Thursday, September 02, 2010

MURTABAK

Sejak mula puasa hanya sekali miss makan murtabak sebab berbuka di PICC. Itu pun kawan punya pasal terpaksalah aku berbuka di luar. Tak minat dah nak berbuka kat hotel. Nak juga try murtabak Keramat di Putrajaya, tapi jam 4.30pm Qnya panjang berjela. Keluar awal nanti org JPA ambil gambar pulak. Tak kerja lain ke dia orang ni. Minggu lepas balik kampung wifey di Kuala Kangsar dapat pekena murtabak Pak Mat. Ada panggil Mat Pendek. Itu tak penting, janji sedap dan value for money. Orang gomen suka term ni. Jam 3.30pm dah kena beratur. Tengah beratur pun dah terliur. OKlah harga RM2.50, tebal dan nampak menarik. Cara buat pun lain dari yang lain. Ni gambar yang dipinjam dari rakan cyber. Nampak tu murtabak yang gemuk-gemuk. Makan tengah panas cicah kari mamak. Meleleh ayo lior teman.

1 comment:

AUNTIDA said...

Murtabak Hameediyah adalah kegemarang Ogabang. Also Murtabak Mamat Janggut in Brown Garden. Dia pun asyik sahur murtabak sahaja.