Tuesday, February 19, 2008

MASA & JAM

Masa memang berlalu begitu pantas. Kisah-kisah 10 dan 20 tahun dahulu terasa masih baru. Tahun 1988 adalah tahun dimana kami pelajar-pelajar KPP/ITM Damansara Utama berpindah dan memulakan hidup baru di Seksyen 18 Shah Alam. Dari lebih 140 orang pelajar di Maryland University, hanya lebih kurang 40 pelajar yang melepasi halangan untuk meneruskan perjuangan di program Indiana University KPP/ITM Shah Alam. Dan aku sebahagian daripada 40 pelajar tersebut. Yang lain menghilang entah kemana. Itu kisah 20 tahun dahulu. Masa dikaitkan dengan jam. Ini gambar jam yang aku terima dari Menteri Luar Jordan lebih kurang 10 tahun dahulu kerana bertugas sebagai Liason Officer. Jenis Mondaine. Tak tau berapa harganya. Talinya telah bertukar sebanyak 3-4 kali tetapi kali ini ia telah dimakan Tikus!!!

1 comment:

AUNTIDA said...

nanti kat rumah baru, tolong pastikan tikus-and-snake-proof. tikus mungkin makan jam tapi snake makan orang :)