Tuesday, January 08, 2008

TELUK BATIK

Lepas kenduri rumah Yang pada hari Sabtu (22 Dis 07), kita orang balik rumah sekejap di Bukit Kerajaan.Packing apa yang patut dan terus jalan menuju keTeluk Batik, Lumut. Sampai lebih kurang pukul 6.00 ptg.

Bila menyusuri jalan ke Teluk Batik teringat peristiwa lebih kurang 11 tahun dulu ketika berkursus di Outward Bound School. 16 Mei 1996, hari terakhir ada acara larian 2.4 kilometres dari OBS ke Teluk Batik dan pusing balik ke OBS. Pagi tulah Aiman dilahirkan lebih kurang pukul 8.00 pagi di Kuantan. So aku hanya terima berita dari pihak pengurusan OBS saja. Baby dan Umi sihat. Banyak cerita menarik di OBS. Selama 2 minggu boleh kenal perangai masing-masing bila susah, tak cukup makan, letih, takut, gembira, dsbnya. Masih ingat cammana berkayak berkeliling Pulau Pangkor, berkayuh dengan whaler sejauh 29 batu ke Pulau Sembilan dari pukul 10.00 pagi sampi 5.00 ptg. Sampai termuntah-muntah. Berkemah di Pulau Sembilan yang tiada penghuni. Dipukul ombak besar yang mungkin mengkaramkan bot bila pulang ke tanah besar. Solo camping di tengah hutan. Terjun ke dalam laut yang lebih 15 kaki dalam, panjat bukit, jungle trekking, flying fox dsbnya. Walau bagaimana pun semuanya sebuah kenangan. Aku pun tak ingin nak jadi adventurous sangat. Tak larat dah. Mungkin anak-anak remaja patut melaluinya. Anyway di bawah ni gambar di Teluk Batik:


Pantai Teluk Batik

BBQ

Chalet - Betul-betul depan Pantai







5 comments:

sleepyhead said...

siapa brader yg tengah bbq tu? bukan dia on diet ke?

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Brader tak makan. Prepare untuk orang lain

auntida said...

apa ni...mana update?

Unknown said...

hi..bleh sy tahu apa nama chalet ni ye..?sy dulu 10 thn lps pernah pergi...ingat nk booking sini utk hjung bulan nie.. thks..

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Anon, tak ingat dah tapi memang betul betul tepi laut. Elok pergi tengok sebab mungkin keadaannya dah berlainan. Itu keadaan hampir 6 tahun dulu.