Sunday, December 19, 2010

HAJI 2010: PERJALANAN WAJIB SEKALI SEPANJANG HAYAT




Alhamdulillah. Jam 9.00pm, 13 Dis. 2010 yang lalu selamat touch down di KLIA dari Madinah. Kembara panjang di 2 tanah haram selama 44 hari telah berakhir. Semoga pengorbanan untuk melaksanakan rukun Islam ke 5 ini tidak sia-sia dan mendapat ganjaran dari Allah Swt. Amin.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan, melaksanakan kerja-kerja haji tidaklah susah apabila sudah berada di Mekah tetapi memupuk cita-cita dan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum berangkat adalah sangat utama dan memerlukan kesungguhan. Sekiranya mental tidak kuat, jemaah akan terpengaruh dengan cerita-cerita pelik seperti balasan secara cash, tidak nampak kaabah kerana dosa masa lampau, sesat dll kepercayaan karut sedangkan tujuan ke sana hanyalah satu iaitu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah swt. Akhirnya, kita semaikan dalam pemikiran bahawa kita belum bersedia, belum sampai seru, tidak berkemampuan dan sebagainya. Sebahagian besar cerita pelik adalah tidak benar sama sekali. Allah maha Pengasih dan maha Pengampun. Tentu saja tetamuNya diberi layanan yang baik. Bukanlah layanan seperti Raja. Tentulah berbeza dan tidak sama dengan tanahair sendiri. Sekiranya niat baik, Insya Allah akan dipermudahkan. Pergilah sementara masih kuat. Selain sedikit ilmu dan kemampuan kewangan, yang utama ialah kemampuan fizikal kerana ibadah haji lebih kepada pergerakan fizikal. Jika ingin bersembahyang jemaah pun kena sihat dan kuat kerana ada berpuluh ribu, beratus ribu, malah mencecah 1.8-2.8 juta orang menjelang hari wukuf yang akan berebut melakukan ibadat di Masjidil Haram. Di padang Arafah pula jumlah jemaah akan mencecah sehingga 5 juta orang termasuk jemaah masuk tanpa permit Saudi. Jadi, pergilah semasa muda, semasa fizikal masih kuat dan ingatan masih tajam.

3 comments:

Razi said...

Alhamdulillah...selamat kembali ke tanah air Tuan al Hajj Ahmad Suhaimi bin Endut.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Terima kasih.

de kristal owner said...

Wa.. Dah sampai ke tanah suci..Selamat kembali..:)