Tuesday, July 26, 2011

MENANAM RUMPUT



Keadaan halaman rumah ketika renovation

Inilah keadaan rumah ketika renovation pada awal 2008. Selepas renovation dibiarkan saja rumput liar/alien tumbuh. Memandangkan konkrit dan batu bata pun banyak tertanam di dalam tanah, rumput yg tumbuh adalah jenis 'ganas' dan buruk rupanya. Perlahan-lahan aku cangkul dan buang sendiri batu sebab tak cukup bajet. Selepas itu cow grass dan rumput liar tumbuh lebih sekata seperti gambar di bawah.

Cowgrass dan rumput liar tumbuh sendiri selepas renovation

Ketika bulan puasa kami membuat kerja gila dengan menanam sendiri sebahagian laman dgn rumput. Sebelah pagi aku dan wifey ke Sungai Buluh membeli rumput filipina yang sarat diangkut dgn kereta. Suasana sejuk dibasahi hujan lebat apabila kami bertolak balik ke rumah. Tak ingat lapar dah. Sampai di rumah terus punggah rumput ke halaman dalam hujan. Satu keluarga sibuk bermandi hujan. Aku mencangkul dan meratakan tanah, wifey dan anak-anak menyusun rumput dalam hujan renyai-renyai. Sangat bertenaga walaupun berpuasa. Mungkin jiran-jiran mentertawakan kami. Ye lah baru masuk rumah baru. Sanggup berhujan menanam rumput. Ketika berpuasa pulak tu. Menjelang jam 1 pm, habis semua rumput ditanam lebih kurang seluas 20 kaki X 10 kaki. Memang kerja gila. Tahun itu juga tahun yg bersejarah kerana kami bukan sahaja berpuasa di rumah baru tetapi menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baru. Yang lebih menarik mak dan bak (ayah) bertukar angin beraya di Shah Alam. Namun begitu, hasil projek rumput pertama kami masih jauh dari yang diharapkan sebab hanya 1/10 halaman ditanam rumput filipina, selebihnya masih rumpur liar dan cowgrass,

Projek rumput 1 - sebahagian kecil halaman ditanam rumput Filipina dan sebahagian lagi masih cowgrass

Projek rumput 2 - rumput baru selepas hire Abang La, halaman nampak cantik sikit
Akhirnya 1 tahun kemudian setelah bajet mencukupi kami mengupah kontraktor/pekerja Bangladesh untuk menanam semula rumput baru. Walaupun tak macam padang golf tapi Oklah. Tiada pokok tapi hanya rumput supaya ada kawasan lapang untuk anak-anak bermain.


Kalau nak tahu lebih detail pasal rumput KLIK SINI.

4 comments:

Anonymous said...

bagus gak tanam rumput...buleh anak2 bermain2...nak tanya sebelum tanam rumput, rumput liar tu kena racun dulu ker atau cabut dengan tangan atau cangkul. lepas tu kena beli tanah top soil untuk ratakan tanah? dan bagaimana pula dari segi pembajaan rumput tersebut?
wasalam

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Kalau nak proper, cangkul dulu selapis tanah, rumput liar dan batu batu. Lepas tu ratakan dgn top soil. Padat dan ratakan tanah dan biar sampai seminggu sehingga tanah betul-betul padat dan kalau perlu ratakan dgn pasir. Kalau tidak halaman berombak ombak. Lepas tu barulah susun kepingan rumput. Siram sebelah pagi dan petg setiap hari sebulan pertama.

Pasal baja ni pun saya tak mahir sangat tapi ada org kata dan juga dr buku-buku dicadangkan siram 2 minggu sekali dgn baja Urea yg dicampur air. Saya tak berapa rajin jadi 2 bulan sekali saya tabur je baja urea. Masalah menabur baja ni mungkin tak rata jadi rumput tumbuh hijau bertompok tompok. Ada tempat yg terkena banyak baja akan jadi betul betul hijau dan tumbuh pula rumput liar.

Rumput liar ni pun satu hal jugak. Kena rajin cabut. Paling best guna screw driver supaya dpt cabut sampai akarnya sekali. Dulu aku rajin jugak mencabut termasuk mengupah anak. Skrg ni upah budak bangla cabut sebab kawasan halaman luas.

mynormas said...

Tahniah! Your lawn nampak cantik. Sekali atau dua kali mungkin perlu 'topdress' dengan pasir terutamanya di tempat yang lekuk supaya laman tuan jadi rata.
Perlu iltizam. Buat sikit kerja tapi selalu lebih baik dari banyak tapi jarang-jarang.
www.mynormas.com

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

En Mynormas,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Insya Allah akan buat topdress seperti nasihat tuan. Memang kena iltizam nak jaga rumput ni. Seronok tengok bila rumput tumbuh cantik.