Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadan 1431

Hari pertama berpuasa. Fizikal dan mental perlu sedikit adjustment kerana timing lari dari kebiasaan. Pagi ini memandu dalam keadaan sedikit mengantuk sebab tidur lewat dan bangun awal. Semalam telah bermula sembahyang terawih. Tentu dimana saja masjid dan surau di Malaysia penuh sesak dengan jemaah untuk menunaikan solat sunat terawih. Semangat tengah berkobar. Ada yang ikhlas hati hadir ke masjid setelah sekian lama tidak menjejakinya. Mungkin ada rakan-rakan yang pergi sebab ingin merasakan kemeriahan berterawih, ada pula yang segan dengan isteri dan anak-anak atau mungkin juga dipaksa oleh bini. Mungkin juga ada yang tak terfikir pun nak berterawih. Sibuk agaknya. Anyway, Surau Arrayan Seksyen7 Shah Alam seperti kebiasaan, penuh sesak di awal Ramadan. Tak jauh juga beza dengan tempat-tempat lain. Jemaah akan berkurang di minggu ke 2 dan seterusnya apabila demam shopping raya mula melanda. Tahun ini imam jemputan budak Pahang lulusan Pakistan memimpin Terawih 20 rakaat. Aku agak 1/3 lagi jemaah berhenti setakat 8 rakaat termasuklah aku. Hopefully, diberi kekuatan untuk terus berterawih sepanjang Ramadan walau tak cukup 20 rakaat. Insya Allah.

No comments: