Wednesday, September 16, 2009

MALAM LAILATUL KADAR

Malam ini adalah malam ke 27 Ramadan. Apakah malam ini malam Lailatul Kadar? Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Bagi mereka yang tidak pernah tinggal ibadat malam di bulan Ramadan mungkin akan berjumpa jika diizinkanNya. Dan mungkin juga malam ini... siapa tahu!

Friday, September 04, 2009

MASJID BESI PUTRAJAYA

Hari ini 14 Ramadan, bersembahyang Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi, Putrajaya. Ini adalah sembahyang Jumaat pertama yang diadakan di masjid besi walau ianya telah dibuka semenjak awal Ramadan. Besar, cantik dan kontemporari. Open concept dan dewan sembahyang dikelilingi kolam yang seakan bersambung dengan tasik Putrajaya. Jemaah ramai dan memenuhi kawasan berkarpet. YAB PM pun turut sama bersembahyang.


Thursday, September 03, 2009

SAPI BETINA

Cuma berkongsi. Surah Al Baqarah(Sapi Betina), ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Tuesday, September 01, 2009

PUASA

Puasa dah 11 hari. Macam makin penat saja. Sembahyang terawih pun ada yang compang camping dah ni. Rasa gagah pergi surau, kalau tak di rumah saja dan kalau rasa flat memang jawabnya burnlah tu. Dah 3 hari burn. Macam mana nak kuatkan semangat untuk beribadah? Minggu depan bila semangat shopping pulak tiba, lagi bahaya... Ada kawan yang dah berhenti berblog. Baguslah. Mungkin nak tambah ibadat. Blog banyak-banyak pun buang masa saja. Nanti tak sedar dari malam sampai sahur 'beribadat' depan komputer.

Cakap pasal puasa ni, teringat masa menyewa dengan bebudak bujang di AU2 Keramat dalam tahun 1995. Aku sorang saja yang dah berkeluarga, yang 5 orang lagi tu masih bujang senang lagi. Bila aku balik kerja jam 5.30-6.00 pm, ada 2 orang member kamcing ni dah pun beristirehat di rumah. Dah melantak dah. Cara melantak pun nampak lebih lapar dari orang yang puasa.Tak tahulah berapa hari dia orang ni puasa, mungkin juga lebih banyak tak puasa dari puasa. 2 orang budak ni memang baik dan nampak baik. Aku suka lepak dalam bilik dia orang. "Lapar bang!!, tak tahan..." jawab mereka bila aku tanya kenapa tak puasa. Dia orang ni kerja despatcher dan akan balik rumah lebih awal bulan puasa untuk mentekedarah. Selepas keluar dari rumah bujang, aku tak pernah jumpa lagi budak berdua ni. Mungkin mereka dah berkahwin dan ada anak. Minta-minta dia orang ni dah berubah, tak tinggal sembahyang dan puasa.