Kali terakhir ke Hong Kong pada tahun 2008. Penuh dengan meeting dan lawatan ke mainland China. Sempat ke Stanley market dan the Peak saja. Kali ini dapat sekali lagi ke Hong Kong mulai 17 Mac hingga 22 Mac 2013. Agak relaks dan santai berbanding tahun 2008 tapi masih banyak tempat tak dapat pergi sebab program kerja yang padat. Anyway dapat juga menjelajah Wan Chai, Mong Kok, Citygates di Tung Shung dan branded outlets di Tsim Sha Tsui.
Brunch dalam flight
Sampai HK Int Airport terus ke HK Int Convention and Exhibition Centre untuk check persediaan
Sebelah malam pertama pergi ke HK Islamic centre, Wan Chai. Sempat sembahyang maghrib. Ingatkan nak makan dim sum tapi tak da rezeki, dah habis
Bersama Hj. Khalid
Cafe HK Islamic Centre
Malam kedua pulak menghadiri Asian Film Awards. Cara orang HK manage event lebih simple dari Malaysia. Takda pun commercial break walaupun live telecast dan tak da juga persembahan artis yg extravaganza. Simple and straight to the point. Michele Yeoh ada, Andy Lau pun ada. Yang lain tu aku tak kenal walaupun actor dan actress terkenal
Selain tu ada beberapa official event
seperti lunch bersama ketua delegasi daripada Korea, Jepun, China,
Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, India, Italy, UK, USA, Taiwan,
Germany, dan lain-lain yang dihostkan oleh HK Trade Development
Corporation. HKTDC juga menjemput delegasi Malasyia untuk mendengar
briefing mereka. HKTDC ini adalah sebuah ajensi yang lebih kurang sama
dengan MATRADE di Malaysia. Walau bagaimanapun HKTDC ini lebih
komprehensif dan cover banyak trade related activities berbanding
MATRADE. Malah MATRADE juga menghanatar pegawai untuk belajar dengan
HKTD.
Selepas briefing oleh HKTDC
Acara selingan lain tentulah berjalan-jalan, makan-makan dan cuci mata di red light zone Wan Chai. Masya Allah Haji!!. Aku lalu aje, tak buat apa-apa pun. Cuma tengok dengan fikiran positif bahawa, Alhamdulillah kita tak jadi macam anak-anak ayam yang menunggu pelanggan. Tak jadi macam mat saleh yang memenuhi kelab sepanjang jalan Lockhart Road di Wan Chai dan mabuk mabuk sampai muntah masam.
Restoran Sabah Malaysian Cuisine - babi golek pun ada!!!
Coach outlet di Tung Shung. Tapi masalahnya wifey tak nak Coach sebab dah ada, Kali ni kena upgrade ke LV pulak. So kena pi cari LV pulak
Outlet LV ini adalah kedua terbesar selepas LV di France
Next time mesti nak upgrade yang ni pulak..pelik kan apa yg ada dalam otak wanita!! hehehe..
Cable car kat Tung Shung. Macam kat Langkawi. Tempat ni dekat dengan Disneland HK
HK Int Convention and Exhibition Centre
Suite 4118 - besar dan selesa
Depan HK International Conference and Exhibition Centre
MTR station
Ini je breakfast yang boleh makan. Yang lain tu nampak pelik sangat..
No comments:
Post a Comment