Friday, July 03, 2009

SIGN OF AGEING DAN PRODUKTIVITI

Minggu ini menghadiri 2 mesyuarat lembaga pengarah, 1 mesyuarat audit dan juga launching of FELDA Global di luar ofis. Sangat penat. Nampak macam banyak kerja tapi bila balik ke ofis hilang semua semangat untuk bekerja. Sangat tak produktif. Kena makan banyak vitamin agaknya atau mungkin inilah sign of ageing. Mungkin juga perlu bercuti agaknya. Baring di atas pasir-pasir putih di tepi pantai. Mendengar deru ombak menghempas pantai dan melihat langit membiru di atas sana. Memang aku perlu cuti...Kalau dapat pergi tempat macam dalam gambar ni...

Mengenai launching, YAB PM baru saja lancarkan FELDA Global sebagai peneraju kepada usaha FELDA untuk menjadi global player dalam industri perladangan dan pertanian serta aktiviti hiliran berkaitan perladangan bagi tempoh 50 tahun kedua akan datang. Tanggungjawab pengurusan dan kakitangan sangat besar memandangkan Felda sedang menguruskan 850,000 hektar ladang termasuk 110,000 hektar yang dipunyai oleh peneroka. Felda Hlgds ada 60 syarikat direct, indirect, bersekutu dan JV dengan turnover lebih RM10 bilion pada tahun 2008 dan mungkin meningkat sehingga RM15 bilion pada masa akan datang. Didoakan semoga hasrat Felda terlaksana dan memberi faedah kepada ramai stakeholders termasuk kaum peneroka di luar sana.

2 comments:

sherry said...

Salam Mie.

Just for sharing..kadang-kadang memang rasa boring and kosong semacam apabila driving ke opis..maybe sebab usia dah meningkat..tak bersemangat macam dulu..so..apa nak buat ye..tender resignation?..rasa sayang pulak and mesti boring duk rumah kan..

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Sherry,
Kalau resign lagi tak tahu apa nak buat unless ada business. Anyaway pompuan OK jugak duk rumah kalau husband boleh provide semuanya. Wifey aku memang suka sangat kalau berhenti kerja tapi income Gomen manalah cukup nak tanggung semua kalau bini tak bantu.