

Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.


Kalau nampak budak-budak menunggang motor, Ajmal akan panggil lempit (mat rempit lah tu). Dia belum dapat beza antara mat rempit sebenar dan penunggang biasa. Dia akan buat aksi menunggang basikal sambil meniarap sama macam mat rempit. Umur 3 tahun pun dah tahu nak merempit. Hopefully bukan disebabkan adanya gene melayu... Banyak aksi merempit tetapi aksi dalam gambar sebelah ini jarang sekali dibuat. Kurang pasti dari spesies mana mat rempit sorang ni. Dia bukan sahaja menunggang motor tetapi tidur sekatil dengan motornya sambil berpelukan. Dunia ni memang pelik.
Minggu ini menghadiri 2 mesyuarat lembaga pengarah, 1 mesyuarat audit dan juga launching of FELDA Global di luar ofis. Sangat penat. Nampak macam banyak kerja tapi bila balik ke ofis hilang semua semangat untuk bekerja. Sangat tak produktif. Kena makan banyak vitamin agaknya atau mungkin inilah sign of ageing. Mungkin juga perlu bercuti agaknya. Baring di atas pasir-pasir putih di tepi pantai. Mendengar deru ombak menghempas pantai dan melihat langit membiru di atas sana. Memang aku perlu cuti...Kalau dapat pergi tempat macam dalam gambar ni...
Banyak perkara tersurat tidak sukar difahami tetapi yang tersirat tersimpan untuk diterokai. Terkadang sesat untuk memahami yang tersirat dan begitu sukar untuk mengerti yang tersurat. Kehidupan ini adalah satu perjalanan warna warni, banyak tersurat dan tersirat. Harus teliti mentafsir untuk memahami erti sebenar setiap suratan kehidupan. Mungkin ada ketika terkeliru berpanjangan, beberapa simpang terlepas pandang.




Aiman dan Shakireen menunggang gajah. Tak ada pelapik. Boleh pegang dan boleh mandi dengan gajah.




Hari ini teringat mengenai lagu Penantian nyayian arwah Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni. Bagi mereka yang berumur 35 atau 40 tahun ke atas tentu lirik dan melodi lagu ini masih tersimpan rapi di ingatan. Memang sukar jika menanti. Tak kira sama ada menanti orang yang disayangi, menanti dan menunggu khabar berita atau apa saja yang tak kunjung tiba tentulah menyeksakan. Tapi aku bukanlah menanti kekasih hati sebab tiap-tiap malam kekasihku setia menemani. Bukan seorang tapi ada 2 lagi kekasih kecil…Bukan lagi kedinginan tetapi kepanasan yang amat. Anyway, elok juga sesekali menghayati lirik ni sebab memang aku sedang menanti…Harmoni - Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Pada sebuah hati yang sepi
( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Bagi kredit sikit kat Kumpulan Harmoni. Kumpulan Harmoni merupakan sebuah kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Doa dan Penantian.Ditubuhkan pada tahun 1973 Ketika itu, kumpulan ini sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk majlis deklamasi puisi anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) atau Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Ketika itu, Zubir dan Joei adalah salah seorang tenaga pengajar di Intitut Teknologi Mara (sekarang Universiti), manakala Ogy dan Azie pula adalah antara pelajar di institusi pengajian yang sama.
Melihat mereka kerap mengadakan persembahan pentas, penggubah dan pemuzik, Zalikamari kemudian mempelawa Harmoni untuk merakamkan lagu. Pelawaan diterima dan pada tahun 1980, lahirlah album Penantian terbitan Titra Musical dan diedarkan EMI.
Dalam album itu mengandungi lagu seperti Penantian, Doa dan Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang - semuanya segar hingga sekarang. Sambutannya baik apabila dilaporkan mencatat jualan hampir 50,000 unit.
Tidak lama selepas itu, Harmoni muncul dengan album kedua berjudul Nyanyian Ombak. Bagaimanapun, selepas itu, kumpulan ini agak tenggelam biarpun nama mereka terkenal.
Kumpulan ini tidak berpecah, cuma sukar untuk bergabung semula. Ini kerana Joei melanjutkan pengajian
Aku mempraktikkan solat hajat semenjak dari tingkatan 3 lagi bukan sahaja ketika mengalami musibah tetapi bila-bila sahaja ketika berhajatkan bantuan Allah. Aku bukanlah dari golongan bijak pandai dan alim. Tidak juga kaya harta dan berkedudukan tinggi tetapi aku tetap percaya bahawa Allah akan memperkenankan sebahagian besar permohonan kita jika tidak semuanya. Jika tidak diperkenankan hari ini, mungkin esok atau pada satu hari yang baik pada masa akan datang. Jika apa yang diperolehi tidak yang terbaik, mungkin antara yang terbaik. Jika tidak antara yang terbaik, mungkin baik bukan sahaja untuk kita tapi untuk orang-orang disekeliling kita.Itu lebih penting. Hanya Dia yang maha mengetahui. Alhamdulillah, setakat ini aku masih bersangka baik dengan ketentuan Allah. Aku pernah melihat dan merasa the magic of solat hajat dan pasti ramai yang lain turut melihat bukti kebesaran Allah dan merasa nikmatnya. Mintalah dengan Allah, Dia pasti akan memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Tentu sahaja apa yang kita minta mesti bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan cara hidup kita. Kita tidak dapat semuanya dan segalanya. Perkara yang sama aku katakan pada Sleepyhead, usaha dan mohon kepadaNya. There is magic in Solat Hajat. Untuk Shaheera dan Aiman juga… There is Magic in Solat Hajat. Lakukan sendiri supaya Allah mendengar rintihan dan permohonan hambaNya.


13.04.09. Mesyuarat Lembaga di Kuala Terengganu. Last time pergi bulan Disember 2008 bercuti bersama keluarga. Kali ni KT tidaklah crowded sebab bukan cuti sekolah. Sapa-sapa yang nak pergi KT trylah duduk di FELDA Residence, berdepan dengan sungai. Bangunan tertinggi di KT. Cantik tempatnya. Cafenya terletak di tingkat 17. Boleh nampak sungai, kawasan kampung nelayan, tempat buat bot Pulau Duyong, kawasan monsoon cup dan Taman Tamadun Islam. Malam kalau minat boleh fishing di jeti berhampiran hotel. Lepas BBQ malam pertama, kita orang fishing sehingga jam 12.00 tengah malam. Tak banyak ikan tapi kalau nak layan disepoi angin malam, memang mengasyikkan. Nak best lagi try naik bot keliling Pulau Duyong. Sekarang ni ada perkhidmatan bot untuk membawa pelancong mengelilingi Pulau Duyong dan beberapa pulau disekitarnya. Boleh naik di Taman Tamadun Islam atau uruskan dengan pihak hotel Felda. Menarik!!!


Bengkel membaiki dan mengecat bot (bawah)
Pembinaan kapal (bawah)
Check this out at : http://www.plantationresorts.com.my/Teren/index_teren.shtml