Thursday, January 08, 2009

TERENGGANU OH TERENGGANU

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk bercuti bersama family, che din, mommy(Future Governor - thanks to our sponsor), sleepyhead, aki dan wan. Tahun lepas di PD dan kali ini di Awana Kijal, Terengganu. dari 25-27 Dis. 2008. Tahun lepas Din dan Ja tak dapat join tapi kali ini Ida pulak. Zack pun tak dapat join. Apa kata akhir tahun 2009 kita buat cuti ala family day pulak. Ada games dan BBQ. Hopefully semua dapat join this year. Semoga Allah memberi kita semua kesihatan yang baik, rezeki yang mencukupi dan umur yang panjang. This coming CNY I'll be joining wifey's family di Lumut pulak. Cuti-cuti Malaysia lagi.




























Makan malam dan breakfast. Memang seronok makan bersama-sama. Meja breakfast kita orang yang paling panjang. Walau buffet brekafast, siap tapau lagi. Makan malam pulak kita orang makan di bilik beramai-ramai. Masak nasi dan beli lauk. Lagi sedap daripada makan di restoran












Dah penat di kolam, lepak di pantai. Biaslah bulan disember di pantai timur, laut bergelora.Mommy and family dan Sleepyhead & Joe















Orang lain tak bangun tidur lagi, budak-budak ni dah berendam. Nampak macam tak ada orang tapi after 10 am, budak-budak penuh macam ikan keli dalam besen.


Hari Sabtu lepas check out sambung lagi cuti ke Kuala Terengganu dengan Aki, Wan, Mommy dan sleepyhead. Din terus balik Kuantan. This is not the original plan sebab takut stranded sebab banjir tapi nampaknya hari clear dan wifey dok beria benar nak gi KT. Try to book hotel di KT tapi semua fully booked. So redah saja. Mungkin ada hotel tak ada star. Berhenti lunch sebelum sampai bandar KT. Lebih kurang jam 2.30pm sampai KT, terus pergi Pasar Kedai Payang. Penuh sesak. Wifey memanglah senyum sampai telinga bab shopping ni. Orang lain nampak flat dah especially the kids. Lebih kurang jam 4.30pm bertolak ke rumah adik Aki - Su di Kampung Pasir Tinggi.
Rumah Su dah dah besar. Dapur batu, bukan lagi kayu. Beranda pun dah dibuat baru tapi masih kekal layout yang sama. Hidup Su lebih senang sekarang hasil peninggalan harta pusaka dan tanah peninggalan Toki. Kak Zaimah yang menjaga kami masa kecik pun ada. Kami dihidangkan dengan teh, pisang goreng dan keropok lekor. Licin semuanya.
Pada mulanya Joe, Sleepyhead, Aki dan Wan bercadang untuk terus balik ke Kuantan. Mommy undecided. Tapi selepas perbincangan, keputusan muktamad - pergi semula ke bandar KT cari hotel walaupun sebelum ini dah call Primula, Hotel Sri Malaysia, Permai Inn, Batu Burok B.R., Grand Continental dan FELDA Residence. Semua penuh. Anyway Joe jumpa 1 hotel. Walau hanya 2 bintang, dapat 3 bilik sebab ada yang tak check in last minute. Kalau nak komplen memang seguni boleh komplen pasal hotel ni. Disebabkan cuti sekolah dan last minute eloklah kita terima seadanya. Barulah adventurous dan menarik. Keesokannya, wifey plan to go shopping again di Pasar Payang. Ikut you lah. Nanti merajuk, susah nak pujuk pulak. Lepas tu nak pergi Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam. Ni lah satu-satunya peninggalan Pak Lah.
























Ada KFC baru ke sebelah kedai keropok lekor ? Biasa logo warna merah, ni warna hijau pulak dah.

No comments: