Hari ini 14 Ramadan, bersembahyang Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi, Putrajaya. Ini adalah sembahyang Jumaat pertama yang diadakan di masjid besi walau ianya telah dibuka semenjak awal Ramadan. Besar, cantik dan kontemporari. Open concept dan dewan sembahyang dikelilingi kolam yang seakan bersambung dengan tasik Putrajaya. Jemaah ramai dan memenuhi kawasan berkarpet. YAB PM pun turut sama bersembahyang.
2 comments:
beso jugak masjid nie..harap2 ramai lah jemaah yerr...hehehe
Harap-harap macam tulah. Tak banyak masjid besar kat dunia ni yang sentiasa ramai orang kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Biasanya, selain sembahyang Jumaat, waktu lain lebih ramai tourist/photographer dari jemaah.
Post a Comment