Lepas tengok Cuci minggu lepas, minggu ni kena cuti pulak seminggu. Khamis lepas buat Eksekutif Screening Programs di IJN. Check darah, paru-paru dan jantung. Keputusannya, acid uric tinggi. Paru-paru OK tetapi bila buat stress test, grafnya kurang baik. Doktor Emily kata "you have to go for angiograms. I'am free tomorrow, we can do it early tomorrow morning. Datang esok sebelum 7.30 pagi dan jangan makan selepas 10pm malam ni." Dia explain lebih kurang mengenai prosedurnya. Dah sumbat ke jantung aku ni? Masa tengok Cuci dan GP motor minggu lepas, memang aku rasa lain macam. Dengan selamba Dr. Emily kata "You terkejut ke? Tomorrow we will know whether your heart ada blockage atau tidak." Speechless. Esok pulak tu nak buat. Major problem ke? Aku dah gelabah. Sebelum ni member baik yang baru awal 40an pun dah kena buat angioplasty, ada blockage. Suspense jugak. Anyway, hari Jumaat keesokannya, aku ajak Along dan Jijin temankan sebab wifey sibuk dengan exam. 7.30 pagi dah sampai di IJN dan daftar di Wad Kecemasan sebelum dibawa ke Day Care di tingkat 2, bangunan baru IJN. Ada 3 orang yang mendaftar di Day Care pada hari itu. Seorang tentera berumur tak sampai 30 tahun, aku dan seorang lagi pesara berumur lebih kurang 65 tahun. Lebih kurang jam 10 pagi aku dibawa masuk ke bilik Angio. Peralatan lebih kurang dalam gambar tetapi di IJN peralatannya lebih canggih dan masih baru. Prosedurnya lebih kurang dalam laman web ini dan mengambil masa 45 minit. Boleh rasa wire dimasukkan dalam tangan sehinggalah ke jantung. Dye dilepaskan dijantung dan dapat lihat discreen urat berwarna hitam. Sekiranya garisan hitam terputus bermakna terdapat blockage. Dr. Emily kata tak ada blockage, stress test tak berapa tepat. Walau bagaimanapun kena rehat di wad sampai jam 3 pm untuk observation. Baring dan tengok TV. Biliknya pun cantik, bersih dan besar. Tangan kebas dan mungkin darah keluar banyak kalau banyak pergerakan. Jam 3.30 pm aku dibawa dengan kerusi roda untuk buat Echo bagi memastikan jantung berfungsi dengan normal. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 pm Dr. Emily datang ke wad dan maklumkan bahawa jantung aku OK tetapi kena ambil ubat untuk kurangkan kolestrol dan rehat di rumah selama seminggu. Bagus jugak buat medical check up awal especially umur dah lebih 40 tahun. Kepada kawan-kawan yang dah berumur lebih 40 tahun tu eloklah check up for early detection. Yang ada 2 cawangan atau lebih, lagi baik buat full medical checkup sebab performance enjin kena tip top selalu. So, minggu ni aku duduk kat rumah sajalah sambil tengok laman yang semakin menghijau dan check kontraktor yang sedang buat renovation rumah. Nampaknya bos dan assistant aku tengah pening kepalalah minggu ni. Anyway, kereta baru pun kadang-kadang kena masuk workshop jugak bos inikan pulak kereta lama...
8 comments:
get well soon
Insya Allah. Thank you very much.
Salam, ternampak blog saudara masa baca blog Prof Kamil. Wow, boleh terasa wire masuk ikut urat hingga ke jantung? Ngeri dan ngilu saya. Alhamdulillah saya check kolestrol akhir tahun lepas bacaannya di bawah 3.0. Harap tahun ni masih boleh kekalkan prestasi. Jagalah kesihatan semasa sihat sebab bila dah sakit nak kena jaga kesakitan pulak.
Family memoirs,
Dr kata saya kena ambil ubat rendahkan kolestrol sebab dah border line, 5.2. Tak berapa tinggi tapi sebab ada family history elok control. Hopefully boleh turun ke paras 4. Kalau bacaan di bawah 3 memang baiklah.
Bro....takkan stress ngan immediate boss kot? hehehehehe, kirim salam biasa kat boss hang tu, salam ingatan kat ex-boss aku....Osman masih disitu?, kirim salam kat dia.
Amir,
Dengan boss aku tak stress. Ini mungkin terlebih ayam kampung puchong.
saya telah mengalamai serangan jantung buat pertama kali pada 25/12/20009 jam 1.00 pagi. pada 27/12 angiograms dilakukan dan didapati satu saluran blok dan pemangsagan belloon dilakukan. Kolestrol saya pada masa itu memang tinggi iaitu 8.3.
sekarang saya masih dalam mc sampai awal bulan 2 baru kerja. nasihat saya jagalah pemakanan anda, jangan jadi macam saya umur pertengahan 30an sudah mengalami serangan jantung.
Che Mamat,
Insya Allah marilah kita sama-sama, ambil ingatan. Doa saya semoga saudara sihat semula seperti sedia kala.
Post a Comment