Inilah kali pertama sejak 5 tahun lepas aku berkursus panjang selama 3 minggu. 5-7 Nov. di Equatorial, Cameron Highlands, 8-22 di PERMATA Bangi dan 23-28 di Singapore. Belas ikhsan Petronas yang menawarkan tempat kepada pegawai kerajaan. Seramai 30 peserta - 1 MOF, 2 Telekom, 1 American Eagle Tanker USA, 2 Gasunie Holland dan selebihnya GM dan Senior Manager Petronas. Tak sangka pulak orang Petronas ni banyak cakap. Ingatkan dia orang ni pendiam macam neighbor aku yang dah pergi Saudi tu. Anyway depa ni semua nice persons termasuklah 3 mat saleh. Selepas taklimat dan suaikekenal di PERMATA pada 5 Nov, program seterusnya adalah lawatan ke Rumah Penyayang Nur Iman di Setapak untuk meninjau program Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang akan diadakan pada minggu kedua. Hari Khamis 6 Nov 2008, bertolak ke Cameron Highlands untuk ice breaking session. Grup ni dipanggil Petronas Keepers-2, atau PK2. Group kedua yang menjalani ice breaking session dengan D'Jungle People Training Consultant. Ini semua budak-budak punya game. Class games, discussion, out door aktivities untuk inculcate teamwork sebelum bermula academic class untuk 3 minggu berikutnya. OKlah setakat ni dulu. Nanti cerita lagi.
Thank God it's Friday. Time to go home. Hari Isnin Raya Haji. So, selamat menjalankan ibadah korban kepada sesiapa yg berkorban. Yang pulang jauh ke kampung, pandu berhati-hati. Kali ni kita orang beraya di Shah Alam dan Taman Tun.
2 comments:
seronoknya jadi PTD ni.... nak kursus obersea pon takda masalah... kitaorang ni,...banyak sangat syarat tambahan, yang JPA pon tak pernah recognized....
Bro,
Tak tahulah nak kata seronok ke tidak. Tapi sebenarnya kursus ni bergantung kepada keperluan jabatan masing dan sama ada bos pro aktif dan open minded. Kalau bos yg tak open minded walau ada peruntukan sekalipun pun dia tak akan lepaskan anak-anak buah keluar ofis. So, Bro kalau jadi bos nanti ingat-ingatlah kebajikan orang di bawah. Lagi satu, mungkin ramai sangat org JPPH pergi kursus dan lawatan setiap tahun kot!! Tu yg boss tak kasi pergi.
Post a Comment