Tuesday, May 12, 2009

PENANTIAN

Hari ini teringat mengenai lagu Penantian nyayian arwah Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni. Bagi mereka yang berumur 35 atau 40 tahun ke atas tentu lirik dan melodi lagu ini masih tersimpan rapi di ingatan. Memang sukar jika menanti. Tak kira sama ada menanti orang yang disayangi, menanti dan menunggu khabar berita atau apa saja yang tak kunjung tiba tentulah menyeksakan. Tapi aku bukanlah menanti kekasih hati sebab tiap-tiap malam kekasihku setia menemani. Bukan seorang tapi ada 2 lagi kekasih kecil…Bukan lagi kedinginan tetapi kepanasan yang amat. Anyway, elok juga sesekali menghayati lirik ni sebab memang aku sedang menanti…

Harmoni - Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Bagi kredit sikit kat Kumpulan Harmoni. Kumpulan Harmoni merupakan sebuah kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Doa dan Penantian.Ditubuhkan pada tahun 1973 Ketika itu, kumpulan ini sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk majlis deklamasi puisi anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) atau Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Ketika itu, Zubir dan Joei adalah salah seorang tenaga pengajar di Intitut Teknologi Mara (sekarang Universiti), manakala Ogy dan Azie pula adalah antara pelajar di institusi pengajian yang sama.

Melihat mereka kerap mengadakan persembahan pentas, penggubah dan pemuzik, Zalikamari kemudian mempelawa Harmoni untuk merakamkan lagu. Pelawaan diterima dan pada tahun 1980, lahirlah album Penantian terbitan Titra Musical dan diedarkan EMI.

Dalam album itu mengandungi lagu seperti Penantian, Doa dan Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang - semuanya segar hingga sekarang. Sambutannya baik apabila dilaporkan mencatat jualan hampir 50,000 unit.

Tidak lama selepas itu, Harmoni muncul dengan album kedua berjudul Nyanyian Ombak. Bagaimanapun, selepas itu, kumpulan ini agak tenggelam biarpun nama mereka terkenal.

Kumpulan ini tidak berpecah, cuma sukar untuk bergabung semula. Ini kerana Joei melanjutkan pengajian San Francisco dan bekerja di sana. Begitu juga dengan Ogy yang juga menyambung pelajaran di luar negara. – Sumber Wikipedia.

3 comments:

sherry said...

Salam Suhaimi.

Jiwangnya awak..hehe...saya pun suka lagu tu.

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Sesekali ingat balik zaman remaja.

VersedAnggerik said...

I suka lagu pasal aiport Polonia tu if U remember!