Tuesday, March 11, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12

Rakyat telah membuat keputusan dan memberi signal yang jelas. Mungkin tujuan hanya untuk mengejutkan dari tidur namun keputusannya begitu mengejutkan sehingga bukan sahaja BN terkedu malah Pembangkang pun terpinga-pinga tidak menyangka begitu besarnya tsunami melanda. Yang penting Kerajaan perlu 'back to basic' dan kaji keperluan rakyat yang mungkin kecil pada Kerajaan tetapi impaknya besar kerana 'direct benefits' kepada rakyat seperti isu kenaikan harga, tol, minyak, sistem pendidikan/sekolah, keperluan tempat ibadat bukan sahaja Islam tetapi lain-lain penganut, gaya/karektor pemimpin, alam sekitar dll. Yang menang jangan terlalu gembira dan yang kalah masih ada harapan memperbaiki kesilapan.

Friday, March 07, 2008

KG PULAU LANG KIRI, KUALA ROMPIN

Rumah Tok Bibah. Auntidasthots Blog cerita tentang puisi yang ditulis untuk Tok Bibah yang telah menemui Penciptanya pada Mei 2003.
Pada masa tu kami sekeluarga masih di Sheffield, UK. Aku sempat berjumpa dengan Tok beberapa hari sebelum ke UK pada September 2002. Inilah rumah yang beliau duduki pada lewat 70-an sehingga pertengahan 80-an sebelum berpindah ke Kuantan. Rumah yang nampak kecil ini boleh menempatkan adik beradik mak dan cucu-cucu tok bila tiba Hari Raya ketika itu. Ketika itu kami rasa rumah ini begitu besar dan boleh berkejar-kejaran dengan sepupu dan 2 orang pakcik yang sebaya. Ada Stereo besar. Lagu-lagu yang dimainkan oleh Ayahzi boleh didengar satu kampung. Di sinilah aku belajar menunggang basikal sehingga pandai ketika cuti sekolah dalam tahun 1977. Pasir di depan rumah ketika putih bersih. Berpagar dan cantik, tidak seperti sekarang yang sedang menunggu hari untuk menyembah bumi.

Thursday, March 06, 2008

BUKIT GOH

Gambar lama dari Sleepyhead. Tapi Sleepyhead masih di alam lain ketika itu. Mungkin dalam sekitar tahun 1973-74 di Felda Bukit Goh, Kuantan. Masa tu Mak mengajar di sekolah Bukit Goh. Sempat bersekolah Tadika dengan anak-anak peneroka. Tiada beza antara anak cikgu dan anak peneroka ketika itu kerana dunia kami sama di kawasan Ladang kelapa sawit yang menghijau. Kiri dan kanan adalah kelapa sawit. Malah anak peneroka pun hidup senang ketika itu kerana harga minyak sawit melonjak tinggi di sekitar awal 70-an. Mereka adalah diantara warganegara dan komoditi terpenting yang telah membangunkan negara ini sehingga kini. Yang menarik, aku juga kini menyumbang kepada pembangunan Felda melalui Felda Holdings Bhd.

Monday, March 03, 2008

SELAMAT HARIJADI AJMAL...

2 tahun. Hari ini genaplah usia Ajmal 2 tahun. Semakin comel, nakal dan bijak. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh, bijak dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Insya Allah sekiranya tiada halangan, akan buat makan-makan pada 8 Mac 08 sempena hari membuang undi. Auntie Ida, Che Din, Cik Ana dan Mak Usu JOM le...

UMRAH

Umrah. Penyucian jiwa di Tanah Suci. Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama. Semoga Allah mempermudahkan langkah dan perjalanan kami serta memperkenankan doa dan harapan kami. Amin.

RUMAH

24 Februari 2008. Selepas 24 hari. Minta-minta pembinaan berjalan dengan baik. Ada beberapa kesilapan termasuk dinding depan perlu diruntuhkan untuk letakkan sliding door. Tingkap yang kelihatan tidak selari di sebelah tepi disebabkan pertukaran pelan bilik di tingkat atas.

Thursday, February 28, 2008

MENENTUKAN MASA HADAPAN


Semua orang ada cita-cita. Dalam pelbagai bentuk khayalan, impian, gambaran dan harapan yang belum pasti menjadi kenyataan. Ada yang realistik dan ada yang tidak. Agaknya di mana kita berada 5, 10 mahupun 20 tahun lagi? Ada yang bercita-cita menjadi Professor, CEO, Gabenor Bank, dan lain-lain yang tarafnya luarbiasa. Ada yang bercita-cita begitu besar untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Peluang ada, tapi hanya seorang daripada 25 juta rakyat Malaysia berpeluang merealitikan impian tersebut. Dan tentu sekali kebanyakan kita hanya menjadi orang biasa-biasa saja dengan cita-cita yang biasa saja, dengan harapan yang biasa sahaja dan dengan khayalan yang biasa saja. Namun, kita masih ada kuasa untuk menentukan supaya kita berpeluang merealisasikan apa saja yang kita impikan. Tidak kira yang biasa atau luarbiasa bila datang tanggal 8 Mac 2008 ini. Tapi kalau belum daftar tu lupakan sajalah. Tunggulah 5 tahun lagi.

Wednesday, February 27, 2008

MELAKA

24-26 Februari 2008. Ke Melaka untuk mesyuarat. Dah banyak berubah terutama di tengah kota Melaka. Unsur penjajahan terus diperbesarkan ditengah bandaraya yang memang telah lama dijajah walau terdapat unsur tempatan diketengahkan. Bangunan baru dan lama yang janggal untuk bersatu dan laluan sempit bersimpang siur. Gerai makan di tengah Kota milik peribumi yang semakin daif walau terhidang otak-otak Melaka yang menyelerakan. Padang pahlawan yang indah namun tiada roh kepahlawanan terbilang silam. Kota yang semakin padat dengan pelbagai gelagat dan tetamu.

Thursday, February 21, 2008

RUMAH BARU ON RENOVATION - 1 FEB 2008 (JUMAAT)





1 Februari 2008- Secara rasmi pagar diruntuh bagi membolehkan JCB masuk buat footing untuk renovation rumah baru. Tambah 2 tingkat lagi dengan keluasan 20X20, teres 20X10 dan tambah setingkat dibelakang dgn keluasan 22X7. Jumlah build up lebih kurang 1,154 k.p. Build up sedia ada lebih kurang 1600 k.p. Jumlah semua jika siap 2,754 k.p. OKlah cukup. Ada tanah lebih untk rekreasi. Minta-minta ia siap seperti yang diharapkan.

Tuesday, February 19, 2008

40




19 Januari. Some people say Life begins at 40. Tapi untuk lelaki sahaja, not for women. Mungkin hanya nombor. Anyway jutaan terima kasih kepada adik-adik yang sama-sama meraikan. Thanks for the food, card, present and wishes. Lebih menarik, mak juga menelefon untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 40. Seingat aku mungkin kali pertama. Yang penting semoga dipanjangkan umur, ditambahkan lagi rezeki yang halal dan mohon diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada ugama, keluarga, bangsa dan negara.

MASA & JAM

Masa memang berlalu begitu pantas. Kisah-kisah 10 dan 20 tahun dahulu terasa masih baru. Tahun 1988 adalah tahun dimana kami pelajar-pelajar KPP/ITM Damansara Utama berpindah dan memulakan hidup baru di Seksyen 18 Shah Alam. Dari lebih 140 orang pelajar di Maryland University, hanya lebih kurang 40 pelajar yang melepasi halangan untuk meneruskan perjuangan di program Indiana University KPP/ITM Shah Alam. Dan aku sebahagian daripada 40 pelajar tersebut. Yang lain menghilang entah kemana. Itu kisah 20 tahun dahulu. Masa dikaitkan dengan jam. Ini gambar jam yang aku terima dari Menteri Luar Jordan lebih kurang 10 tahun dahulu kerana bertugas sebagai Liason Officer. Jenis Mondaine. Tak tau berapa harganya. Talinya telah bertukar sebanyak 3-4 kali tetapi kali ini ia telah dimakan Tikus!!!

FAMILY RETREAT 2007, 25 DIS 2007 - TG. TUAN, PD






Dah lebih sebulan sibuk dan menyibuk. Hopefully the job will slow down for the next 1 month. Bolehlah bernafas sikit. Baru nilah boleh update sikit. Ni gambar Family Retreat. Kalau boleh elok buat family retreat setiap tahun. Mungkin next time Din, Ja, Zack & Joe join sekali. Boleh Organize game for the whole family. Anyway, adik can you organize? We get the fund from now. Mungkin bakal Governor boleh sponsor lebih sikit. Bakal Prof pun boleh tambah.

Tuesday, January 08, 2008

TELUK BATIK

Lepas kenduri rumah Yang pada hari Sabtu (22 Dis 07), kita orang balik rumah sekejap di Bukit Kerajaan.Packing apa yang patut dan terus jalan menuju keTeluk Batik, Lumut. Sampai lebih kurang pukul 6.00 ptg.

Bila menyusuri jalan ke Teluk Batik teringat peristiwa lebih kurang 11 tahun dulu ketika berkursus di Outward Bound School. 16 Mei 1996, hari terakhir ada acara larian 2.4 kilometres dari OBS ke Teluk Batik dan pusing balik ke OBS. Pagi tulah Aiman dilahirkan lebih kurang pukul 8.00 pagi di Kuantan. So aku hanya terima berita dari pihak pengurusan OBS saja. Baby dan Umi sihat. Banyak cerita menarik di OBS. Selama 2 minggu boleh kenal perangai masing-masing bila susah, tak cukup makan, letih, takut, gembira, dsbnya. Masih ingat cammana berkayak berkeliling Pulau Pangkor, berkayuh dengan whaler sejauh 29 batu ke Pulau Sembilan dari pukul 10.00 pagi sampi 5.00 ptg. Sampai termuntah-muntah. Berkemah di Pulau Sembilan yang tiada penghuni. Dipukul ombak besar yang mungkin mengkaramkan bot bila pulang ke tanah besar. Solo camping di tengah hutan. Terjun ke dalam laut yang lebih 15 kaki dalam, panjat bukit, jungle trekking, flying fox dsbnya. Walau bagaimana pun semuanya sebuah kenangan. Aku pun tak ingin nak jadi adventurous sangat. Tak larat dah. Mungkin anak-anak remaja patut melaluinya. Anyway di bawah ni gambar di Teluk Batik:


Pantai Teluk Batik

BBQ

Chalet - Betul-betul depan Pantai







Monday, January 07, 2008

BUKIT MAXWELL & TELUK BATIK






Hari ni nak cerita pasal pergi Bukit Larut atau nama asalnya Buit Maxwell. Another cuti-cuti Malaysia for the kids, ayah dan umi. Bangun pagi hari Jumaat 21 Disember 2007 tiba-tiba saja Ina kat nak pergi Taiping - Bukit Maxwell. Hari Jumaat pulak tu. Anyway Taiping dengan KK hanya 40 minit. So suruh budak bangun dan bersiap. 7.30 am semua dah siap dan terus jalan melalui hiway Ipoh Changkat Jering. Singgah kedai mamak dekat dengan Taman Tasik Taiping, pekena dulu roti canai. Lepas tu ke kaki bukit Maxwell. Nak naik atas kena naik Jeep, itu saja pengangkutan yang ada. Masa pergi kita orang kena naik Jeep buruk. Risau juga kalau-kalu brek tak makan. Jalan tersangatlah curam, ada selekoh tajam yang tinggi melebihi 45 degree. Jarak kaki bukit ke puncak lebih kurang 13 kilometer dan terdapat lebih 92 selekoh. Kalau sesapa yang sampai ke Taiping boleh try. Jeep yang kami naiki jenis tidak bertutup penuh. Kalau tak pegang betul-betul boleh tercampak keluar!!! Alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku. Kami selamat sampai. Hopefully balik nanti dapat naik Jeep baru pulak. Dari atas boleh nampak bandar taiping dan juga selat melaka. Ada beberapa buah banglo untuk disewa, cafetaria dan kawasan penanaman bunga tulip. Tu yang warna merah tu adalah tulip yang dah kembang. Suhu tak lah sejuk macam Cameron Highlands. Kita orng turun semula lebih kurang jam 11.45 am. Nasib naik dapat naik Jeep baru bertutup, ada lagu lagi. Singgah kedai makan dekat dengan Taman Tasik, budak-budak lapar. Aku pekena mee rebus. OK jugak tempat tu. Anyway hari ni hari Jumaat, kena sembahyang Jumaat. Lepas makan, balik KK singgah masjid di pekan Kuala. Masih sempat dengar Khutbah. Keesokan harinya ada kenduri kahwin anak Yang dan sebelah petang kita bertolak ke Teluk Batik, Lumut for another Cuti-cuti Malaysia.