Monday, December 15, 2008

KENDURI

Sempena Cuti sekolah, memang banyak sekali aktiviti makan. Majlis Perkahwinan dan Pertunangan. Abang Sham dan Che Yong baru sahaja menerima rombongan peminangan dari jiran belakang rumahnya untuk menyunting Dina pada Sabtu lepas (13 Dis. 2008). Majlis ala garden lunch. Siap dengan pelamin sekali. Dina dan tunang bekerja di London. Malam tu juga dia orang balik London. Aku dulu simple saja. Bajet kurang. Depa ni senang lenang. Dah tiba generasi anak saudara pulak memasuki alam perkahwinan. Nanti giliran anak-anak sendiri pulak.


Dina disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua

Selepas function di rumah Che Yong, bawak anak-anak ke Istana Budaya untuk tengok teater muzikal kanak-kanak Sinbad. Pementasan bermula jam 3pm dan berakhir jam 6pm. Jijin kata bolehlah... tapi tak tahu apa maksudnya.




Hari Ahad 14 Dis 2008 pergi ke rumah Yop Ali pulak. Makan lagi. Majlis Perkahwinan Hani. Akad nikah di adakan pada hari sebelumnya. Meriah juga dengan 8 khemah didirikan.

Last sekali pergi ke kenduri kawin salah seorang staf. Intan Suria, Penolong Setiausaha di MKD.


Kepada yang baru mendirikan rumah tangga, Selamat Pengantin Baru. Banyak dugaan lepas habis tempoh bulan madu. Especially bila madu dah habis. Tak manis dah.

5 comments:

**Anjung Kristal** said...

Agak-agaknya kalau madu dah habis, boleh ke kita mencari madu atau bermadu.....? kih..kih..kih...

(Bro Suhaimi, saya ada cadangan nak buat gotong royong bersihkan belakang rumah kita. Lepas tu kita buat potluck makan tgh hari.. macamana? saya ada terpikir tarikh 1hb Januari 2009. Nanti saya akan kemukakan dalam email)

azarina said...

Suka la tu....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Nak buat gotong royong, nak pot luck, tak ada masalah. Boleh buat. Tapi apa benda yang nak bersih belakang rumah tu?

jus call me ida.. said...

waduh.. semua full pack aktiviti!

**Anjung Kristal** said...

kita cuci sama2 so that kalau ada sedara datang, tak cukup space, boleh lah mereka tido kat belakang tu... hehehehe

Kita kemas dan cuci bekas2 simen dan lumut yang ada. Saja nak mengeratkan silaturrahim sambil main air. Water Jet pressure saya ada tapi bukan heavy duty la...