Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan.
Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Wednesday, February 27, 2008
MELAKA
24-26 Februari 2008. Ke Melaka untuk mesyuarat. Dah banyak berubah terutama di tengah kota Melaka. Unsur penjajahan terus diperbesarkan ditengah bandaraya yang memang telah lama dijajah walau terdapat unsur tempatan diketengahkan. Bangunan baru dan lama yang janggal untuk bersatu dan laluan sempit bersimpang siur. Gerai makan di tengah Kota milik peribumi yang semakin daif walau terhidang otak-otak Melaka yang menyelerakan. Padang pahlawan yang indah namun tiada roh kepahlawanan terbilang silam. Kota yang semakin padat dengan pelbagai gelagat dan tetamu.
No comments:
Post a Comment