Friday, December 25, 2009

PMR 2009

Along dapat 8A dalam PMR yang diumumkan semalam. Hanya lebih kurang 6% sahaja yang dapat semua A daripada lebih 400,000 pelajar seluruh negara yang menduduki PMR. Semoga ianya akan menjadi sebahagian daripada lebih banyak kejayaan yang bakal dikecapi di masa hadapan. Selain pandai dalam akademik, Ayah dan Umi doakan semoga Along juga jadi anak yang beriman, solehah dan berbudipekerti mulia. Kejayaan akademik hanyalah sebahagian daripada proses kehidupan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Anyway, congrats Along... Ayah dan Umi love you and proud of you. Aunti Ida, Cik Ana, Cek Din dan Mushu ada hadiah ke?

4 comments:

Anonymous said...

Ya dah mintak prezen through FB. Bisa diatur... tapi auntie tak boleh la bagi laptop!

-auntida-

Amir said...

Bapa borek anak rintik...tahniah

Mommy dearie said...

Congratulations. Pandai anak u eh.. mcm bapak dia la tu. Eh tak nak htr dia pgi SEMESRA ke? hehe! My first will sit for his UPSR this year. I dah panic dah nih...

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Bapak dia tak pandai mana pun. SEMESRA top five in the country for PMR. OK jugak sekolah kita ni eh...