Thursday, April 19, 2012

AIMAN KE MRSM KEPALA BATAS - 26 Mac 2012

Aiman yang seronok atau Umi yang lebih seronok?

Tu dia Umar Rizki

At last Aiman dapat juga tawaran ke sekolah asrama penuh. Perlu Takpa lah bukan intake yang pertama tapi yang ke 3. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Dan kami sekeluarga pun ke Penanglah pada hari Ahad 25 Mac 2012. Singgah di KKangsar, makan tengahari dikampung wifey dan selepas asar kami bertolak ke Penang dan tidur di rumah Auntie Ida. Makan malam nasi kandar yang ditempah khas dari Muhammadiah oleh Auntie Ida dan Uncle Zack. Kuah kari kaw kaw yang boleh berasap kepala. Cuba try test tengok kalau tak percaya. Lepas tu main main dengan Umar Al Khattab, ooops Umar Rizki yang pipi labuh dan tembam macam Uncle Zack.

Esok paginya 26 Mac 2012 kami pun ke Kepala Batas. Rupa-rupanyanya tak jauh, kurang 20 minit selepas jambatan P. Pinang, exit Bertam dan belok ke kiri. Banyak pembangunan baru, seperti bandar baru, Sekolah Sains KB, Cawangan USM serta rumah-rumah banglow. MRSM Kepala Batas ni boleh dikatakan baru kerana dibuka sekitar tahun 2007.

Harapan kami semoga Aiman tidak mensia-siakan peluang yang diberi ini kerana tak semua remaja sepertinya dapat peluang bersekolah di asrama penuh. Zaman remaja hanya sekali. Jadi pelajar sekolah pun hanya sekali. Pengalaman beberapa tahun sebagai remaja inilah yang mencorakkan masa depan yang bakal kita lalui.

5 comments:

Anonymous said...

Syukur alhamdlilah coz ank2 kita berjaya dapat mrsmkb.....anak say pioner kt sana sekarang da tingktan 3 dan nak amik periksa taun nie.........mudah-mudahn impian dia nak dapt 9A tercapai.....sam2lah kita berdo tuk kejayaan anak2 kita....amin....

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Anon,

Ya syukur kerana Allah mendengar dan mempermudahkan segala urusan. Kami juga turut merasa pressure apabila anak-anak ambik exam. Hopefully doa kita kali ini juga diperkenankan Allah. Rasanya baru kami hantar Aiman ke MRSMKB tahun lepas, tahun ni Aiman dah nak periksa SPM. Mudah mudahan tertunai cita cita anak dan cita cita kita.

Anonymous said...

anak saya pun akan mendaftar ke sana minggu depan. dengar cerita kalau tak boleh hafal kena rotan. takut dia tak tahan. dia nak balik pulak. betul ke mcm tu?

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Saya tak pasti pulak pasal rotan tu sebab anak saya masuk tingkatan 4. Tak da pulak dia cerita pasal rotan merotan ni. So far nampak OK dan aktif seperti semasa dia di sekolah biasa. Cuma tahun ni mintak dia slow down aktiviti luar sebab nak SPM dah. Anyway saya mengucapkan selamat dtg ke MRSM KB

Anonymous said...

Macam kenal ja lelaki yang dalam gambar tu! Mesti 2nd intake F4 2012! pelajar kelas 405 or 406.. sayang saya tak duduk MRSMKb dah!!