Thursday, March 06, 2008

BUKIT GOH

Gambar lama dari Sleepyhead. Tapi Sleepyhead masih di alam lain ketika itu. Mungkin dalam sekitar tahun 1973-74 di Felda Bukit Goh, Kuantan. Masa tu Mak mengajar di sekolah Bukit Goh. Sempat bersekolah Tadika dengan anak-anak peneroka. Tiada beza antara anak cikgu dan anak peneroka ketika itu kerana dunia kami sama di kawasan Ladang kelapa sawit yang menghijau. Kiri dan kanan adalah kelapa sawit. Malah anak peneroka pun hidup senang ketika itu kerana harga minyak sawit melonjak tinggi di sekitar awal 70-an. Mereka adalah diantara warganegara dan komoditi terpenting yang telah membangunkan negara ini sehingga kini. Yang menarik, aku juga kini menyumbang kepada pembangunan Felda melalui Felda Holdings Bhd.

2 comments:

Sleepyhead said...

Komoditi penting sumbangan felda untuk buat makan makan sempena mengundi heh

Amier said...

kunjugan secara tidak sengaja ke blog anda, good writing dan kebetulan saya dari Bukit Goh, membesar dengan hutan kelapa sawit yang menghijau saujana mata memandang.