Wednesday, September 28, 2011

SYAWAL, RAMADAN, AKI DAN WAN

30 Syawal 1432H. Hari terakhir Syawal tahun ini. Lunch di The Verandah, Cyberlodge Resorts and Spa. Kata orang rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Ada kawan ajak, free pulak so pergilah. Adalah beberapa kali makan kat sini. OKlah tapi aku lebih suka di Marriot Putrajaya kerana banyak pilihan melayan nafsu walau tidak lagi sehebat 2-3 tahun lalu. Walau Syawal telah tiba penghujungnya, pesta makan masih belum berakhir. Surau berhampiran rumah akan mengadakan jamuan Raya pada hari Sabtu 1 Okt 2011 ini. Mungkin di tempat lain pun masih ada sambutan kerana majlis seperti ini tidak semestinya berakhir pada Syawal saja kerana keramaian seperti ini cuma budaya masyarakat saja. Ada pun bagus, tak ada pun tak menjadi masalah. Kalau rajin bulan-bulan lain pun buatlah makan-makan juga. Jangan lupa menjemput kami.

Puasa tahun ni tak sekali pun berbuka di hotel. Dah kira rekod. Jemputan berbuka rasmi pun tak pergi. Lebih selesa berbuka di rumah bersama isteri dan anak-anak walau dengan hanya air soya dan murtabak pasar Ramadan seksyen 7. Tak perlu terkejar-kejar dan boleh rileks. Rasanya macam tu lebih nikmat. Atau mungkin juga dah tua…cuma jiwa masih muda lagi. Hehehe…

Hujung minggu yang lalu agak memenatkan. Pagi Sabtu 24 Sept 2011 ambik Aki dan Wan di rumah adik di Taman Tun untuk bawak balik ke Kuantan. Aki dan Wan datang KL sejak 26 Jun lagi kerana dua dua tak berapa sihat dan menjalani rawatan. Bermakna dah 3 bulanlah mereka ‘bermusafir’. Semasa di rumah sorang lagi adik di Penang, Wan mengalami masalah jantung, gastrik dan muntah yg biasa dialami sebelum ini, cuma kali ini dia risau takut-takut kalau ajalnya sudah tiba dia akan menyusahkan anak-anak terutama adik di Penang yang tinggal di Apartment. Bila merasa sihat sikit, Wan dah tak sabar-sabar nak balik kampung. Terpaksa adik menghantar mereka ke KL. Aku pulak ditugaskan menghantar ke Kuantan. So jam 9.30 pagi aku selaku supir bertolak dari Taman Tun ke Kuantan. Co Pilot tak dpt ikut sebab Ajmal demam. Aiman dan Shaheera pulak nak exam. Jam 11.30am kami berhenti di R&R Temerloh utk makan tengahari dan sampai di Kuantan lebih kurang jam 1.30 pm. Rehat, solat dan membeli sedikit keperluan untuk Wan dan Aki, aku pun bertolak ke Shah Alam jam 3.00pm kerana pada hari Ahad ada program lain di Putrajaya yang tak kurang juga penatnya.

Namun begitu, aku berdoa supaya Wan dan Aki akan terus diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kemudahan untuk terus beribadah kepada Allah. Semoga mereka diberi tenaga dan keupayaan untuk terus melakukan kerja yang mereka suka iaitu mengajar Quran seperti biasa. Amin.

No comments: