Hari ini, 19 tahun yang lalu, tiada lagi dinding pemisah antara aku dan wifey bila kami diakad nikah pada 28 Ogos 1993 di Kuala Kangsar. Pejam celik pejam celik dah 19 tahun. Lama dah rupanya kami bersama. Masa tu belum popular lagi Siti Nurhaliza, Misya Omar dan sudah tentu Neelofa masih anak-anak. Yang ada Neelona aka Puteri Azarina yang comel. Tengoklah gambar di bawah ni. Gambar 20 tahun lepas ketika mula-mula bercinta. Comel bukan? Tapi kalau tengok selepas 20 tahun...emmm. Neelona masih OK tapi partnernya nampak sedikit prosperous namun masih macho. Hehehe..
Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan. Hari ini bukan kekecewaan tetapi satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.
Tuesday, August 28, 2012
Thursday, August 16, 2012
AIDIL FITRI 1433 H
Dah 27 Ramadan 1433. Pantas sungguh masa berlalu. Mungkin semalam adalah lailatul qadar, malam yang ditunggu-tunggu, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Namun tiada siapa tahu. Adalah sikit sikit ibadah aku lakukan sebagai bekalan dan harap harap diterima semua yang dihajati, tidak kira cepat atau lambat. Cuma Aidil Fitri kali ini berbeza selepas 44 tahun. Mak tiada lagi. Hari Raya kali ini tiada lagi nasi minyak mak, tiada lagi ketupat mak. Walaupun sejak beberapa tahun dulu akulah yang masak kurmak ayam untuk nasi minyak mak dan aku merebus ketupat mak, namun mak akan jadi supervisor dan menetapkan bahan bahannya. Resepi adalah resepi mak. Tahun ini tiada lagi kenikmatan itu. Tahun ini mungkin aku dengan bantuan wifey dan adik adik akan masak kurmak ayam di malam raya dan masak nasi minyak pada pagi raya. Tradisi yang menjadi kenangan untuk selamanya.
Jika dulu, tradisi di pagi raya adalah menziarahi pusara Tok Bibah, namun kali ini akan turut menziarahi pusara mak yang hanya bersebelahan dengan pusara Tok Bibah. Semoga kedua-duanya mendapat tempat terbaik di sisi Allah bersama insan-insan yang dikasihiNya.
Hari esok aku mula bercuti. Tinggalkan stress kerja di Putrajaya untuk sementara waktu. Insya Allah akan balik sebelah pagi ke Kuantan dan Hari Raya kedua pulak akan menuju ke Kuala Kangsar. Semoga urusan kami sekeluarga dipermudahkan dan mendapat maghfirah.
Thursday, May 03, 2012
MARYLAND4 KPP/ITM 1987
Cuti Hari Pekerja 1 May 2012 aku hostkan gathering sahabat-sahabat lama Maryland4/KPPITM atas initiatif Charles. Inilah antara kawan kawan ketika Freshman year di Maryland Univ. KPP ITM Damansara Utama 1987. Ironinya, tak sorang pun yang pergi Maryland Univ. Dapatlah sembang cerita lama dan update perkembangan terbaru. Seorang daripadanya, Farid Wajdi (baju merah) yang dah lebih 20 tahun tak jumpa. Lebar lebar semuanya tanda kemakmuran!! Hopefully next gathering boleh buat lebih besar.
Wednesday, April 25, 2012
BBQ SET BARU
Thursday, April 19, 2012
AIMAN KE MRSM KEPALA BATAS - 26 Mac 2012
Aiman yang seronok atau Umi yang lebih seronok?
Tu dia Umar Rizki
At last Aiman dapat juga tawaran ke sekolah asrama penuh. Perlu Takpa lah bukan intake yang pertama tapi yang ke 3. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Dan kami sekeluarga pun ke Penanglah pada hari Ahad 25 Mac 2012. Singgah di KKangsar, makan tengahari dikampung wifey dan selepas asar kami bertolak ke Penang dan tidur di rumah Auntie Ida. Makan malam nasi kandar yang ditempah khas dari Muhammadiah oleh Auntie Ida dan Uncle Zack. Kuah kari kaw kaw yang boleh berasap kepala. Cuba try test tengok kalau tak percaya. Lepas tu main main dengan Umar Al Khattab, ooops Umar Rizki yang pipi labuh dan tembam macam Uncle Zack.
Esok paginya 26 Mac 2012 kami pun ke Kepala Batas. Rupa-rupanyanya tak jauh, kurang 20 minit selepas jambatan P. Pinang, exit Bertam dan belok ke kiri. Banyak pembangunan baru, seperti bandar baru, Sekolah Sains KB, Cawangan USM serta rumah-rumah banglow. MRSM Kepala Batas ni boleh dikatakan baru kerana dibuka sekitar tahun 2007.
Harapan kami semoga Aiman tidak mensia-siakan peluang yang diberi ini kerana tak semua remaja sepertinya dapat peluang bersekolah di asrama penuh. Zaman remaja hanya sekali. Jadi pelajar sekolah pun hanya sekali. Pengalaman beberapa tahun sebagai remaja inilah yang mencorakkan masa depan yang bakal kita lalui.
Esok paginya 26 Mac 2012 kami pun ke Kepala Batas. Rupa-rupanyanya tak jauh, kurang 20 minit selepas jambatan P. Pinang, exit Bertam dan belok ke kiri. Banyak pembangunan baru, seperti bandar baru, Sekolah Sains KB, Cawangan USM serta rumah-rumah banglow. MRSM Kepala Batas ni boleh dikatakan baru kerana dibuka sekitar tahun 2007.
Harapan kami semoga Aiman tidak mensia-siakan peluang yang diberi ini kerana tak semua remaja sepertinya dapat peluang bersekolah di asrama penuh. Zaman remaja hanya sekali. Jadi pelajar sekolah pun hanya sekali. Pengalaman beberapa tahun sebagai remaja inilah yang mencorakkan masa depan yang bakal kita lalui.
Monday, April 09, 2012
JALAN JALAN
Banyak sungguh aktiviti sejak 4 bulan yg lepas sampai tak sempat singgah kat blog ni. Mungkin juga sebab banyak sangat ber FB sampai lupa nak up date. Bulan Januari balik Kuantan for cukur kepala Umar Zakaria (anak Auntie Ida dan Zack) dan tahlil arwah mak. Februari ada makan makan lagi. 26 Feb - 8 Mac 2012, 1 keluarga berangkat ke Mekah mengerjakan umrah. Balik Malaysia sibuk pulak dengan meeting, presentation dan bagai bagai lagi. Macam tak cukup masa. 26 Mac - 1 April 2012 pergi ke Sulawesi pulak...Letih ooo...Rasa macam malas nak kerja dah. Best kalau dapat baring di pantai bawah sang mentari sambil dengar kicauan burung camar dan deruan ombak menghempas pantai. Tapi apa kan daya, aku tak kaya. Masih menjadi kuli biasa.
Tuesday, January 31, 2012
FRASER HILLS
Subscribe to:
Posts (Atom)