Apa aku buat hari sabtu lepas? Pagi aku pergi fix kereta kembara yang tak boleh start selepas 3 minggu tak start. Lepas tu pergi kedai aksesori kereta untuk betulkan power window Nazaria yg stuck. Nasib baik bukan motornya yg rosak. Wifey pulak tetiba sibuk dgn 'new found business' dgn kawannya yg dah kaya raya tu. Entah apa mimpinya ditahun 2013. Jam 1pm pergilah pulak ambik wifey di Seksyen 15 tempat Zhulian tu. Ingatkan lepas Zohor nak pergi fix power window kembara yg dah tua di Klang. Hujan la pulak. Apa nak buat ni, tak kan nak tidur pulak. Last-last menggeledah almari pakaian. Dan inilah hasilnya. Sebuah kotak merah Nike yg berusia lebih 22 tahun...
Kotak kasut Nike Air Andre Agassi. 20-25 tahun dulu Andre Agassi ni pemain tenis berambut panjang yg sgt popular. Tapi beli kasut ni bukan sebab AG tapi sebab winter sale 50% masa tu sekitar akhir 1991
Harta karun pakcik ni
Kotak merah ini penuh dgn memori indah, gambar-gambar lama, kad dan surat cinta yang berjela. Dari zaman menaiki kapalterbang sebagai pelajar, mula bercinta dan sehingga 1-2 tahun lepas kawin. Pastu tak jumpa pulak kad-kad lain. Souvenir dan kad ucapan hilang entah kemana.
Ni badge yg kena pakai pada kot semasa nak fly dulu. Betul-betul nolstagia
Masa dulu-dulu student di US suka simpan mancis kecik seperti ini sbg souvenir. Kalau di petrol station boleh dpt free bila beli rokok
dan balance syiling-syiling...Lupa pulak nak bawak masa pergi Boston 2 tahun lepas.
Wifey selalu cakap aku hidup di zaman yang dah berlalu...Takpalah, seronok bila mengingati zaman remaja yang yang warna warni.
No comments:
Post a Comment