Thursday, April 17, 2008

MALAYSIA NEGARAKU

Comments and remarks from visitors. Menarik. KLIK DI SINI. Mungkin ada diantara kita lebih banyak pergi oversea dari mengembara dalam negara sendiri. Mungkin kita perlu ada budaya melancong dan mengembara. Mungkin di sek0lah tidak ditekankan mengenai cuti dan melancong atau tidak ada subjek yang membuka minda dan menarik perhatian pelajar untuk mengembara dan melihat apa yang berlaku dalam negara sendiri. Mungkin cikgu-cikgu juga sibuk pada masa cuti sekolah sebab mengajar kelas tambahan dan mengajar tuisyen untuk beli kereta besar yang akan disimpan di depan rumah. Mungkin ibubapa sibuk tetapi terlalu banyak duit dan boleh berbelanja besar untuk 'quality vacation!!!' di luar negara. Mungkin lebih baik main PS2 di rumah atau tengok ASTRO daripada berpanas di luar. Mungkin juga bos-bos tak suka anak buah pergi bercuti, lebih baik kerja sepanjang masa supaya Syarikat untung banyak dan boleh bagi bonus. Atau Malaysia memang tiada tempat yang menarik untuk dilawati...

Tuesday, April 15, 2008

WANITA, PEREMPUAN, GADIS, DARA & ...

Mungkin hanya persepsi. Dari internet. Tapi berdasarkan pengalaman dikelilingi spesis O+, mungkin ada kebenarannya.

SELAMAT HARI LAHIR KE 7- NUR SHAKIREEN

12 April 2007. Hari Ulang tahun kelahiran Shakireen yang ke 7. Tak merancang untuk buat gathering... tapi mungkin rezeki Jijin kerana Mak Yong (Cik Yong) buat bacaan Yasin dan sembahyang jemaah Maghrib dan Isyak di Bangi. So tumpang sekalilah. Beli kek Harijadi saja. Hadiah pun tak beli lagi. Mungkin belikan basikal sebab dia tak pandai tunggang basikal. Jadilah anak yang solehah, brilliant dan berbudiperkerti mulia. Anyway, Insya Allah akan organize family gathering bulan Mei ini.

Sembahyang Jemaah dan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Che An. Nasib naik ada Tok Imam muda PTD. Ramai ladies dari gentlemen. Lelaki telah hilang entah ke mana... Sibuk business.

Friday, April 11, 2008

HALIMAHTON

Menarik untuk dibaca dan diteladani. Halimahton and her children. Click here:http://hyusof.com/

Tuesday, April 01, 2008

ZAMAN SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH

Kenangan indah banyak di zaman persekolahan. Dikelilingi kawan yang berbagai ragam terutama di asrama. Aku tak pernah terfikir nak jadi apa. Nak jadi Engineer, Add Math, fizik teruk, nak jadi lawyer, aku tak minat, nak jadi doktor, aku tak layak. Nak jagi lecturer, sungguh memboringkan. Tapi yang aku tahu aku nak pergi US. Mungkin itulah the ultimate dream ketika itu. So, yang penting aku enjoy dulu. Get all non academic education. Tahun untuk bersekolah sekejap saja and those are some of the best years in our life. Main bolasepak dan Rugby untuk sekolah. Dilantik sebagai Ketua Kelas. Masuk aktiviti persatuan. Join persembahan. Pernah diarah mendeklamasi sajak. Buat apa saja as long as tidak seriously melanggar peraturan sekolah. Sesekali curi keluar asrama sehingga ditangkap Penolong Pengetua. Datang lambat ke kelas sehingga Cikgu dengan hormatnya menghantar wakil menjemput aku. Membaling telur ke asrama puteri. Sesekali menerima salam dari adik-adik yang admire. Ahh.. how interesting. Dan rasanya paling teruk pun curi-curi hisap rokok di waktu SPM. Anyway sekarang aku tak merokok dah.


Monday, March 31, 2008

GAMBAR DENGAN SERIBU CERITA






Aku bukan ahli politik dan belum lagi berminat dalam politik. Tapi ini adalah gambar ahli-ahli politik yang dikirimkan oleh rakan-rakan.

Monday, March 24, 2008

KERETA KUDA


KUDA & KERETA = KERETA KUDA

F1 10th EDITION, 21-23 Mac 2008

F1 2008. Budak-budak ni dah 3 kali pergi tengok F1. Tapi masih tak puas-puas. Aku prefer duduk kat rumah tengok TV drp pergi ke SIC. 3 tahun lepas terpaksa mendukung Shakireen masa tu baru 4 tahun sebab parking jauh. Kali ni nasib baik parking dekat juga. Tapi tak larat, panasss... Next year, race dibuat sebelah malam macam Singapore. Mungkin selesa sikit.






Wednesday, March 19, 2008

KUEY TEOW KERANG

Tak payah pergi ke Lenggong untuk makan kuey teow kerang Lenggong. Sedap. Saja nak promote. Kedainya simple. Selain kuey teow kerang ada sup tulang, asam pedas, sotong kangkung, tauhu bakar, otak-otak, satar dll. Mungkin kuey teow kerang paling sedap di Shah Alam. Terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Ada 2 cawangan. Yang ini berhampiran Petronas dan Shah Alam Medical Centre Seksyen 19

Thursday, March 13, 2008

SELAMAT HARI JADI AUNTIDASTHOTS



Selamat Hari Jadi ke 39 auntidasthots. Semoga mendapat keberkatan dari Allah, dilimpahkan rezeki yang banyak dan halal, dinaikkan martabat didunia dan di akhirat dan ditingkatkan keimanan. Amin.
Anyway, ini saja gambar yang ada.

Tuesday, March 11, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12

Rakyat telah membuat keputusan dan memberi signal yang jelas. Mungkin tujuan hanya untuk mengejutkan dari tidur namun keputusannya begitu mengejutkan sehingga bukan sahaja BN terkedu malah Pembangkang pun terpinga-pinga tidak menyangka begitu besarnya tsunami melanda. Yang penting Kerajaan perlu 'back to basic' dan kaji keperluan rakyat yang mungkin kecil pada Kerajaan tetapi impaknya besar kerana 'direct benefits' kepada rakyat seperti isu kenaikan harga, tol, minyak, sistem pendidikan/sekolah, keperluan tempat ibadat bukan sahaja Islam tetapi lain-lain penganut, gaya/karektor pemimpin, alam sekitar dll. Yang menang jangan terlalu gembira dan yang kalah masih ada harapan memperbaiki kesilapan.

Friday, March 07, 2008

KG PULAU LANG KIRI, KUALA ROMPIN

Rumah Tok Bibah. Auntidasthots Blog cerita tentang puisi yang ditulis untuk Tok Bibah yang telah menemui Penciptanya pada Mei 2003.
Pada masa tu kami sekeluarga masih di Sheffield, UK. Aku sempat berjumpa dengan Tok beberapa hari sebelum ke UK pada September 2002. Inilah rumah yang beliau duduki pada lewat 70-an sehingga pertengahan 80-an sebelum berpindah ke Kuantan. Rumah yang nampak kecil ini boleh menempatkan adik beradik mak dan cucu-cucu tok bila tiba Hari Raya ketika itu. Ketika itu kami rasa rumah ini begitu besar dan boleh berkejar-kejaran dengan sepupu dan 2 orang pakcik yang sebaya. Ada Stereo besar. Lagu-lagu yang dimainkan oleh Ayahzi boleh didengar satu kampung. Di sinilah aku belajar menunggang basikal sehingga pandai ketika cuti sekolah dalam tahun 1977. Pasir di depan rumah ketika putih bersih. Berpagar dan cantik, tidak seperti sekarang yang sedang menunggu hari untuk menyembah bumi.

Thursday, March 06, 2008

BUKIT GOH

Gambar lama dari Sleepyhead. Tapi Sleepyhead masih di alam lain ketika itu. Mungkin dalam sekitar tahun 1973-74 di Felda Bukit Goh, Kuantan. Masa tu Mak mengajar di sekolah Bukit Goh. Sempat bersekolah Tadika dengan anak-anak peneroka. Tiada beza antara anak cikgu dan anak peneroka ketika itu kerana dunia kami sama di kawasan Ladang kelapa sawit yang menghijau. Kiri dan kanan adalah kelapa sawit. Malah anak peneroka pun hidup senang ketika itu kerana harga minyak sawit melonjak tinggi di sekitar awal 70-an. Mereka adalah diantara warganegara dan komoditi terpenting yang telah membangunkan negara ini sehingga kini. Yang menarik, aku juga kini menyumbang kepada pembangunan Felda melalui Felda Holdings Bhd.

Monday, March 03, 2008

SELAMAT HARIJADI AJMAL...

2 tahun. Hari ini genaplah usia Ajmal 2 tahun. Semakin comel, nakal dan bijak. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh, bijak dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Insya Allah sekiranya tiada halangan, akan buat makan-makan pada 8 Mac 08 sempena hari membuang undi. Auntie Ida, Che Din, Cik Ana dan Mak Usu JOM le...