



.Mommy and family dan Sleepyhead & Joe


Orang lain tak bangun tidur lagi, budak-budak ni dah berendam. Nampak macam tak ada orang tapi after 10 am, budak-budak penuh macam ikan keli dalam besen. 
Ni lah satu-satunya peninggalan Pak Lah.

Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.




.Mommy and family dan Sleepyhead & Joe


Orang lain tak bangun tidur lagi, budak-budak ni dah berendam. Nampak macam tak ada orang tapi after 10 am, budak-budak penuh macam ikan keli dalam besen. 
Ni lah satu-satunya peninggalan Pak Lah.



Dina disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua









Last sekali pergi ke kenduri kawin salah seorang staf. Intan Suria, Penolong Setiausaha di MKD.

Projek CSR merupakan salah satu modul dalam SMDP. Banyak juga duit dikumpulkan untuk bantu rumah anak-anak yatim dan miskin ni. TM telah bermurah hati sponsor outing anak-anak Asrama Penyayang ke Menara Kuala Lumpur. Peserta kursus dikehendaki menjadi ibu bapa angkat sementara. Anak yang aku jaga bukanlah anak yatim tetapi keluarganya miskin. Ayahnya masuk penjara. Adik beradik 7 orang. Mak dah kahwin lain. Ada kakak yang dah kahwin dan ada seorang abang lelaki berusia 14 tahun yang tak bersekolah dan sudah bekerja sebagai kuli di KL. Rumah Penyayang ni pun nampak daif. Tak sangka pula ramai orang yang begitu susah di luar sana. Mungkin kita sedikit bertuah dengan rezeki yang mencukupi, makanan dan pakaian yang mewah dan cantik. Kalau ada rezeki lebih pergilah jengok-jengok dan cari orang yang memerlukan bantuan seperti mereka.
Berkotak-kotak kismis dan kacang habis setiap kali class module. Mengantuk gila terutama sebelah petang.
Aiman baru dapat PSP sebagai hadiah UPSR. Tapi jangan dok main PSP saja sampai lupa buat perkara lain yang wajib seperti sembahyang. Kerja lain pun kena buat dengan pantas macam main PSP. Lama dulu, anak-anak lebih suka main outdoor games seperti bolasepak, badminton, hoki, kriket dll. Paling tidak main layang-layang tak kira pagi, tengahari atau hujan. Sesekali main indoor games seperti dam, chess, karom atau daun terup. “Tapi sekarang zaman dah berubah.” Itulah yang Aiman dan Shaheera selalu katakan, meniru kata-kata iklan di TV bila ditegur. Walaupun zaman telah berubah tetapi nilai-nilai baik seperti menjaga kebersihan, aktif, berbudi bahasa, sopan, rajin masih tidak berubah. Dinegara maju pun, kanak-kanak dan remaja masih di tekankan dengan nilai yang baik termasuklah menjaga kebersihan, berbudi bahasa serta aktif bersukan dan beriadah di luar rumah walaupun banyak alternative lain berbentuk digital di dalam rumah. Di negara maju masih banyak tempat rekreasi dan padang permainan dibina bagi membolehkan interaction, pembangunan fizikal dan mental berlaku. Malang sekali di Malaysia, mat lepak dan rempitlah yang paling aktif bersidai ditepi jalan dan Cineplex. Padang permainan tak cukup sebab dah buat shopping complex. Padang golf banyak dibina untuk orang kaya dan tua kerana mendatangkan wang yang banyak. Antara sebab sukan makin mundur kecuali sukan individu tertentu, tentu saja sebab remaja Malaysia tidak lagi seaktif dulu. Badan mungkin besar makan junk food tetapi lembik. Stamina pun tak bagus. Nak main bola tak larat. So, main saja video game bola. Janji main bola jugak.

7 Okt. 2008. Sarapan. Omellete, beberapa keping roti dan juice. Makanan lain tak boleh makan. Bilnya 250 Hong Kong dollar. Duit Malaysia lebih kurang RM120. Mahal. Di Shangrila Putrajaya breakfast baru RM50. Jam 9.00 pagi bertolak ke Dongguan manaiki Toyota Alphard untuk business meeting dan factory visit. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Lawatan ini penting. Sekiranya tiada halangan, syarikat refinary China ini akan dimiliki oleh syarikat Malaysia dengan kos pelaburan yang reasonable dan tak mungkin sebuah kilang baru dapat dibina di Malaysia dengan kos sebegitu. Hopefully, keputusan yang dibuat adalah keputusan yang terbaik untuk syarikat dan negara.Keadaan selatan China terutama di Shenzen agak moden. Pembangunannya boleh dikatakan at par dengan KL. Bandar besar, hiway luas dan kereta banyak dari model terbaru seperti Camry dll. Malah perjalanan kami selama 2 jam adalah melalui elevated hiway 3 lorong, bukan atas tanah. Lebih besar dari North South Highway di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan disepanjang perjalanan dimana pembangunan dan infrastruktur semakin tidak tersusun dan semakin mundur apabila perjalanan semakin ke utara China. Yang menarik, terdapat iklan minyak pelincir Petronas di Highway. Besar papan iklannya sebelum memasuki terowong. Pasaran di sini amat besar terutama dengan penduduk seramai 1.33 billion.
Jam 11.00 pagi kami sampai di XinSha Industrial Park, Machong, Dongguan. Taklimat ringkas oleh rakan kongsi dan seterusnya melawat kilang, makan tengahari dan perbincangan sehingga jam 4.00 pm. Semua ALP berpuashati dengan keadaan kilang ini. Sekiranya pengurusan kilang ini effsien, tiada masalah pengeluaran dan pasaran sedia ada yang besar, Insya Allah pulangan pelaburan akan diperolehi dalam tempoh masa yang singkat. Hari ini suhunya lebih kurang 23-25 celsius, angin bertiup nyaman dan tiada matahari. Mungkin menghampiri winter dan mungkin juga disebabkan pencemaran udara yang sangat buruk di China. Lebih kurang jam 6.15 pm kami sampai semula di 4 seasons hotel. Berehat dan bercadang keluar semula untuk makan malam pada jam 8.30pm. Di sini kebiasannya orang Hong Kong makan jam 6.00-7.00pm.





Mak tengah menganyam ketupat
Atas: Sleepyhead dan Joe menganyam ketupat

Zarina dengan mak mertua
NOTA: Sekiranya anda OTAK BLUE dan mencari cerita hangat yang penuh dengan syahwat tentu sahaja tiada di sini. Silalah ke tempat lain.