Sunday, February 03, 2013

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE DAN JPO

Lama dah plan nak ke USS tapi tak berkesempatan. Last sekali pergi Universal Studio akhir tahun 1991 di Florida, USA. Masa tu dengan gfren. This time ada kesempatan bolehlah bawak anak-anak jalan ke Singapore. Lagi pun anak-anak tak pernah menjejaki Temasik. Tengahari 12 Dis 2012 kita orang bertolak ke Johor. Traffic sedikit jam disebabkan kemalangan dan hujan apabila tiba di Johor Premium Outlet.  Singgah di JPO. Aku dapat sepasang slipper Nike, wifey dapat beg Coach dan Shakireen dpt sepasang kasut. Along, Aiman dan Ajmal tak beli apa pun.

Tengah survey handbag
Kami teruskan perjalanan ke Danga Bay sebab perancangannya nak menginap di Kozi Hotel. Lebih kurang jam 8pm check in di Kozi Hotel. Bersihkan diri dan kemudian makan di Food Court Singgah Selalu di Danga Bay. Hotel bajet tapi semua kemudahan ada dan tak perlu bayaran tambahan seperti Tune Hotel. Dapat 2 bilik bersebelahan di ground floor dengan connecting door. So tak perlu naik tangga. Kozi Hotel ni pun tak jauh dari Tune Hotel. Check dengan Bas Odyssey utk Singapore pada hari esoknya tapi dah penuh. Nasib baik Kozi hotel juga ada menguruskan bas ke Universal Studio, RM30 seorang.(Odyssey beroperasi di dalam Tune Hotel. Tambang RM25 seorang tapi sebab cuti sekolah bas dan Tune Hotel pun fully book. Sgt crowded kat Tune Hotel).

Jam 7.30am kami dah ada dalam bas yang menunggu di depan hotel. Nasib baik tak ramai cuma 22 dalam bas yg boleh muat 40 org. Perjalanan melalui Link Kedua ke USS mengambil masa lebih kurang 2 jam termasuk pemeriksaan imigeresen. Kami perlu berhenti di Imigresen Malaysia, naik bas semula dan berhenti pulak di imigresen Singapura.









Ni tengah lepak tunggu Jurassic Ride sebab hujan lebat

Almost semua attractions dapat kami masuk.  Layout tempat ini seperti roundabout. Kami ikut sebelah kanan dulu. Yang mula kami masuk adalah Steven Spielberg Studio. Boleh lihat bagaimana Hollywood menggambarkan semula suasana hurricane di New York dalam studio melalui visual, bunyi dan elemen  suspense. Q pun tak panjang kecuali Transformers. Rasanya Tansformers ride paling best sebab ada elemen 4D dan teknologi terkini. Anak-anak kecil juga enjoy. Shaheera, Aiman dan Shakireen pulak enjoy naik roller coaster. Mungkin aku dan wifey dah tua untuk roller coaster ni. Kami dah pernah naik roller coaster yg laju ni 25 tahun dulu di American Six Flags. Old Egypt pun best tetapi  sedikit menyeramkan dan ridenya kasar. Tak sesuai untuk anak kecil. Di sebelah kanan Old Egypt ada Surau untuk bersolat. Di depannya ada restaurant makanan Arab seperti beriani. Lepas makan kami ke Jurassic Park dan kemudian ke life show yang diadaptasi dari filem Waterworld arahan dan lakonan Kevin Costner. Banyak letupan, tembakan, aksi suspense dan menghiburkan. Lepas tu kami pergi ke Istana Shrek pulak. Ada 3D/4D show. Area ni ada juga mini roller coaster untuk kanak-kanak.

Kalau nak ke USS, pergilah time weekdays. Kalau pergi time weekend atau cuti umum, kirim salam sajalah. Walaupun Q manageable, tapi sebelah petang hujan pulak. Kami terpaksa menungu ride Jurassic Park sebab operasi diberhentikan lebih kurang 1 jam sebab hujan lebat dan kilat. Ride yang terakhir kalau tak silap Madagascar. Alhamdulillah dalam masa 1 hari dapat menghabiskan semua main rides/attractions.

Jam 7.00pm kami menunggu semula di tempat mula-mula tiba di parking basement. Lebih kurang jam 8.40pm kami tiba semula di Kozi Hotel. Walaupun penat tapi hati gembira dapat bercuti bersama keluarga.


Esoknya kami ke Singapore lagi tetapi adventurous sikit. Naik bas biasa No 170 dari Stesen bas Kota Raya JB ke Station MRT Keranji. Kali ni ikut Woodlands. Sebenarnya amat mudah naik bas. Tambangnya pun murah hanya RM1.70 seorang dari Malaysia tapi bila balik tambang dari Singapore adalah $1.90 SingDollar. Pemeriksaan imigresen pun sekejap saja sebab selepas rush hour lebih kurang jam 10.30am tak ramai orang. Kalau masa org pergi kerja jangan ceritalah.

Tapi time balik, mak datok, kena Q untuk tunggu bas dan di imigesen sebab time org balik kerja. Anyway satu pengalaman menarik melihat begitu ramai rakyat Malaysia mencari rezeki di Singapura dan juga sambil beratur sempat bersembang dengan rakyat Singapura yang bekerja di Singapura tetapi memilih untuk tinggal di Johor. Diwaktu rush hour nampak sesak tapi sebenarnya clearance cepat dan bas pun banyak.

Kalau tak silap ini area sebelah Marina Bay dan Financial District

Area Arab Street dan Masjid Sultan



Tuesday, January 08, 2013

DALAM SEBUAH KOTAK MERAH NIKE

Apa aku buat hari sabtu lepas? Pagi aku pergi fix kereta kembara yang tak boleh start selepas 3 minggu tak start. Lepas tu pergi kedai aksesori kereta untuk betulkan power window Nazaria yg stuck. Nasib baik bukan motornya yg rosak. Wifey pulak tetiba sibuk dgn 'new found business' dgn kawannya yg dah kaya raya tu. Entah apa mimpinya ditahun 2013. Jam 1pm pergilah pulak ambik wifey di Seksyen 15 tempat Zhulian tu. Ingatkan lepas Zohor nak pergi fix power window kembara yg dah tua di Klang. Hujan la pulak. Apa nak buat ni, tak kan nak tidur pulak. Last-last menggeledah almari pakaian. Dan inilah hasilnya. Sebuah kotak merah Nike yg  berusia lebih 22 tahun...
 Kotak kasut Nike Air Andre Agassi. 20-25 tahun dulu Andre Agassi ni pemain tenis berambut panjang  yg sgt popular. Tapi beli kasut ni bukan sebab AG tapi sebab winter sale 50% masa tu sekitar akhir 1991




Harta karun pakcik ni

Kotak merah ini penuh dgn memori indah, gambar-gambar lama, kad dan surat cinta yang berjela. Dari zaman menaiki kapalterbang sebagai pelajar, mula bercinta dan sehingga 1-2 tahun lepas kawin. Pastu tak jumpa pulak kad-kad lain.  Souvenir dan kad ucapan hilang entah kemana.


 Ni badge yg kena pakai pada kot semasa nak fly dulu. Betul-betul nolstagia

 Masa dulu-dulu student di US suka simpan mancis kecik seperti ini sbg souvenir. Kalau di petrol station boleh dpt free bila beli rokok

 ...kad-kad cinta

 

dan balance  syiling-syiling...Lupa pulak nak bawak masa pergi Boston 2 tahun lepas.



Wifey selalu cakap aku hidup di zaman yang dah berlalu...Takpalah, seronok bila mengingati zaman remaja yang yang warna warni.

Tuesday, January 01, 2013

TAHUN BARU 2013 - AJMAL KE SEKOLAH

Selamat Tahun baru 2013. Kami tidak meraikannya. Semalam aku tidur awal walaupun jiran depan rumah ajak celebrate - main mercun!! 1 Januari 2013 menjadi detik penting kepada anak bongsu yg akan memulakan persekolahan. Cepat sungguh masa berlalu. Anak bongsu yang lahir pada tahun 2006 dah pun mula bersekolah. Jadi, aktiviti utama  kami di pagi hari pertama tahun baru adalah menghantar Ajmal ke Sekolah Rendah Seksyen 7, Shah Alam untuk hari suaikenal. 

Ajmal tengah menunggu sebelum Cikgu panggil untuk ujian. Nampak macam stress


                         Mak bapak mengerumumi anak-anak mereka yang sedang duduk atas dataran simen.

Hopefully Ajmal suka ke sekolah walaupun dia dok selalu tanya Cikgu garang atau tidak. Aku jawab Cikgu sekolah Seksyen 7 makan orang, ramai budak dak kena buat sup sebab jahat sangat. Aku kata lagi Cikgu juga akan bagi roti panjang (rotan lah tu). Dia gelak dan kata ayah tipu...Hahaha. Memang ayah tipu.

Anyway Selamat Tahun baru 2013 untuk semua. Semoga kehidupan kita diberkati dan dilimpahi rahmat dan  kesihatan yang baik serta tercapai semua cita-cita. Amin

Tuesday, August 28, 2012

19th ANNIVERSARY

 Hari ini, 19 tahun yang lalu, tiada lagi dinding pemisah antara aku dan wifey bila kami diakad nikah pada 28 Ogos 1993 di Kuala Kangsar. Pejam celik pejam celik dah 19 tahun. Lama dah rupanya kami bersama. Masa tu belum popular lagi Siti Nurhaliza, Misya Omar dan sudah tentu Neelofa masih anak-anak. Yang ada Neelona aka Puteri Azarina yang comel. Tengoklah gambar di bawah ni. Gambar 20 tahun lepas ketika mula-mula bercinta. Comel bukan? Tapi kalau tengok selepas 20 tahun...emmm. Neelona masih OK tapi partnernya nampak sedikit prosperous namun masih macho. Hehehe..

Thursday, August 16, 2012

AIDIL FITRI 1433 H

Dah 27 Ramadan 1433. Pantas sungguh masa berlalu. Mungkin semalam adalah lailatul qadar, malam yang ditunggu-tunggu, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Namun tiada siapa tahu. Adalah sikit sikit ibadah aku lakukan sebagai bekalan dan harap harap diterima semua yang dihajati, tidak kira cepat atau lambat. Cuma Aidil Fitri kali ini berbeza selepas 44 tahun.  Mak tiada lagi. Hari Raya kali ini tiada lagi nasi minyak mak, tiada lagi ketupat mak. Walaupun sejak beberapa tahun dulu akulah yang masak kurmak ayam untuk nasi minyak mak dan aku merebus ketupat mak, namun mak akan jadi supervisor dan menetapkan bahan bahannya. Resepi adalah resepi mak. Tahun ini tiada lagi kenikmatan itu. Tahun ini mungkin aku dengan bantuan wifey dan adik adik akan masak kurmak ayam di malam raya dan masak nasi minyak pada pagi raya. Tradisi yang menjadi kenangan untuk selamanya. 

Jika dulu, tradisi di pagi raya adalah menziarahi pusara Tok Bibah, namun kali ini akan turut menziarahi pusara mak yang hanya bersebelahan dengan pusara Tok Bibah. Semoga kedua-duanya mendapat tempat terbaik di sisi Allah bersama insan-insan yang dikasihiNya.

Hari esok aku mula bercuti. Tinggalkan stress kerja di Putrajaya untuk sementara waktu. Insya Allah akan balik sebelah pagi ke Kuantan dan Hari Raya kedua pulak akan menuju ke Kuala Kangsar. Semoga urusan kami sekeluarga dipermudahkan dan mendapat maghfirah.

Thursday, May 03, 2012

MARYLAND4 KPP/ITM 1987

Cuti Hari Pekerja 1 May 2012 aku hostkan gathering sahabat-sahabat lama Maryland4/KPPITM atas initiatif Charles. Inilah antara kawan kawan ketika Freshman year di Maryland Univ. KPP ITM Damansara Utama 1987. Ironinya, tak sorang pun yang pergi Maryland Univ. Dapatlah sembang cerita lama dan update perkembangan terbaru. Seorang daripadanya, Farid Wajdi (baju merah) yang dah lebih 20 tahun tak jumpa. Lebar lebar semuanya tanda kemakmuran!! Hopefully next gathering boleh buat lebih besar.

Wednesday, April 25, 2012

BBQ SET BARU



Aku ada set BBQ baru yang menggunakan gas. Geleng kepala wifey tapi apa nak buat husband punya hobby. OK apa? Kalau sudi mai buat BBQ kat rumah.

Thursday, April 19, 2012

AIMAN KE MRSM KEPALA BATAS - 26 Mac 2012

Aiman yang seronok atau Umi yang lebih seronok?

Tu dia Umar Rizki

At last Aiman dapat juga tawaran ke sekolah asrama penuh. Perlu Takpa lah bukan intake yang pertama tapi yang ke 3. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Dan kami sekeluarga pun ke Penanglah pada hari Ahad 25 Mac 2012. Singgah di KKangsar, makan tengahari dikampung wifey dan selepas asar kami bertolak ke Penang dan tidur di rumah Auntie Ida. Makan malam nasi kandar yang ditempah khas dari Muhammadiah oleh Auntie Ida dan Uncle Zack. Kuah kari kaw kaw yang boleh berasap kepala. Cuba try test tengok kalau tak percaya. Lepas tu main main dengan Umar Al Khattab, ooops Umar Rizki yang pipi labuh dan tembam macam Uncle Zack.

Esok paginya 26 Mac 2012 kami pun ke Kepala Batas. Rupa-rupanyanya tak jauh, kurang 20 minit selepas jambatan P. Pinang, exit Bertam dan belok ke kiri. Banyak pembangunan baru, seperti bandar baru, Sekolah Sains KB, Cawangan USM serta rumah-rumah banglow. MRSM Kepala Batas ni boleh dikatakan baru kerana dibuka sekitar tahun 2007.

Harapan kami semoga Aiman tidak mensia-siakan peluang yang diberi ini kerana tak semua remaja sepertinya dapat peluang bersekolah di asrama penuh. Zaman remaja hanya sekali. Jadi pelajar sekolah pun hanya sekali. Pengalaman beberapa tahun sebagai remaja inilah yang mencorakkan masa depan yang bakal kita lalui.

Monday, April 09, 2012

JALAN JALAN

Banyak sungguh aktiviti sejak 4 bulan yg lepas sampai tak sempat singgah kat blog ni. Mungkin juga sebab banyak sangat ber FB sampai lupa nak up date. Bulan Januari balik Kuantan for cukur kepala Umar Zakaria (anak Auntie Ida dan Zack) dan tahlil arwah mak. Februari ada makan makan lagi. 26 Feb - 8 Mac 2012, 1 keluarga berangkat ke Mekah mengerjakan umrah. Balik Malaysia sibuk pulak dengan meeting, presentation dan bagai bagai lagi. Macam tak cukup masa. 26 Mac - 1 April 2012 pergi ke Sulawesi pulak...Letih ooo...Rasa macam malas nak kerja dah. Best kalau dapat baring di pantai bawah sang mentari sambil dengar kicauan burung camar dan deruan ombak menghempas pantai. Tapi apa kan daya, aku tak kaya. Masih menjadi kuli biasa.





Tuesday, January 31, 2012

FRASER HILLS






Akhirnya setelah berumur hampir 44 tahun baru dapat menjejak kaki di Fraser Fills. Masa kecik kecik dulu hanya tengok gambar Bak, Ayah De dan drivernya di Fraser Hills. Must be in the 70s that time. Dah tua baru dapat pergi. Ok juga.

Tuesday, November 29, 2011

SELAMAT JALAN MAK YANG KUKASIHI

Semalam adalah hari yang paling sedih. 28 November 2011 bersamaan 2 Muharam 1433, mak yang dikasihi telah pergi untuk selama lamanya pada jam 8.05 pagi pada usia 75 tahun. Semoga Allah menempatkan mak di tempat terbaik di sisiNya dan dipermudahkan urusan mak dikehidupan baru yang kekal abadi. Ciuman terakhir di dahi mak ketika selepas dimandi dan kafankan. Wajah yang tenang dan dingin. Cuma doa dan tangisan mengiringi mak. Selamat Jalan Mak...


Friday, November 04, 2011

KENANGAN KEMBARA HAJI 2010

Esok adalah Hari Wukuf 9 Zulhijjah 1432. Haji adalah wukuf di Arafah. Aku menulis ini hanya sebagai mengingati pengalaman Haji lepas dan mungkin boleh menjadi panduan kepada bakal Haji pada tahun depan pulak.

Teringat lebih kurang setahun yang lalu. Kami berangkat ke Mekah lebih kurang 2 minggu sebelum hari Wukuf iaitu pada 30 Okt 2010, sementara Hari Arafah (Wukuf) adalah pada 15 November 2010. Dari KL terus ke Jeddah. Airport clearance mengambil masa kerana staff imigresen/airport tidak bersungguh-sungguh, seperti pahat dan penukul. Kata pegawai tabung haji, staff ni sempat tengok bola (TV) masa kerja. Bila ada boss baru mereka kerja betul-betul. Wallahualam. Namun begitu semua urusan berjalan dgn baik. Nampaknya kaum hawa lebih mudah clrearance berbanding kaum adam. Alhamdulillah semua urusan selesai dgn baik. Kami berehat sebentar di airport dan sembahyang zohor sementara menanti untuk naik bas ke Mekah. Sebelum bertolak kami dibekalkan dengan nasi mandey. Sungguh menyelerakan terutama ketika perut tengah keroncong. Sambil pekerja memunggah beg ke atas atap bas kami dengan selera kami makan dalam bas. Dalam jam 2pm bas bergerak. Mata dah mula mengantuk. Aku dan wifey duduk dibarisan ke 3 dari belakang, Jemaah mula bertalbiah dengan bersemangat tetapi aku sempat juga terlena beberapa ketika. Tapi aku puji Jemaah dibelakang yang muda-muda berterusan bertalbiah sehinggalah sampai ke Mekah yang mengambil masa 2 ½ jam. Sekiranya tiada berhenti henti hanya mengambil masa 1 ½ jam saja. Namun begitu perjalanan keseluruhan adalah baik walau sedikit kurang selesa kerana memakai ehram. Tapi yg best pakai ehram ini, part bawah terasa bebas dan dingin..hehehe. Alhamdulillah, kami tiba di Mekah selepas Asar dan check in di Hotel Azieb Mawaddah. Terletak di sebelah belakang Masjid Kucing (Sekarang ni dah roboh). Mutawif memaklumkan supaya sembahyang dan berehat berehat di hotel dulu dan jam 10.30 malam baru buat tawaf dan sai umrah serta bertahalul. Maka bermulalah hari hari ibadah di Haram sementara menanti hari wukuf di Arafah- bersambung

Wednesday, October 05, 2011

PENGANGKUTAN AWAM



2 keping gambar ini amat menarik. Pelbagai cara untuk memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam. Mungkin di negara ini tidak akan berlaku seperti ini tetapi di negara negara kurang maju, ini adalah perkara biasa.

Tuesday, October 04, 2011

BERAYA DI OFIS

Pengerusi TRP (3), Penasihat GST(4) Kastam dan Bos Cukai(5)

3 Generasi berbeza: Ms Lim 63 tahun (contract officer), aku 43 tahun dan my PA Hidayah 23 tahun

The GST men

Sorang lagi GST man tengah kusyuk makan

The GST Mak Dara dan anak Dara

Lagi The GST Mak Dara...
Wakil BMKD: Zarina PA TMKDS, Hinnah ex PSU dan Banu ex PSU

GST Runner dan ...

Pegawai Kastam
Tak sah kalau tak cerita pasal Raya. 23 September 2011 yang lalu telah diadakan sambutan Hari Raya di ofis. So berayalah kami dengan baju raya yang meriah dan hidangan yang dibuat secara catering dan potluck. Major sponsor adalah Pengerusi TRP. Aku cuma sponsor 450 cucuk satay. Macam-macam ada sampai boleh tapau. Kalau ada rezeki boleh buat makan lagi.