Wednesday, September 16, 2009

MALAM LAILATUL KADAR

Malam ini adalah malam ke 27 Ramadan. Apakah malam ini malam Lailatul Kadar? Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Bagi mereka yang tidak pernah tinggal ibadat malam di bulan Ramadan mungkin akan berjumpa jika diizinkanNya. Dan mungkin juga malam ini... siapa tahu!

Friday, September 04, 2009

MASJID BESI PUTRAJAYA

Hari ini 14 Ramadan, bersembahyang Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi, Putrajaya. Ini adalah sembahyang Jumaat pertama yang diadakan di masjid besi walau ianya telah dibuka semenjak awal Ramadan. Besar, cantik dan kontemporari. Open concept dan dewan sembahyang dikelilingi kolam yang seakan bersambung dengan tasik Putrajaya. Jemaah ramai dan memenuhi kawasan berkarpet. YAB PM pun turut sama bersembahyang.


Thursday, September 03, 2009

SAPI BETINA

Cuma berkongsi. Surah Al Baqarah(Sapi Betina), ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Tuesday, September 01, 2009

PUASA

Puasa dah 11 hari. Macam makin penat saja. Sembahyang terawih pun ada yang compang camping dah ni. Rasa gagah pergi surau, kalau tak di rumah saja dan kalau rasa flat memang jawabnya burnlah tu. Dah 3 hari burn. Macam mana nak kuatkan semangat untuk beribadah? Minggu depan bila semangat shopping pulak tiba, lagi bahaya... Ada kawan yang dah berhenti berblog. Baguslah. Mungkin nak tambah ibadat. Blog banyak-banyak pun buang masa saja. Nanti tak sedar dari malam sampai sahur 'beribadat' depan komputer.

Cakap pasal puasa ni, teringat masa menyewa dengan bebudak bujang di AU2 Keramat dalam tahun 1995. Aku sorang saja yang dah berkeluarga, yang 5 orang lagi tu masih bujang senang lagi. Bila aku balik kerja jam 5.30-6.00 pm, ada 2 orang member kamcing ni dah pun beristirehat di rumah. Dah melantak dah. Cara melantak pun nampak lebih lapar dari orang yang puasa.Tak tahulah berapa hari dia orang ni puasa, mungkin juga lebih banyak tak puasa dari puasa. 2 orang budak ni memang baik dan nampak baik. Aku suka lepak dalam bilik dia orang. "Lapar bang!!, tak tahan..." jawab mereka bila aku tanya kenapa tak puasa. Dia orang ni kerja despatcher dan akan balik rumah lebih awal bulan puasa untuk mentekedarah. Selepas keluar dari rumah bujang, aku tak pernah jumpa lagi budak berdua ni. Mungkin mereka dah berkahwin dan ada anak. Minta-minta dia orang ni dah berubah, tak tinggal sembahyang dan puasa.

Thursday, August 27, 2009

BIRTHDAY ALONG KE 15

Dah lama tak mengemaskini blog. Nampaknya kaum kerabat yang lain pun dah tak ada masa nak update blog masing-masing. Mungkin menulis memerlukan kesungguhan, kemahuan yang tinggi dan disiplin. Dengan tugas harian dan aktiviti yang memenuhi jadual, memang sukar untuk aku menulis walau sesimple catatan di blog. Masa begitu pantas berlalu. Along dah berumur 15 tahun pada 4 Ogos 2009. Anak dara dah. Sebagai tanda ingatan, wifey ada buat aktiviti yang dia memang suka buat. Semoga Along diberi kesihatan yang baik, budi dan akal yang cemerlang dan mendapat keredhaaan Allah dalam kehidupan. Berusahalah untuk jadi anak dan insan yang lebih baik pada hari-hari esok dan akan datang.

Wednesday, July 22, 2009

MAT MOTOR DAN MAT REMPIT

Kalau nampak budak-budak menunggang motor, Ajmal akan panggil lempit (mat rempit lah tu). Dia belum dapat beza antara mat rempit sebenar dan penunggang biasa. Dia akan buat aksi menunggang basikal sambil meniarap sama macam mat rempit. Umur 3 tahun pun dah tahu nak merempit. Hopefully bukan disebabkan adanya gene melayu... Banyak aksi merempit tetapi aksi dalam gambar sebelah ini jarang sekali dibuat. Kurang pasti dari spesies mana mat rempit sorang ni. Dia bukan sahaja menunggang motor tetapi tidur sekatil dengan motornya sambil berpelukan. Dunia ni memang pelik.

Friday, July 03, 2009

SIGN OF AGEING DAN PRODUKTIVITI

Minggu ini menghadiri 2 mesyuarat lembaga pengarah, 1 mesyuarat audit dan juga launching of FELDA Global di luar ofis. Sangat penat. Nampak macam banyak kerja tapi bila balik ke ofis hilang semua semangat untuk bekerja. Sangat tak produktif. Kena makan banyak vitamin agaknya atau mungkin inilah sign of ageing. Mungkin juga perlu bercuti agaknya. Baring di atas pasir-pasir putih di tepi pantai. Mendengar deru ombak menghempas pantai dan melihat langit membiru di atas sana. Memang aku perlu cuti...Kalau dapat pergi tempat macam dalam gambar ni...

Mengenai launching, YAB PM baru saja lancarkan FELDA Global sebagai peneraju kepada usaha FELDA untuk menjadi global player dalam industri perladangan dan pertanian serta aktiviti hiliran berkaitan perladangan bagi tempoh 50 tahun kedua akan datang. Tanggungjawab pengurusan dan kakitangan sangat besar memandangkan Felda sedang menguruskan 850,000 hektar ladang termasuk 110,000 hektar yang dipunyai oleh peneroka. Felda Hlgds ada 60 syarikat direct, indirect, bersekutu dan JV dengan turnover lebih RM10 bilion pada tahun 2008 dan mungkin meningkat sehingga RM15 bilion pada masa akan datang. Didoakan semoga hasrat Felda terlaksana dan memberi faedah kepada ramai stakeholders termasuk kaum peneroka di luar sana.

Thursday, June 25, 2009

TERSURAT DAN TERSIRAT

Banyak perkara tersurat tidak sukar difahami tetapi yang tersirat tersimpan untuk diterokai. Terkadang sesat untuk memahami yang tersirat dan begitu sukar untuk mengerti yang tersurat. Kehidupan ini adalah satu perjalanan warna warni, banyak tersurat dan tersirat. Harus teliti mentafsir untuk memahami erti sebenar setiap suratan kehidupan. Mungkin ada ketika terkeliru berpanjangan, beberapa simpang terlepas pandang.

Sunday, June 14, 2009

GAJAH DAN RUSA DI KUALA GANDAH, LANCANG

Wifey bersungguh-sungguh untuk tengok gajah sempena cuti sekolah. Katanya anak-anak yang nak tengok gajah. Betul ke? Setiap malam tidur dengan Sang Gajah dan anak-anak gajah pun masih nak tengok gajah. Anyway bagi memastikan hasrat dan hajatnya tercapai, kami ke Kuala Gandah, Lancang pada Khamis 4 jun 2009. Tiba lebih kurang jam 11.00 pagi. Oleh kerana aktiviti bersama gajah mula jam 2.30 pm, kami ke mini zoo berhampiran yang dikenali dengan nama Deerland. Terdapat banyak rusa, beberapa binatang lain seperti burung unta dan beruang. Boleh pegang dan beri makan. Budak-budak suka. Maknya tentulah lagi suka. Bapaknya OK saja.

Aiman dan Shakireen menunggang gajah. Tak ada pelapik. Boleh pegang dan boleh mandi dengan gajah.

Tuesday, May 26, 2009

NAZA RIA CYLINDER LINING PROBLEM

Naza Ria masuk bengkel pada 14 Mei 2009. 28 Mei 2009 dijangka siap. Tipikal masalah enjin Ria. Cylinder lining longgar menyebabkan air radiator masuk dalam enjin bercampur dengan minyak hitam. Jadi teh tarik. Mekanik kata mungkin overheating atau tear and wear. Mileage dah 171,000 km bagi tempoh 4 1/2 tahun. Tak banyak kereta yang guna lining dalam cylinder. Agaknya ni design defect. Enjin land rover pun ada cylinder lining tapi lebih tahan. Mungkin teknologi Korea tak sehebat teknologi Europe atau Jepun. Kosnya, waduh...boleh pergi umrah sekali lagi.
Pemilik Ria kena kerap cek air. Kalau air radiator berkurang dengan cepat, cepat-cepat pergi bengkel. Kalau nasib baik mungkin cuma ada bocor diluar enjin sama ada, radiator, water pump atau T-pipe. Kalau nasib tak baik, mungkin air dah masuk dalam enjin. Kalau kipas radiator dan water pump tak berfungsi dengan baik pun boleh menyebabkan overheating dan overheating ni pulak menyebabkan lining dalam cylinder longgar. Kalau kereta lain, overheating menyebabkan gasket terbakar dan air masuk dalam enjin. Mungkin overhaul proton dan Perodua tak lebih RM2K sahaja.
Cylinder Block dan piston (V6). Enjinnya kelihatan kecil walaupun dengan kuasa 2500 cc. Mungkin body sebesar Ria perlu enjin 3000 cc. Terdapat karat di sekitar cylinder sebab tak guna coolant. Ada mekanik kata tak payah guna coolant, guna air biasa saja sebab radiator dibuat dari aluminium. Coolant yang murah mungkin boleh menghakis radiator. Tapi blok enjin ni dibuat dari besi bukannya aluminium. Macam-macam teori. Jumpa mekanik lain, lain pulak teori dia. Yang penting, kereta aku boleh jalan macam biasa. Hopefully untuk banyak tahun lagi tanpa mengeluarkan wang ribu-ribu.


Wednesday, May 20, 2009

KEMBARA UMRAH


Bila membaca blog-blog mengenai umrah, teringat kembali perjalanan bersama ibubapa dan adik-adik (auntida dan sleepyhead) ke tanah suci setahun yang lalu pada 22 Mei 2008. Penerbangan terus KL-Madinah memudahkan urusan logistic kerana membawa Mak yang berkerusi roda. Catatan lepas di sini.Walau tempohnya pendek, tidak seperti ibadah haji, pasti ada cabaran dan ujian yang menanti. Kita akan melangkah ke benua yang berbeza suasana dan budaya. Bertemu dengan berbagai ragam dan rupa manusia yang hadir di satu tempat yang sama demi mendapat keredhaan Allah dan demi memperolehi nikmat iman dan Islam. Persepsi, pengalaman dan emosi setiap tetamu Allah tentu sahaja berbeza.

Kembara ibadah kami seramai 41 orang membawa pelbagai cerita. Ada yang menarik dan ada yang tidak. Tetapi tiada yang pelik seperti yang pernah diceritakan oleh ustaz-ustaz dan tetamu Allah yang terdahulu. Tentu sahaja perjalanan ibadah umrah yang yang hampir 2 minggu ini tidak lengkap sekiranya tidak diselang seli dengan cabaran, ujian dan pengajaran agar kita semua menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik di masa hadapan. Walau pun ada salah faham antara kumpulan kami dengan mutawif yang celupar dan tidak cekap dalam mengendalikan urusan umrah, Alhamdulillah secara keseluruhan kembara berakhir dengan baik dan lancar. (Nota: kumpulan ni memang straight forward sebab terdapat lawyer, pensyarah kanan, peniaga, korporat, imam yang garang, konsultan, fotographer dan pentadbir). Semoga Allah memberkati, merahmati usaha-usaha kami dan mengampuni dosa-dosa kami.

Bagi yang belum pernah dan bercita-cita eloklah bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu fokus kepada tujuan ke tanah suci memandangkan tempat yang akan kita lalui adalah berbeza dengan negara kita sendiri samada dari segi penduduknya, budaya, pemikiran dan suasana. Mungkin perkara-perkara kecil akan menjadi besar dan menganggu konsentrasi tujuan sebenar kita ke tanah suci. Selama di Mekah dan Madinah kita banyak berinteraksi bukan sahaja dengan orang Arab tetapi dengan bangsa-bangsa lain seperti Bangladesh, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain rakyat negara miskin yang mempunyai mentaliti yang tidak sama dengan kita. Sesiapa yang baru pertama kali pergi eloklah ambil ingatan.

Kemampuan kewangan juga penting. Dengan perbelanjaan yang sesuai dengan kemampuan kita, mengikut logik fikiran setidak-tidaknya tentulah kita merasa lebih selesa dengan pakej yang lebih baik. Kalau pakej terlalu murah sedangkan kita mampu, mungkin kita merasa kurang selesa, terpaksa berkongsi dalam bilik hotel yang sempit, jauh dari masjid, makanan yang tidak menepati selera dan penerbangan yang melibatkan transit berjam-jam yang mungkin tidak sesuai untuk orang tua. Namun bergantung kepada individu, ada orang lebih suka berkongsi ramai-ramai kerana lagi meriah. Terpulang kepada objektif masing-masing. Kita pergi untuk beribadah bukan melancong.

Bagi mereka yang selalu menguruskan masa dengan baik ketika di Malaysia perlulah bersedia dengan masalah pengurusan masa, kelewatan dan sebagainya yang mungkin mengganggu emosi dan konsentrasi. Kena banyak bersabar. Ini pun salah satu ujian. Tetamu-tetamu lain juga ramai manakala servis yang diberikan bukanlah 5 Star kecuali bersedia membayar berlipat kali ganda. Itu pun belum tentu semuanya berjalan lancar. Ujian mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Namun yang penting ingat balik tujuan ke Mekah. Selagi kita fokus dengan tujuan, Insya Allah kita akan merasa selesa.

Persediaan spiritual sebelum pergi juga penting. Kalau rajin dan berkesempatan, eloklah buat persediaan dengan bangun malam, beribadah dan berdoa agar dimudahkan segala urusan. Mungkin bagi mereka yang sentiasa rasa belum bersedia atau belum sampai seru, untuk Umrah dan Haji mungkin boleh baca buku yang simple “Travelog Haji” tulisan Prof Kamil. Buku ini tidaklah membicarakan tentang ibadah secara khusus tetapi lebih kepada pengalaman peribadi penulis namun niat, semangat dan kesungguhan untuk melakukan ibadah boleh menjadi iktibar dan pembakar semangat kepada bakal tetamu-tetamu Allah. Pada pendapat aku, kalau ingin ke sana, tetapkan sahaja tarikhnya, duit boleh dicari dan Insya Allah rezeki akan mencukupi, dan dengan bantuan Allah, halangan lain juga boleh diatasi. Siapa tahu Allah akan bagi ‘miracle’ kalau kita tetapkan tarikhnya dan bermohon kepadanya. Perkara-perkara lain akan dipermudahkan. Insya Allah.

Monday, May 18, 2009

MEE HAILAM WAK SARIP DAN ROJAK GHANI KLANG


Acara makan-makan selalu menjadi agenda utama di Malaysia. Tak hairanlah kedai makan dan restoran ada dimana-mana. Antara tempat yang kami kerap kunjungi ialah Kedai Mee Wak Sarip di Emporium makan Klang. Walaupun hidangan ini adalah Mee Hailam tapi pengunjung hanya memanggilnya mee goreng. Tukang masaknya Wak Sarip dah meninggal dan kini diwarisi anak perempuannya. Walau tak sehebat zaman Wak Sarip, tapi rasanya masih sedap. Mungkin juga mee Hailam paling sedap di Klang dan di Lembah Klang. Wifey kata, mula-mula makan dulu dalam tahun 1997, sampai termimpi mee goreng ni. Tak tahulah apa ramuan arwah Pak Sarip guna. Di hadapan kedai Wak Sarip pulak ada sebuah Kedai rojak/pasembur. Sangat terkenal dan telah beroperasi semenjak 30 tahun dulu iaitu Rojak Ghani. Cucurnya digoreng panas-panas dan kuah kacang yang memang sedap. Sebelah Kedai Wak Sarip pulak ada satay dan mee jawa yang diuruskan oleh anak-anak Wak Sarip. Lokasi dan suasana memang tidak menarik tetapi kalau ingin keenakan mee hailam, rojak dan satay dalam suasana 80-an bolehlah cuba. Orang Klang atau Shah Alam tentu biasa.

Tuesday, May 12, 2009

PENANTIAN

Hari ini teringat mengenai lagu Penantian nyayian arwah Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni. Bagi mereka yang berumur 35 atau 40 tahun ke atas tentu lirik dan melodi lagu ini masih tersimpan rapi di ingatan. Memang sukar jika menanti. Tak kira sama ada menanti orang yang disayangi, menanti dan menunggu khabar berita atau apa saja yang tak kunjung tiba tentulah menyeksakan. Tapi aku bukanlah menanti kekasih hati sebab tiap-tiap malam kekasihku setia menemani. Bukan seorang tapi ada 2 lagi kekasih kecil…Bukan lagi kedinginan tetapi kepanasan yang amat. Anyway, elok juga sesekali menghayati lirik ni sebab memang aku sedang menanti…

Harmoni - Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Bagi kredit sikit kat Kumpulan Harmoni. Kumpulan Harmoni merupakan sebuah kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Doa dan Penantian.Ditubuhkan pada tahun 1973 Ketika itu, kumpulan ini sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk majlis deklamasi puisi anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) atau Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Ketika itu, Zubir dan Joei adalah salah seorang tenaga pengajar di Intitut Teknologi Mara (sekarang Universiti), manakala Ogy dan Azie pula adalah antara pelajar di institusi pengajian yang sama.

Melihat mereka kerap mengadakan persembahan pentas, penggubah dan pemuzik, Zalikamari kemudian mempelawa Harmoni untuk merakamkan lagu. Pelawaan diterima dan pada tahun 1980, lahirlah album Penantian terbitan Titra Musical dan diedarkan EMI.

Dalam album itu mengandungi lagu seperti Penantian, Doa dan Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang - semuanya segar hingga sekarang. Sambutannya baik apabila dilaporkan mencatat jualan hampir 50,000 unit.

Tidak lama selepas itu, Harmoni muncul dengan album kedua berjudul Nyanyian Ombak. Bagaimanapun, selepas itu, kumpulan ini agak tenggelam biarpun nama mereka terkenal.

Kumpulan ini tidak berpecah, cuma sukar untuk bergabung semula. Ini kerana Joei melanjutkan pengajian San Francisco dan bekerja di sana. Begitu juga dengan Ogy yang juga menyambung pelajaran di luar negara. – Sumber Wikipedia.

Tuesday, May 05, 2009

THERE IS MAGIC IN SOLAT HAJAT

Aku mempraktikkan solat hajat semenjak dari tingkatan 3 lagi bukan sahaja ketika mengalami musibah tetapi bila-bila sahaja ketika berhajatkan bantuan Allah. Aku bukanlah dari golongan bijak pandai dan alim. Tidak juga kaya harta dan berkedudukan tinggi tetapi aku tetap percaya bahawa Allah akan memperkenankan sebahagian besar permohonan kita jika tidak semuanya. Jika tidak diperkenankan hari ini, mungkin esok atau pada satu hari yang baik pada masa akan datang. Jika apa yang diperolehi tidak yang terbaik, mungkin antara yang terbaik. Jika tidak antara yang terbaik, mungkin baik bukan sahaja untuk kita tapi untuk orang-orang disekeliling kita.Itu lebih penting. Hanya Dia yang maha mengetahui. Alhamdulillah, setakat ini aku masih bersangka baik dengan ketentuan Allah. Aku pernah melihat dan merasa the magic of solat hajat dan pasti ramai yang lain turut melihat bukti kebesaran Allah dan merasa nikmatnya. Mintalah dengan Allah, Dia pasti akan memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Tentu sahaja apa yang kita minta mesti bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan cara hidup kita. Kita tidak dapat semuanya dan segalanya. Perkara yang sama aku katakan pada Sleepyhead, usaha dan mohon kepadaNya. There is magic in Solat Hajat. Untuk Shaheera dan Aiman juga… There is Magic in Solat Hajat. Lakukan sendiri supaya Allah mendengar rintihan dan permohonan hambaNya.