Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Thursday, September 03, 2009
SAPI BETINA
Tuesday, September 01, 2009
PUASA
Cakap pasal puasa ni, teringat masa menyewa dengan bebudak bujang di AU2 Keramat dalam tahun 1995. Aku sorang saja yang dah berkeluarga, yang 5 orang lagi tu masih bujang senang lagi. Bila aku balik kerja jam 5.30-6.00 pm, ada 2 orang member kamcing ni dah pun beristirehat di rumah. Dah melantak dah. Cara melantak pun nampak lebih lapar dari orang yang puasa.Tak tahulah berapa hari dia orang ni puasa, mungkin juga lebih banyak tak puasa dari puasa. 2 orang budak ni memang baik dan nampak baik. Aku suka lepak dalam bilik dia orang. "Lapar bang!!, tak tahan..." jawab mereka bila aku tanya kenapa tak puasa. Dia orang ni kerja despatcher dan akan balik rumah lebih awal bulan puasa untuk mentekedarah. Selepas keluar dari rumah bujang, aku tak pernah jumpa lagi budak berdua ni. Mungkin mereka dah berkahwin dan ada anak. Minta-minta dia orang ni dah berubah, tak tinggal sembahyang dan puasa.
Thursday, August 27, 2009
BIRTHDAY ALONG KE 15


Wednesday, July 22, 2009
MAT MOTOR DAN MAT REMPIT
Kalau nampak budak-budak menunggang motor, Ajmal akan panggil lempit (mat rempit lah tu). Dia belum dapat beza antara mat rempit sebenar dan penunggang biasa. Dia akan buat aksi menunggang basikal sambil meniarap sama macam mat rempit. Umur 3 tahun pun dah tahu nak merempit. Hopefully bukan disebabkan adanya gene melayu... Banyak aksi merempit tetapi aksi dalam gambar sebelah ini jarang sekali dibuat. Kurang pasti dari spesies mana mat rempit sorang ni. Dia bukan sahaja menunggang motor tetapi tidur sekatil dengan motornya sambil berpelukan. Dunia ni memang pelik.Friday, July 03, 2009
SIGN OF AGEING DAN PRODUKTIVITI
Minggu ini menghadiri 2 mesyuarat lembaga pengarah, 1 mesyuarat audit dan juga launching of FELDA Global di luar ofis. Sangat penat. Nampak macam banyak kerja tapi bila balik ke ofis hilang semua semangat untuk bekerja. Sangat tak produktif. Kena makan banyak vitamin agaknya atau mungkin inilah sign of ageing. Mungkin juga perlu bercuti agaknya. Baring di atas pasir-pasir putih di tepi pantai. Mendengar deru ombak menghempas pantai dan melihat langit membiru di atas sana. Memang aku perlu cuti...Kalau dapat pergi tempat macam dalam gambar ni...Thursday, June 25, 2009
TERSURAT DAN TERSIRAT
Banyak perkara tersurat tidak sukar difahami tetapi yang tersirat tersimpan untuk diterokai. Terkadang sesat untuk memahami yang tersirat dan begitu sukar untuk mengerti yang tersurat. Kehidupan ini adalah satu perjalanan warna warni, banyak tersurat dan tersirat. Harus teliti mentafsir untuk memahami erti sebenar setiap suratan kehidupan. Mungkin ada ketika terkeliru berpanjangan, beberapa simpang terlepas pandang.Sunday, June 14, 2009
GAJAH DAN RUSA DI KUALA GANDAH, LANCANG





Aiman dan Shakireen menunggang gajah. Tak ada pelapik. Boleh pegang dan boleh mandi dengan gajah.

Tuesday, May 26, 2009
NAZA RIA CYLINDER LINING PROBLEM
Cylinder Block dan piston (V6). Enjinnya kelihatan kecil walaupun dengan kuasa 2500 cc. Mungkin body seb
Wednesday, May 20, 2009
KEMBARA UMRAH

Kembara ibadah kami seramai 41 orang membawa pelbagai cerita. Ada yang menarik dan ada yang tidak. Tetapi tiada yang pelik seperti yang pernah diceritakan oleh ustaz-ustaz dan tetamu Allah yang terdahulu. Tentu sahaja perjalanan ibadah umrah yang yang hampir 2 minggu ini tidak lengkap sekiranya tidak diselang seli dengan cabaran, ujian dan pengajaran agar kita semua menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik di masa hadapan. Walau pun ada salah faham antara kumpulan kami dengan mutawif yang celupar dan tidak cekap dalam mengendalikan urusan umrah, Alhamdulillah secara keseluruhan kembara berakhir dengan baik dan lancar. (Nota: kumpulan ni memang straight forward sebab terdapat lawyer, pensyarah kanan, peniaga, korporat, imam yang garang, konsultan, fotographer dan pentadbir). Semoga Allah memberkati, merahmati usaha-usaha kami dan mengampuni dosa-dosa kami.
Bagi yang belum pernah dan bercita-cita eloklah bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu fokus kepada tujuan ke tanah suci memandangkan tempat yang akan kita lalui adalah berbeza dengan negara kita sendiri samada dari segi penduduknya, budaya, pemikiran dan suasana. Mungkin perkara-perkara kecil akan menjadi besar dan menganggu konsentrasi tujuan sebenar kita ke tanah suci. Selama di Mekah dan Madinah kita banyak berinteraksi bukan sahaja dengan orang Arab tetapi dengan bangsa-bangsa lain seperti Bangladesh, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain rakyat negara miskin yang mempunyai mentaliti yang tidak sama dengan kita. Sesiapa yang baru pertama kali pergi eloklah ambil ingatan.

Kemampuan kewangan juga penting. Dengan perbelanjaan yang sesuai dengan kemampuan kita, mengikut logik fikiran setidak-tidaknya tentulah kita merasa lebih selesa dengan pakej yang lebih baik. Kalau pakej terlalu murah sedangkan kita mampu, mungkin kita merasa kurang selesa, terpaksa berkongsi dalam bilik hotel yang sempit, jauh dari masjid, makanan yang tidak menepati selera dan penerbangan yang melibatkan transit berjam-jam yang mungkin tidak sesuai untuk orang tua. Namun bergantung kepada individu, ada orang lebih suka berkongsi ramai-ramai kerana lagi meriah. Terpulang kepada objektif masing-masing. Kita pergi untuk beribadah bukan melancong.
Bagi mereka yang selalu menguruskan masa dengan baik ketika di Malaysia perlulah bersedia dengan masalah pengurusan masa, kelewatan dan sebagainya yang mungkin mengganggu emosi dan konsentrasi. Kena banyak bersabar. Ini pun salah satu ujian. Tetamu-tetamu lain juga ramai manakala servis yang diberikan bukanlah 5 Star kecuali bersedia membayar berlipat kali ganda. Itu pun belum tentu semuanya berjalan lancar. Ujian mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Namun yang penting ingat balik tujuan ke Mekah. Selagi kita fokus dengan tujuan, Insya Allah kita akan merasa selesa.
Persediaan spiritual sebelum pergi juga penting. Kalau rajin dan berkesempatan, eloklah buat persediaan dengan bangun malam, beribadah dan berdoa agar dimudahkan segala urusan. Mungkin bagi mereka yang sentiasa rasa belum bersedia atau belum sampai seru, untuk Umrah dan Haji mungkin boleh baca buku yang simple “Travelog Haji” tulisan Prof Kamil. Buku ini tidaklah membicarakan tentang ibadah secara khusus tetapi lebih kepada pengalaman peribadi penulis namun niat, semangat dan kesungguhan untuk melakukan ibadah boleh menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada bakal tetamu-tetamu Allah. Pada pendapat aku, kalau ingin ke sana, tetapkan sahaja tarikhnya, duit boleh dicari dan Insya Allah rezeki akan mencukupi, dan dengan bantuan Allah, halangan lain juga boleh diatasi. Siapa tahu Allah akan bagi ‘miracle’ kalau kita tetapkan tarikhnya dan bermohon kepadanya. Perkara-perkara lain akan dipermudahkan. Insya Allah.
Monday, May 18, 2009
MEE HAILAM WAK SARIP DAN ROJAK GHANI KLANG

Tuesday, May 12, 2009
PENANTIAN
Hari ini teringat mengenai lagu Penantian nyayian arwah Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni. Bagi mereka yang berumur 35 atau 40 tahun ke atas tentu lirik dan melodi lagu ini masih tersimpan rapi di ingatan. Memang sukar jika menanti. Tak kira sama ada menanti orang yang disayangi, menanti dan menunggu khabar berita atau apa saja yang tak kunjung tiba tentulah menyeksakan. Tapi aku bukanlah menanti kekasih hati sebab tiap-tiap malam kekasihku setia menemani. Bukan seorang tapi ada 2 lagi kekasih kecil…Bukan lagi kedinginan tetapi kepanasan yang amat. Anyway, elok juga sesekali menghayati lirik ni sebab memang aku sedang menanti…Harmoni - Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Pada sebuah hati yang sepi
( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Bagi kredit sikit kat Kumpulan Harmoni. Kumpulan Harmoni merupakan sebuah kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Doa dan Penantian.Ditubuhkan pada tahun 1973 Ketika itu, kumpulan ini sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk majlis deklamasi puisi anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) atau Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Ketika itu, Zubir dan Joei adalah salah seorang tenaga pengajar di Intitut Teknologi Mara (sekarang Universiti), manakala Ogy dan Azie pula adalah antara pelajar di institusi pengajian yang sama.
Melihat mereka kerap mengadakan persembahan pentas, penggubah dan pemuzik, Zalikamari kemudian mempelawa Harmoni untuk merakamkan lagu. Pelawaan diterima dan pada tahun 1980, lahirlah album Penantian terbitan Titra Musical dan diedarkan EMI.
Dalam album itu mengandungi lagu seperti Penantian, Doa dan Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang - semuanya segar hingga sekarang. Sambutannya baik apabila dilaporkan mencatat jualan hampir 50,000 unit.
Tidak lama selepas itu, Harmoni muncul dengan album kedua berjudul Nyanyian Ombak. Bagaimanapun, selepas itu, kumpulan ini agak tenggelam biarpun nama mereka terkenal.
Kumpulan ini tidak berpecah, cuma sukar untuk bergabung semula. Ini kerana Joei melanjutkan pengajian
Tuesday, May 05, 2009
THERE IS MAGIC IN SOLAT HAJAT
Aku mempraktikkan solat hajat semenjak dari tingkatan 3 lagi bukan sahaja ketika mengalami musibah tetapi bila-bila sahaja ketika berhajatkan bantuan Allah. Aku bukanlah dari golongan bijak pandai dan alim. Tidak juga kaya harta dan berkedudukan tinggi tetapi aku tetap percaya bahawa Allah akan memperkenankan sebahagian besar permohonan kita jika tidak semuanya. Jika tidak diperkenankan hari ini, mungkin esok atau pada satu hari yang baik pada masa akan datang. Jika apa yang diperolehi tidak yang terbaik, mungkin antara yang terbaik. Jika tidak antara yang terbaik, mungkin baik bukan sahaja untuk kita tapi untuk orang-orang disekeliling kita.Itu lebih penting. Hanya Dia yang maha mengetahui. Alhamdulillah, setakat ini aku masih bersangka baik dengan ketentuan Allah. Aku pernah melihat dan merasa the magic of solat hajat dan pasti ramai yang lain turut melihat bukti kebesaran Allah dan merasa nikmatnya. Mintalah dengan Allah, Dia pasti akan memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Tentu sahaja apa yang kita minta mesti bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan cara hidup kita. Kita tidak dapat semuanya dan segalanya. Perkara yang sama aku katakan pada Sleepyhead, usaha dan mohon kepadaNya. There is magic in Solat Hajat. Untuk Shaheera dan Aiman juga… There is Magic in Solat Hajat. Lakukan sendiri supaya Allah mendengar rintihan dan permohonan hambaNya.Tuesday, April 28, 2009
POLITIK MALAYSIA
… in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do -- since we are speaking on racial lines -- what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma.Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens ...As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am a 10 percent minority race here. But I am happy here.
ii) Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin menjawab mengenai isu 'Hak Istimewa Orang Melayu' seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan pada 30 April 1969
The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens. This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.
Thursday, April 16, 2009
MESYUARAT DI KUALA TERENGGANU



13.04.09. Mesyuarat Lembaga di Kuala Terengganu. Last time pergi bulan Disember 2008 bercuti bersama keluarga. Kali ni KT tidaklah crowded sebab bukan cuti sekolah. Sapa-sapa yang nak pergi KT trylah duduk di FELDA Residence, berdepan dengan sungai. Bangunan tertinggi di KT. Cantik tempatnya. Cafenya terletak di tingkat 17. Boleh nampak sungai, kawasan kampung nelayan, tempat buat bot Pulau Duyong, kawasan monsoon cup dan Taman Tamadun Islam. Malam kalau minat boleh fishing di jeti berhampiran hotel. Lepas BBQ malam pertama, kita orang fishing sehingga jam 12.00 tengah malam. Tak banyak ikan tapi kalau nak layan disepoi angin malam, memang mengasyikkan. Nak best lagi try naik bot keliling Pulau Duyong. Sekarang ni ada perkhidmatan bot untuk membawa pelancong mengelilingi Pulau Duyong dan beberapa pulau disekitarnya. Boleh naik di Taman Tamadun Islam atau uruskan dengan pihak hotel Felda. Menarik!!!


Bengkel membaiki dan mengecat bot (bawah)
Pembinaan kapal (bawah)
Check this out at : http://www.plantationresorts.com.my/Teren/index_teren.shtml
