Friday, July 01, 2011

ULANG TAHUN KE 42 ISTERIKU

Semalam genap 42 tahun umur wifey. Tapi kesian, tahun ni tiada bunga dan kek. Saja je. Wifey bukan hint lagi tapi dia paksa pulak aku beli bunga. Aku kata kambing je makan bunga. Hehehe...Nasib baik dia tak marah. Aku kata, aku belikan mercedes lah. Tapi dia nak bunga jugak. Maghrib kami berjemaah sekeluarga dan bersembahyang hajat bersama. Lepas tu keluar makan. Anyway terima kasihlah atas segalanya disepanjang hampir 20 tahun kehidupan yang dilalui bersama yang penuh warna warni, ribut taufan umpama mentari, hujan dan pelangi. Semoga ada perjalanan yang lebih colorful dan menarik menanti ditahun tahun mendatang. Insya Allah.

2 comments:

Adzriel AB said...

happy birthday buat isteri tercinta.. eh..ehh.. st thomas 1981? saya baru darjah 2 masa tu. saya ex-student SMTA 1986~1990. tinggal di ASBTAR masa tu... asrama felda.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

SMTA -Sekolah Men Tg Ampuan Afzan? Ramai juga kawan yg tinggal di asrama felda masa sekolah dulu.