Friday, August 27, 2010

BERPUASA DI LUAR NEGERI

Banyak kenangan ketika berpuasa di luar negeri. Berpuasa di US ketika masih bujang dan berpuasa di UK semasa dah berkeluarga tentulah berbeza. Ketika di US, masih di zaman gila-gila tetapi alhamdulillah tidaklah sampai ponteng puasa. Sedikit bernasib baik sebab puasa bukan dalam musim panas. Kalau tidak... Paling seronok bila berbuka beramai-ramai dengan kawan-kawan. Juadah routine adalah cucur bawang, rojak dan resepi-resepi original orang bujang yang tiada nama tapi boleh dimakan, tidak mabuk tetapi mengenyangkan. Mana ada Bazar Ramadan. Semua kena masak sendiri. Masa tu lah skill sebagai orang bujang terserlah. Kami akan duduk beramai-ramai diatas karpet dan melahap apa saja di depan mata. Semua sedap. Bersahur pulak makan apa yang ada, kalau rajin bangun, dan kalau merokok pulak, akan hisap rokok sampai ke sedutan terakhir betul-betul sebelum masuk Subuh. Masa tu masih chain smoker. Itu cerita 20 tahun dulu ketika di St. Louis, Missouri.

Ketika di UK 8 tahun dulu, kehidupan berpuasa lebih baik sedikit berbanding zaman muda di US. Juadah berbuka nampak senonohlah sikit sebab ada wife dan ada anak-anak. Paling best, jam 4.15pm dah maghrib. Ada masa, terpaksa berbuka di dalam kelas. Kalau balik awal dari kelas bolehlah berbuka bersama-sama isteri dan anak-anak. Dalam suasana sejuk dan nyaman tak terasa lapar dan penat. Kalaulah di Malaysia macam ni...Tapi jika berpuasa di UK pada hari ini mungkin waktu berbuka jam 8.10 malam. Diwaktu musim panas pula, maghribnya pada jam 9.30 malam dan Subuh pada jam 3 pagi!!! So kalau kena time summer, tak puasalah agaknya.

No comments: