Tuesday, October 27, 2009

CUCI dan VIP

Sabtu lepas (24 Okt 2009) sibuk cuci tapi bukan cuci tandas tapi pergi tengok Cuci the Musical di Istana Budaya. Ceritanya OK tapi panjang sampai ke maghrib, nasib baik sempat sembahyang asar. Yang aku respect pelakon pentas ialah keupayaan menghafal semua dialog-dialog. Kalau masa student dulu dia orang hafal macam tu mungkin afdlin, hans, AC, awie, dan Vanida ni jadi loyar, engineer atau doktor agaknya. Kalau awie study macam dia hafal skrip, mungkin dia tak jadi penyanyi rock agaknya. Aku nak hafal point untuk public speaking 10 minit pun ambil masa 2 hari. Itu pun ada juga point tertinggal sebab tak boleh tengok note.

Yang menarik organizer minta aku dan Aiman duduk kerusi VIP, selang 2 kerusi dari Pengiran Bini Azrinaz Mazhar Hakim, wife Sultan Brunei yang turut datang menonton. Dia datang dengan Ferrari Merah bersama outriders. Cantik tapi dah tembam sikit. Dulu-dulu minat jugak tengok paras rupanya bila dia jadi wartawan TV3. Sekarang dah jadi isteri Pemimpin negara yang kaya. Dulu dia terpaksa mengejar VIP untuk berita, sekarang orang lain perlu layan dia sebagai VIP. That's life man!

2 comments:

jus call me ida.. said...

selamat berehat!

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Terima kasih. Esok 9 Nov. 2009 dah kena kerja. Dah seminggu cuti rasa malas pulak nak pergi kerja. Pagi lagi kena pergi parlimen, ada soalan utk MOF.