




Aku bukan ahli politik dan belum lagi berminat dalam politik. Tapi ini adalah gambar ahli-ahli politik yang dikirimkan oleh rakan-rakan.
Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Tak payah pergi ke Lenggong untuk makan kuey teow kerang Lenggong. Sedap. Saja nak promote. Kedainya simple. Selain kuey teow kerang ada sup tulang, asam pedas, sotong kangkung, tauhu bakar, otak-otak, satar dll. Mungkin kuey teow kerang paling sedap di Shah Alam. Terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Ada 2 cawangan. Yang ini berhampiran Petronas dan Shah Alam Medical  
Centre Seksyen 19
Gambar lama dari Sleepyhead. Tapi Sleepyhead masih di alam lain ketika itu. Mungkin dalam sekitar tahun 1973-74 di Felda Bukit Goh, Kuantan. Masa tu Mak mengajar di sekolah Bukit Goh. Sempat bersekolah Tadika dengan anak-anak peneroka. Tiada beza antara anak cikgu dan anak peneroka ketika itu kerana dunia kami sama di kawasan Ladang kelapa sawit yang menghijau. Kiri dan kanan adalah kelapa sawit. Malah anak peneroka pun hidup senang ketika itu kerana harga minyak sawit melonjak tinggi di sekitar awal 70-an. Mereka adalah diantara warganegara dan komoditi terpenting yang telah membangunkan negara ini sehingga kini. Yang menarik, aku juga kini menyumbang kepada pembangunan Felda melalui Felda Holdings Bhd.
 2 tahun. Hari ini genaplah usia Ajmal 2 tahun. Semakin comel, nakal dan bijak. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh, bijak dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Insya Allah sekiranya tiada halangan, akan buat makan-makan pada 8 Mac 08 sempena hari membuang undi. Auntie Ida, Che Din, Cik Ana dan Mak Usu JOM le...