Thursday, August 16, 2012

AIDIL FITRI 1433 H

Dah 27 Ramadan 1433. Pantas sungguh masa berlalu. Mungkin semalam adalah lailatul qadar, malam yang ditunggu-tunggu, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Namun tiada siapa tahu. Adalah sikit sikit ibadah aku lakukan sebagai bekalan dan harap harap diterima semua yang dihajati, tidak kira cepat atau lambat. Cuma Aidil Fitri kali ini berbeza selepas 44 tahun.  Mak tiada lagi. Hari Raya kali ini tiada lagi nasi minyak mak, tiada lagi ketupat mak. Walaupun sejak beberapa tahun dulu akulah yang masak kurmak ayam untuk nasi minyak mak dan aku merebus ketupat mak, namun mak akan jadi supervisor dan menetapkan bahan bahannya. Resepi adalah resepi mak. Tahun ini tiada lagi kenikmatan itu. Tahun ini mungkin aku dengan bantuan wifey dan adik adik akan masak kurmak ayam di malam raya dan masak nasi minyak pada pagi raya. Tradisi yang menjadi kenangan untuk selamanya. 

Jika dulu, tradisi di pagi raya adalah menziarahi pusara Tok Bibah, namun kali ini akan turut menziarahi pusara mak yang hanya bersebelahan dengan pusara Tok Bibah. Semoga kedua-duanya mendapat tempat terbaik di sisi Allah bersama insan-insan yang dikasihiNya.

Hari esok aku mula bercuti. Tinggalkan stress kerja di Putrajaya untuk sementara waktu. Insya Allah akan balik sebelah pagi ke Kuantan dan Hari Raya kedua pulak akan menuju ke Kuala Kangsar. Semoga urusan kami sekeluarga dipermudahkan dan mendapat maghfirah.

No comments: