Friday, July 01, 2011

ULANG TAHUN KE 42 ISTERIKU

Semalam genap 42 tahun umur wifey. Tapi kesian, tahun ni tiada bunga dan kek. Saja je. Wifey bukan hint lagi tapi dia paksa pulak aku beli bunga. Aku kata kambing je makan bunga. Hehehe...Nasib baik dia tak marah. Aku kata, aku belikan mercedes lah. Tapi dia nak bunga jugak. Maghrib kami berjemaah sekeluarga dan bersembahyang hajat bersama. Lepas tu keluar makan. Anyway terima kasihlah atas segalanya disepanjang hampir 20 tahun kehidupan yang dilalui bersama yang penuh warna warni, ribut taufan umpama mentari, hujan dan pelangi. Semoga ada perjalanan yang lebih colorful dan menarik menanti ditahun tahun mendatang. Insya Allah.

Thursday, June 23, 2011

NIKMAT

Allah memberi nikmat yang bukan sedikit sejak kita dilahirkan. Namun nikmat ini sekiranya kita bernasib baik akan ditarik sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak bernasib baik akan ditarik sekali gus. Sejak kecil daging menjadi kegemaran aku. Di tahun 90an steak adalah makanan kegemaran dan selalu dapat makan free pulak tu terutama di Victoria Station. Tapi nikmat tersebut telah ditarik perlahan-lahan. Sekarang ni, tak boleh banyak daging. Bukan daging saja, sea food pun dah tak boleh muntahkedarah. Kalau makan tak hengat, esok terpaksalah merangkak sebab tak boleh berjalan. Sejak 2-3 bulan lepas mata aku pun dah mula buat hal. Tak boleh baca jarak dekat kurang dari 1 kaki dari mata. Semalam kerisauan mengenai mata telah confirm apabila aku mencuba cermin mata member. Bila pakai cermin mata, tulisan yg berada 6 inci di depan mata menjadi terang benderang. Tanpa cermin mata, tulisan kabur. Dah rabun pulak...Inilah proses kehidupan. Nikmat yang banyak dulu semakin hilang, ditarik perlahan-lahan. Namun doaku semoga nikmat Iman dan Islam terus kekal sehingga ke akhir hayat. Amin

Thursday, June 16, 2011

20 TAHUN BERSAMA

Inilah kami setelah 20 tahun bercinta. Masih kacak dan cantik. Masuk bakul angkat sendiri. Hehehe...Mesra yang kadang-kadang diselangi perang dingin. Tunjuk PEACE ke nak tunjuk penumbuk tu??

Tuesday, May 10, 2011

KEHIDUPAN LELAKI

Bangun tidur pergi kerja dari pagi sampai maghrib, begitulah seterusnya. Hari hari. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Dari tak da rambut, tumbuh rambut, rambut panjang, rambut kontot dan akhir sekali dah botak. Dari naik bas, naik motor. Lepas tu naik kereta, kemudian beli kereta besar sikit sebab anak ramai. Bila anak besar dah tak nak ikut, beli kereta kecik pulak. Lagi satu sebab minyak naik. Lepas tu nak rasa macam muda pulak, kalau boleh nak beli kereta sport sebab masa muda tak mampu. Dulu duduk rumah sewa kecik, bini pun kecik. Bila anak besar kena sewa rumah besar sikit. Lepas tu ada rezeki beli rumah besar sebab senang anak ada bilik masing-masing. Bila anak-anak dah independent, rumah besar menjadi sunyi. Kena duduk condo pulak, ada privacy. Terfikir pulak elok kalau ada bini kecik macam muda muda dulu. Lagi pun bini besar tak muat naik kereta sport atau tak berapa presentable kalau nak gi function. Hahaha..... apa cerita ni. Wifey marah pulak. Nanti dia tak buat Milo kosong utk breakfast...

Apa sebenarnya ultimate aim? Kereta besar, rumah besar dan bini kecik? Susah nak jawab. Tapi aim yang penting ada dalam doa, "Ya Allah, kurniakan kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat". Mungkin inilah yang patut kita usahakan.

Friday, May 06, 2011

CERITA 20 TAHUN LALU DI ST. LOUIS

Lama dah rupanya puisi yg aku tulis, dah hampir 20 tahun. Macam baru beberapa tahun lepas berlalu. Kalau boleh jadi Doraemon, boleh balik semula melalui pintu masa, tengok balik zaman remaja yang penuh gemilang (???) memperbetulkan kesilapan lalu. Tapi tentulah mengarut. Tak masuk akai. Itulah takdir, kadaq dan kadar. Ketentuan Ilahi. Pertemuan 2 dunia, melalui persimpangan kehidupan yang masih kabur ...membina cinta dan cita, mengejar masa hadapan ditemani mentari, hujan dan pelangi.

HARI-HARI TERAKHIR DI SL

Pasti diingatanku
kita melangkah seiring
tika sal
ji malam itu
menyusur perlahan
antara waktu-waktu terindah buatku
QT dan sepanjang Evarts
memutih segar cinta sucimu
pertama dan terakhir
dan pasti tiada lagi jejak-jejak itu
salji itu cair jua
bersama titis-titis jernih
membasahi kedua pipimu
namun kerana cinta ini
kita masih mampu mengukir sejuta senyum
terima kasih sayangku

Gadisku
hari-hari terakhir tiba jua
disambut angin utara
dalam dingin salji dan hangat salam ibu
doaku moga cinta kita terus mekar dan segar
pasti oxeye dan evarts bertemu
tersimpan menjadi memori terindah
namun kita harus pergi
dalam salji yang beku
tika ranting kering kehilangan dedaun
dan lambaian perpisahan di Lambert
kita tinggalkan sejuta kenangan
yang pasti tidak akan usang
menjadi mimpi terindah cinta kita

Sayangku
masih terasa lembut salji
kulempar bertaburan menyentuh wajahmu
kau gadisku berlari dalam hembus bayu
kita senyum dan ada ketikanya menangis
lewat musim dingin itu

Monday, March 28, 2011

NAIK PANGKAT


Perjalanan hidup ini satu proses, bukan destinasi. Dan itulah yang berlaku. Proses seterusnya, aku akan naik pangkat lagi mulai 1 April 2011, Insya Allah dan berpindah ofis. Dekat saja ofis baru, bersebelahan dengan yang lama. Jumpa lagi ramai kawan baru, namun kawan-kawan lama tidak akan dilupakan sebab mereka adalah network kehidupan. Diharapkan proses-proses berikutnya akan menambahkan ketakwaan aku kepada Allah. Doaku semoga Allah mempermudahkan semua tanggungjawabku didunia dan tanggungjawabku diakhirat. Amin.

Friday, March 04, 2011

PERINGATAN PAGI JUMAAT

Surah Al-An'aam:17-18

Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang berkuasa atas sekelian hamba-hambaNya. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-An'aam:59


Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh mahfudz).


Wednesday, January 19, 2011

ULANG TAHUN KE 43



Alhamdulillah dah 43 tahun umur ikut tahun masihi. Sampai di pagar rumah, Ajmal dah menjerit Happy Birthday. Dia kata Umi buat "happy birtday ayah..." Ada kek aiskrim, pizza, ayam goreng dan buah. Tima kacih Puan Wifey.

AJMAL KE SEKOLAH AKHIRNYA

Anak bongsu memang manja dan kadang kala sukar difahami. Betul ke begitu? Ajma pun anak bongsu, dah masuk umur 5 tahun pun begitu. Pertama, dia tak nak pergi sekolah tadika. Walau apapun terjadi, sekolah bukanlah tempatnya atau tempat paling akhir dia akan pergi kerana dia mendakwa Cikgu akan memukulnya seperti yang berlaku dalam kartun budak nakal Hagemaru. Kedua, dia tak mahu potong rambut dan kuku kerana takut terpotong jari dan terpotong otak!!! Boleh terpotong otak. Karut betul budak ni. Idea ni pun dia dapat dari Hagemaru si budak nakal Jepun tu. Kukunya hanya boleh dipotong semasa tidur. Dah puas Ayah dan Uminya memujuk tapi dia tetap dengan pendiriannya bahawa sekolah adalah tempat guru-guru yang garang, tak boleh main game dan tengok BBD (DVD). Umi terpaksa kelentong bahawa tadika itu milik kawan umi. Cikgu semua baik-baik. Ajmal juga diberikan beg sekolah Ultraman dan sebuah scooter. Akhirnya dia mengalah dan setuju ke sekolah. Rambutnya terpaksa dipotong malam sebelum ke sekolah ketika sedang tidur. Habis 1 katil ayah dan umi dipenuhi rambut Ajmal. Alhamdulillah, akhirnya dia pergi ke sekolah walaupun selalu tanya bila sekolah akan cuti. Sekarang dia seronok sebab selalu dipeluk cikgu-cikgu perempuan... Kecik-kecik pun dah pandai....Anak bapak...

Wednesday, December 29, 2010

TIPS MENGENAI MASA

www.timesavers.sg menyenaraikan cara untuk menjimat masa di Kiasuland.

1. Beli 7 helai baju yang sama pattern dan warna - dapat jimat 35 minit sehari untuk pilih baju. Dah lama aku nak buat macam ni. Enstein ada 3 jaket yg sama so tak payah buang masa pilih jaket.

2. Sesapa yang pakai tie, jangan buka simpulan supaya senang pakai semula - jimat 5 minit sehari. Dah praktis sejak 18 tahun dulu.

3. Jangan makan dengan ramai orang - jimat 45 minit. Jadi kera sumbang. Dengan 2-3 orang Oklah.

4. Memandu di belakang ambulance - jimat 45 minit. Ini betul-betul kiasu.

5. Jangan tawat menawar -jimat 25 minit. Kalau kaya bolehlah.

6. Tidak beratur di tempat yg terdapat queue panjang - jimat 45 minit. Tip ni OK, contohnya guna internet untuk bayar bil.

7. Membotakkan kepala - jimat 5 minit untuk sikat rambut. Yang ni OK. Lama tak sikat rambut sebab rambut tak berapa nak ada.

Dalam Islam ada tips yang menekankan keutamaan masa dalam hidup kita yang singkat di dunia ini. Perlu memaksimumkan waktu-waktu berikut:

  • Masa hidup sebelum mati - banyak benda tak buat lagi, sembahyang pun tak sempurna
  • Masa kaya sebelum miskin - sekarang ni kaya pun tidak, miskin pun tidak.
  • Masa sihat sebelum sakit - yang hisap hisap rokok macam ekzos lori hantu, berhentilah
  • Masa lapang sebelum datang masa sempit - selalu procrastinate
  • Masa muda sebelum tua - dah nak tua tapi masih young at heart. Masa muda tak bersedia secukupnya.

Sunday, December 19, 2010

HAJI 2010: PERJALANAN WAJIB SEKALI SEPANJANG HAYAT




Alhamdulillah. Jam 9.00pm, 13 Dis. 2010 yang lalu selamat touch down di KLIA dari Madinah. Kembara panjang di 2 tanah haram selama 44 hari telah berakhir. Semoga pengorbanan untuk melaksanakan rukun Islam ke 5 ini tidak sia-sia dan mendapat ganjaran dari Allah Swt. Amin.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan, melaksanakan kerja-kerja haji tidaklah susah apabila sudah berada di Mekah tetapi memupuk cita-cita dan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum berangkat adalah sangat utama dan memerlukan kesungguhan. Sekiranya mental tidak kuat, jemaah akan terpengaruh dengan cerita-cerita pelik seperti balasan secara cash, tidak nampak kaabah kerana dosa masa lampau, sesat dll kepercayaan karut sedangkan tujuan ke sana hanyalah satu iaitu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah swt. Akhirnya, kita semaikan dalam pemikiran bahawa kita belum bersedia, belum sampai seru, tidak berkemampuan dan sebagainya. Sebahagian besar cerita pelik adalah tidak benar sama sekali. Allah maha Pengasih dan maha Pengampun. Tentu saja tetamuNya diberi layanan yang baik. Bukanlah layanan seperti Raja. Tentulah berbeza dan tidak sama dengan tanahair sendiri. Sekiranya niat baik, Insya Allah akan dipermudahkan. Pergilah sementara masih kuat. Selain sedikit ilmu dan kemampuan kewangan, yang utama ialah kemampuan fizikal kerana ibadah haji lebih kepada pergerakan fizikal. Jika ingin bersembahyang jemaah pun kena sihat dan kuat kerana ada berpuluh ribu, beratus ribu, malah mencecah 1.8-2.8 juta orang menjelang hari wukuf yang akan berebut melakukan ibadat di Masjidil Haram. Di padang Arafah pula jumlah jemaah akan mencecah sehingga 5 juta orang termasuk jemaah masuk tanpa permit Saudi. Jadi, pergilah semasa muda, semasa fizikal masih kuat dan ingatan masih tajam.

Tuesday, October 12, 2010

KEMBARA HAJI 2010

Kembara haji 2010 telah bermula. Setakat hari ini lebih 3000 daripada 26,000 bakal jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah melalui penerbangan awal. Harap-harap dan Insya Allah cita-cita kami turut tercapai di musim haji 2010 ini. Sebelum ke Canada, sempat juga hadir Kursus Haji Perdana anjuran Zahafiz di Masjid Negeri Shah Alam pada 2 oktober 2010 walaupun sampai petang saja. Nasib baik ada Puan Wifey jadi wakil sampai malam. Bagus Puan Wifey ni. (ada udang sebalik mee.. hehehe) Kursus Haji Perdana anjuran Tabung Haji pada minggu sebelumnya juga termiss kerana surat TH dapat last minute dan ada program lain pulak tu. Anyway, sekali lagi mintak-mintak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin.

Monday, October 11, 2010

MONTREAL DAN BOSTON


Alhamdulillah lebih kurang seminggu di Montreal dan Boston, dapat balik semula tidur atas tilam keras dan memeluk bantal busuk. Dan yang lebih penting dapat memeluk awek kesayangan. Hehehe...Walaupun tidur dalam First Class dan Business Class tak sama dengan bilik sendiri yang tak ada kelas. Walau ada awek cun duduk sebelah, bini juga sentiasa di hati. (Saja nak ambil hati bini, nanti boleh outstation lagi...)

Semasa menunggu di lounge KLIA sembang dengan Aznil Nawawi dan membernya dari Astro. Dia nak ke Cannes. Pak Nil ni kulitnya licin macam anak dara. Tak gaya jantan langsung. Umur dah dekat 50 tapi nampak macam 30 tahun. Ingat nak ambil gambar tapi segan pulaklah.

Flight jam 11.40 pm 2 Oktober 2010 ke London. Sampai London lebih kurang jam 6.30am dan lepak di Marriot Heathrow, Terminal 4. Seterusnya ambil flight Air Canada ke Montreal jam 3.30pm dan sampai lebih kurang jam 6.30pm. Check in di Marriot dan staff Melayu bawa pergi seafood restoran di luar bandar montreal. Nak balun sungguh-sungguh takut kena gout dan naik kolestrol pulak. Ngeri jugak kalau tak boleh berjalan. Isnin pergi lawat kilang yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta dan lunch di kilang. Pagi selasa meeting, petang ambil flight ke Boston. Pagi rabu lawat kilang di Boston, sebelah petang shopping sikit dan sebelah malam ada official dinner di Turner Fisheries. Tom Yam abang cuka kat Klang lagi sedap. Khamis meeting lagi dan sebelah petang ke London semula. Begitulah packnya jadual. Sorrylah Puan wifey, tak dapat memenuhi semua hajat shopping puan wifey. Next timelah kalau ada rezeki. Nak pergi outlet pun tak sempat sebab hujan lebat aka ribut di Boston. Time nak balik barulah terang benderang tapi dah tak sempat nak shopping pulak. Tengok pokok Maple di bawah ni yang ditanam ditapak bangunan admin kilang (bangunannya belum bina lagi). Hopefully dapat hiduplah sebab biasanya pokok yang aku tanam tak hidup. Hehehe...


















Thursday, September 02, 2010

MURTABAK

Sejak mula puasa hanya sekali miss makan murtabak sebab berbuka di PICC. Itu pun kawan punya pasal terpaksalah aku berbuka di luar. Tak minat dah nak berbuka kat hotel. Nak juga try murtabak Keramat di Putrajaya, tapi jam 4.30pm Qnya panjang berjela. Keluar awal nanti org JPA ambil gambar pulak. Tak kerja lain ke dia orang ni. Minggu lepas balik kampung wifey di Kuala Kangsar dapat pekena murtabak Pak Mat. Ada panggil Mat Pendek. Itu tak penting, janji sedap dan value for money. Orang gomen suka term ni. Jam 3.30pm dah kena beratur. Tengah beratur pun dah terliur. OKlah harga RM2.50, tebal dan nampak menarik. Cara buat pun lain dari yang lain. Ni gambar yang dipinjam dari rakan cyber. Nampak tu murtabak yang gemuk-gemuk. Makan tengah panas cicah kari mamak. Meleleh ayo lior teman.