Thursday, January 22, 2009

TERKENANG SEMASA DULU

Teringat kisah-kisah semasa belajar 3rd dan 4th year kat US dulu (1990). Masa tu dah pakai kereta. Rupa dia adalah lebih kurang macam gambar sebelah ni. Color pun sama. Kereta Honda Accord Hatchback tahun 1979. Walaupun tidak berapa cantik tetap reliable walau dalam cuaca sejuk dan salji mencurah-curah atau dalam musim summer yang panas terik. Aircon tak ada cuma ada heater. Banyak jasa kereta ni. Bawak student baru pi shopping dan ke kelas. Minyak masa tu pun murah. Lebih kurang 89 cent segelen. Isi 2-3 dollar cukup dah. Banyak tempat boleh ronda. Memanglah tak duduk rumah, ada je projek shopping, tengok wayang, dating dll. Wifey, masa tu baru jadi girlfren pulak.

Bila balik Malaysia, start kerja duit pun tak ada. Nak beli kereta tak mampu. Patah kaki rasanya. Terpaksalah pinjam motor Aki - Suzuki Cub. Motor tu masih OK dan digunakan oleh Che Din. Motor tu pun banyak jasanya. Isi RM2 dah boleh pergi Teluk cempedak dan ronda-ronda Bandar Kuantan. Motor tulah kenderaan rasmi ke pejabat selama 3 tahun. Satu-satunya Penolong Pengurus dan Marketing manager yang naik moto pergi kerja. Cuma kalau ada tugas rasmi nak jumpa client baru mintak driver pejabat hantar dengan Mercedes 230. Ni macam teksi punya mercedes. Janji mercedes. Bukan aku sorang guna. Semua orang kat pejabat boleh naik.


Bila kerja di KL, staff aku offer nak jual moto kapcai EX5 sebab dia nak kawin dan bapak dia tak bagi naik motor takut accident, nanti tak sempat kawin. Dia kata bayar RM1000 dulu dan RM800 lagi bayar bulan-bulan ,-RM100 sebulan. Masa tu ada 1 kereta saja, wifey yang guna di Jengka. Instead of naik bas dari Keramat ke Jalan Duta, kali ni naik kapcai pulak. Jimat masa hanya 15 minit ke pejabat. Kalau naik bas atau kereta mau lepas magrib baru sampai rumah sewa di Keramat. Aku kadang-kadang terfikir jugak, mungkin staff aku ni kesian kat aku sebab tu dia offer moto kapcai tu. Ialah...dah jadi gomen officer pun masih lagi naik bas, kereta pun tak ada. Apa nak buat masa tu gaji gomen entry level gred 3 atau gred 41 tak sampai pun RM1400 termasuk elaun. Sekarang gaji budak-budak baru ni dah besar. Baru kerja pun dah pakai Honda city. Kalau tak pun pakai Waja. Zaman dah berubah...

5 comments:

charlie umsl said...

ahhh. ami, keta honda tu banyak kenangan dengan aku..huhu...siap accident langgar mat black lagi, pecah cermin

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Charlie,
Welcome to MHP. Mana hang jumpa ni?

Anonymous said...

hahaha...dah lama dahh...

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Charlie,
Ustaz dan Ramlan ada datang rumah. Meor dan Iza pun join sekali. Mai buat BBQ boleh jumpa kawan-kawan UMSL.

Anonymous said...

bila tu? rumah baru ke bos??just gimme a call to my new no. If time and date ok, no problem. Business amacam?