Tuesday, September 01, 2009

PUASA

Puasa dah 11 hari. Macam makin penat saja. Sembahyang terawih pun ada yang compang camping dah ni. Rasa gagah pergi surau, kalau tak di rumah saja dan kalau rasa flat memang jawabnya burnlah tu. Dah 3 hari burn. Macam mana nak kuatkan semangat untuk beribadah? Minggu depan bila semangat shopping pulak tiba, lagi bahaya... Ada kawan yang dah berhenti berblog. Baguslah. Mungkin nak tambah ibadat. Blog banyak-banyak pun buang masa saja. Nanti tak sedar dari malam sampai sahur 'beribadat' depan komputer.

Cakap pasal puasa ni, teringat masa menyewa dengan bebudak bujang di AU2 Keramat dalam tahun 1995. Aku sorang saja yang dah berkeluarga, yang 5 orang lagi tu masih bujang senang lagi. Bila aku balik kerja jam 5.30-6.00 pm, ada 2 orang member kamcing ni dah pun beristirehat di rumah. Dah melantak dah. Cara melantak pun nampak lebih lapar dari orang yang puasa.Tak tahulah berapa hari dia orang ni puasa, mungkin juga lebih banyak tak puasa dari puasa. 2 orang budak ni memang baik dan nampak baik. Aku suka lepak dalam bilik dia orang. "Lapar bang!!, tak tahan..." jawab mereka bila aku tanya kenapa tak puasa. Dia orang ni kerja despatcher dan akan balik rumah lebih awal bulan puasa untuk mentekedarah. Selepas keluar dari rumah bujang, aku tak pernah jumpa lagi budak berdua ni. Mungkin mereka dah berkahwin dan ada anak. Minta-minta dia orang ni dah berubah, tak tinggal sembahyang dan puasa.

No comments: