Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Monday, April 09, 2012
JALAN JALAN
Banyak sungguh aktiviti sejak 4 bulan yg lepas sampai tak sempat singgah  kat blog ni. Mungkin juga sebab banyak sangat ber FB sampai lupa nak up  date. Bulan Januari balik Kuantan for cukur kepala Umar Zakaria (anak  Auntie Ida dan Zack) dan tahlil arwah mak. Februari ada makan makan  lagi. 26 Feb - 8 Mac 2012, 1 keluarga berangkat ke Mekah mengerjakan  umrah. Balik Malaysia sibuk pulak dengan meeting, presentation dan bagai  bagai lagi. Macam tak cukup masa. 26 Mac - 1 April 2012 pergi ke  Sulawesi pulak...Letih ooo...Rasa macam malas nak kerja dah.  Best kalau  dapat baring di pantai bawah sang mentari sambil dengar kicauan burung  camar dan deruan ombak menghempas pantai. Tapi apa kan daya, aku tak  kaya. Masih menjadi kuli biasa.




Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment