Saturday, April 27, 2013

30th SEMESTA GRAND DINNER

27 April 2013. Dengan izinNya, kami alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang telah dapat berkumpul dalam jamuan besar sempena 30 tahun pembukaan sekolah pada 1983. Lama tu. Aku masuk tahun 1984 di tingkatan 4 Sains 3 dan merupakan 2nd Batch yg mengambil SPM. Ketika itu, sekolah ini masih dikenali sebagai SEMESRA atau Sekolah Menengah Sains Raub. Tengku Mahkota Pahang adalah Penaung Persatuan Alumni dan merupakan sebagai tetamu VVIP. Jamuan ini turut dihadiri mantan Pengetua, guru-guru dan staff SEMSTA. Seronok berjumpa kawan-kawan lama, senior dan junior. Sampaikan Tengku Mahkota Pahang bertitahpun masih bising lagi. Nasib baiklah TM berjiwa rakyat, lemah lembut dan bersopan. Anyway seronok sakan lah member-member alumni bercerita kisah lama dan snap photo. Insya Allah jika diizinkan kita berjumpa lagi.

No comments: