Tuesday, November 29, 2011

SELAMAT JALAN MAK YANG KUKASIHI

Semalam adalah hari yang paling sedih. 28 November 2011 bersamaan 2 Muharam 1433, mak yang dikasihi telah pergi untuk selama lamanya pada jam 8.05 pagi pada usia 75 tahun. Semoga Allah menempatkan mak di tempat terbaik di sisiNya dan dipermudahkan urusan mak dikehidupan baru yang kekal abadi. Ciuman terakhir di dahi mak ketika selepas dimandi dan kafankan. Wajah yang tenang dan dingin. Cuma doa dan tangisan mengiringi mak. Selamat Jalan Mak...


Friday, November 04, 2011

KENANGAN KEMBARA HAJI 2010

Esok adalah Hari Wukuf 9 Zulhijjah 1432. Haji adalah wukuf di Arafah. Aku menulis ini hanya sebagai mengingati pengalaman Haji lepas dan mungkin boleh menjadi panduan kepada bakal Haji pada tahun depan pulak.

Teringat lebih kurang setahun yang lalu. Kami berangkat ke Mekah lebih kurang 2 minggu sebelum hari Wukuf iaitu pada 30 Okt 2010, sementara Hari Arafah (Wukuf) adalah pada 15 November 2010. Dari KL terus ke Jeddah. Airport clearance mengambil masa kerana staff imigresen/airport tidak bersungguh-sungguh, seperti pahat dan penukul. Kata pegawai tabung haji, staff ni sempat tengok bola (TV) masa kerja. Bila ada boss baru mereka kerja betul-betul. Wallahualam. Namun begitu semua urusan berjalan dgn baik. Nampaknya kaum hawa lebih mudah clrearance berbanding kaum adam. Alhamdulillah semua urusan selesai dgn baik. Kami berehat sebentar di airport dan sembahyang zohor sementara menanti untuk naik bas ke Mekah. Sebelum bertolak kami dibekalkan dengan nasi mandey. Sungguh menyelerakan terutama ketika perut tengah keroncong. Sambil pekerja memunggah beg ke atas atap bas kami dengan selera kami makan dalam bas. Dalam jam 2pm bas bergerak. Mata dah mula mengantuk. Aku dan wifey duduk dibarisan ke 3 dari belakang, Jemaah mula bertalbiah dengan bersemangat tetapi aku sempat juga terlena beberapa ketika. Tapi aku puji Jemaah dibelakang yang muda-muda berterusan bertalbiah sehinggalah sampai ke Mekah yang mengambil masa 2 ½ jam. Sekiranya tiada berhenti henti hanya mengambil masa 1 ½ jam saja. Namun begitu perjalanan keseluruhan adalah baik walau sedikit kurang selesa kerana memakai ehram. Tapi yg best pakai ehram ini, part bawah terasa bebas dan dingin..hehehe. Alhamdulillah, kami tiba di Mekah selepas Asar dan check in di Hotel Azieb Mawaddah. Terletak di sebelah belakang Masjid Kucing (Sekarang ni dah roboh). Mutawif memaklumkan supaya sembahyang dan berehat berehat di hotel dulu dan jam 10.30 malam baru buat tawaf dan sai umrah serta bertahalul. Maka bermulalah hari hari ibadah di Haram sementara menanti hari wukuf di Arafah- bersambung