah lebih kurang 2 minggu sebelum hari Wukuf iaitu pada 30 Okt 2010, sementara Hari Arafah (Wukuf) adalah pada 15 November 2010. Dari KL terus ke Jeddah. Airport clearance mengambil masa kerana staff imigresen/airport tidak bersungguh-sungguh, seperti pahat dan penukul. Kata pegawai tabung haji, staff ni sempat tengok bola (TV) masa kerja. Bila ada boss baru mereka kerja betul-betul. Wallahualam. Namun begitu semua urusan berjalan dgn baik. Nampaknya kaum hawa lebih mudah clrearance berbanding kaum adam. Alhamdulillah semua urusan selesai dgn baik. Kami berehat sebentar di airport dan sembahyang zohor sementara menanti untuk naik bas ke Mekah. Sebelum bertolak kami dibekalkan dengan nasi mandey. Sungguh menyelerakan terutama ketika perut tengah keroncong. Sambil pekerja memunggah beg ke atas atap bas kami dengan selera kami makan dalam bas. Dalam jam 2pm bas bergerak. Mata dah mula mengantuk. Aku dan wifey duduk dibarisan ke 3 dari belakang, Jemaah mula bertalbiah dengan bersemangat tetapi aku sempat juga terlena beberapa ketika. Tapi aku puji Jemaah dibelakang yang muda-muda berterusan bertalbiah sehinggalah sampai ke Mekah yang mengambil masa 2 ½ jam. Sekiranya tiada berhenti henti hanya mengambil masa 1 ½ jam saja. Namun begitu perjalanan keseluruhan adalah baik walau sedikit kurang selesa kerana memakai ehram. Tapi yg best pakai ehram ini, part bawah terasa bebas dan dingin..hehehe. Alhamdulillah, kami tiba di Mekah selepas Asar dan check in di Hotel Azieb Mawaddah. Terletak di sebelah belakang Masjid Kucing (Sekarang ni dah roboh). Mutawif memaklumkan supaya sembahyang dan berehat berehat di hotel dulu dan jam 10.30 malam baru buat tawaf dan sai umrah serta bertahalul. Maka bermulalah hari hari ibadah di Haram sementara menanti hari wukuf di Arafah- bersambung
Wednesday, October 05, 2011
PENGANGKUTAN AWAM
2 keping gambar ini amat menarik. Pelbagai cara untuk memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam. Mungkin di negara ini tidak akan berlaku seperti ini tetapi di negara negara kurang maju, ini adalah perkara biasa.
Tuesday, October 04, 2011
BERAYA DI OFIS
3 Generasi berbeza: Ms Lim 63 tahun (contract officer), aku 43 tahun dan my PA Hidayah 23 tahun
Wakil BMKD: Zarina PA TMKDS, Hinnah ex PSU dan Banu ex PSUGST Runner dan ...
Tak sah kalau tak cerita pasal Raya. 23 September 2011 yang lalu telah diadakan sambutan Hari Raya di ofis. So berayalah kami dengan baju raya yang meriah dan hidangan yang dibuat secara catering dan potluck. Major sponsor adalah Pengerusi TRP. Aku cuma sponsor 450 cucuk satay. Macam-macam ada sampai boleh tapau. Kalau ada rezeki boleh buat makan lagi.Pegawai Kastam
Thursday, September 29, 2011
MUSIM HAJI TIBA LAGI
Musim Haji tiba lagi. Hari ini kumpulan pertama @ penerbangan awal Jemaah Haji Malaysia dijangka tiba di Madinah untuk memulakan ibadah haji. Kepada mereka yg berjaya menjadi tetamu Allah kali ini tentulah sangat gembira dan bersyukur kerana mungkin doa-doa diperkenankan dan diberi kesempatan masa, kewangan, kesihatan yg baik untuk menunaikan Rukun Islam ke 5. Bukan semua dpt menjadi tetamu Allah kecuali mereka yg terpilih saja. Ada yg berduit tetapi sakit, ada yang sihat tapi tidak mampu dari segi kewangan dan masa. Tetapi ada juga orang yang cukup segalanya tetapi tidak terbuka pulak hatinya untuk menunaikan Haji. Jika ada terlintas dihati ingin pergi ke Mekah, tetapkan tekad kerana akan ada berbagai halangan yang menanti. Yang pertama kena buat mesti mendaftar dengan Tabung Haji dulu. Itu langkah paling utama. Bila dah mendaftar, antara halangan yang akan timbul termasuklah perasaan tak cukup ilmu, susah cuti, duit tak cukup, anak-anak tiada org jaga, sakit (sikit) dan sebagainya. Tetapi itu cuma halangan kecil sekiranya dirancang dengan teliti bukan lagi penghalang kerana penghalang terbesar sebenar adalah DIRI KITA SENDIRI yang merupakan musuh terhebat. Kalau kita dapat mengatasi musuh terhebat ini, Insya Allah sebelah kaki hampir menjejaki tanah Haram dan bakal menjadi tetamu Allah dan selebihnya adalah hidayah dan ikhsan Allah. Jadi yang dah dapat tarikh penerbangan tu bersyukurlah kerana Kembara Wajib Sepanjang Hayat menuju Baitullah telah pun bermula. Alhamdulillah.Wednesday, September 28, 2011
SYAWAL, RAMADAN, AKI DAN WAN
30 Syawal 1432H. Hari terakhir Syawal tahun ini. Lunch di The Verandah, Cyberlodge Resorts and Spa. Kata orang rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Ada kawan ajak, free pulak so pergilah. Adalah beberapa kali makan kat sini. OKlah tapi aku lebih suka di Marriot Putrajaya kerana banyak pilihan melayan nafsu walau tidak lagi sehebat 2-3 tahun lalu. Walau Syawal telah tiba penghujungnya, pesta makan masih belum berakhir. Surau berhampiran rumah akan mengadakan jamuan Raya pada hari Sabtu 1 Okt 2011 ini. Mungkin di tempat lain pun masih ada sambutan kerana majlis seperti ini tidak semestinya berakhir pada Syawal saja kerana keramaian seperti ini cuma budaya masyarakat saja. Ada pun bagus, tak ada pun tak menjadi masalah. Kalau rajin bulan-bulan lain pun buatlah makan-makan juga. Jangan lupa menjemput kami.
Puasa tahun ni tak sekali pun berbuka di hotel. Dah kira rekod. Jemputan berbuka rasmi pun tak pergi. Lebih selesa berbuka di rumah bersama isteri dan anak-anak walau dengan hanya air soya dan murtabak pasar Ramadan seksyen 7. Tak perlu terkejar-kejar dan boleh rileks. Rasanya macam tu lebih nikmat. Atau mungkin juga dah tua…cuma jiwa masih muda lagi. Hehehe…
Hujung minggu yang lalu agak memenatkan. Pagi Sabtu 24 Sept 2011 ambik Aki dan Wan di rumah adik di Taman Tun untuk bawak balik ke Kuantan. Aki dan Wan datang KL sejak 26 Jun lagi kerana dua dua tak berapa sihat dan menjalani rawatan. Bermakna dah 3 bulanlah mereka ‘bermusafir’. Semasa di rumah sorang lagi adik di Penang, Wan mengalami masalah jantung, gastrik dan muntah yg biasa dialami sebelum ini, cuma kali ini dia risau takut-takut kalau ajalnya sudah tiba dia akan menyusahkan anak-anak terutama adik di Penang yang tinggal di Apartment. Bila merasa sihat sikit, Wan dah tak sabar-sabar nak balik kampung. Terpaksa adik menghantar mereka ke KL. Aku pulak ditugaskan menghantar ke Kuantan. So jam 9.30 pagi aku selaku supir bertolak dari Taman Tun ke Kuantan. Co Pilot tak dpt ikut sebab Ajmal demam. Aiman dan Shaheera pulak nak exam. Jam 11.30am kami berhenti di R&R Temerloh utk makan tengahari dan sampai di Kuantan lebih kurang jam 1.30 pm. Rehat, solat dan membeli sedikit keperluan untuk Wan dan Aki, aku pun bertolak ke Shah Alam jam 3.00pm kerana pada hari Ahad ada program lain di Putrajaya yang tak kurang juga penatnya.
Namun begitu, aku berdoa supaya Wan dan Aki akan terus diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kemudahan untuk terus beribadah kepada Allah. Semoga mereka diberi tenaga dan keupayaan untuk terus melakukan kerja yang mereka suka iaitu mengajar Quran seperti biasa. Amin.
Wednesday, September 07, 2011
HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH
(kecuali Uncle Zack, Cik Din dan Cik Ja)
Sessi bermohon maaf family Cik Ana
Ajmal dan Ayah
Mat Galah Aiman dan Umi
Jijin dan Umi
Lepas sembahyang kami balik ke rumah. Menjamu dgn nasi minyak dan ayam kurma yang aku masak sendiri. Selain tu menunya termasuklah lemang, ketupat, kuah kacang, rendang daging yang disediakan oleh mak, antida, cik ana dan mak usu. Semua adik beradik dan ipar (kecuali Cik Din, Cik Ja dan uncle Zack) berkumpul bersama seleps sembahyang Raya. Uncle Zack beraya di Penang. Cik Din dan Cik Ja beraya di Jengka. Lepas makan, kami bersalam-salaman, photoshot dan makan lagi.
Lebih kurang jam 12pm kami ke Kerinchi ke rumah keluarga Joe. Makan dan makan lagi... Lepas tu ke rumah Che Yong yang beraya di Bangi kerana Dina dan Kimi baru saja menerima ahli baru, baby sulung lelaki yang diberi nama Nazrin sempena nama Raja Nazrin Shah. Che Yong dah jadi Opah dgn gelaran Opah mummy. Gelaran glamor la tu. Secara automatik Wifey juga menjadi Opah dgn gelaran yang dipilih sendiri, Wan Na (nak ikut org Pahang lah konon). Tua sungguhlah depa berdua ni...hehehe
Sebelah malam pulak giliran menerima tetamu dan melayan main bunga api free, ihsan jiran belakang rumah. Dan yang penting kita makan lagi...
Hari Raya kedua kami lunch di rumah Cik Ana di Taman Tun dan kemudian bertolak ke Kuala Kangsar. Hari ketiga, open house di KK pulak. Makan lagi dan lagi dan lagi...Bila pulak nak puasa 6???
