Musim Haji tiba lagi. Hari ini kumpulan pertama @ penerbangan awal Jemaah Haji Malaysia dijangka tiba di Madinah untuk memulakan ibadah haji. Kepada mereka yg berjaya menjadi tetamu Allah kali ini tentulah sangat gembira dan bersyukur kerana mungkin doa-doa diperkenankan dan diberi kesempatan masa, kewangan, kesihatan yg baik untuk menunaikan Rukun Islam ke 5. Bukan semua dpt menjadi tetamu Allah kecuali mereka yg terpilih saja. Ada yg berduit tetapi sakit, ada yang sihat tapi tidak mampu dari segi kewangan dan masa. Tetapi ada juga orang yang cukup segalanya tetapi tidak terbuka pulak hatinya untuk menunaikan Haji. Jika ada terlintas dihati ingin pergi ke Mekah, tetapkan tekad kerana akan ada berbagai halangan yang menanti. Yang pertama kena buat mesti mendaftar dengan Tabung Haji dulu. Itu langkah paling utama. Bila dah mendaftar, antara halangan yang akan timbul termasuklah perasaan tak cukup ilmu, susah cuti, duit tak cukup, anak-anak tiada org jaga, sakit (sikit) dan sebagainya. Tetapi itu cuma halangan kecil sekiranya dirancang dengan teliti bukan lagi penghalang kerana penghalang terbesar sebenar adalah DIRI KITA SENDIRI yang merupakan musuh terhebat. Kalau kita dapat mengatasi musuh terhebat ini, Insya Allah sebelah kaki hampir menjejaki tanah Haram dan bakal menjadi tetamu Allah dan selebihnya adalah hidayah dan ikhsan Allah. Jadi yang dah dapat tarikh penerbangan tu bersyukurlah kerana Kembara Wajib Sepanjang Hayat menuju Baitullah telah pun bermula. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment