Tuesday, July 26, 2011

MENANAM RUMPUT



Keadaan halaman rumah ketika renovation

Inilah keadaan rumah ketika renovation pada awal 2008. Selepas renovation dibiarkan saja rumput liar/alien tumbuh. Memandangkan konkrit dan batu bata pun banyak tertanam di dalam tanah, rumput yg tumbuh adalah jenis 'ganas' dan buruk rupanya. Perlahan-lahan aku cangkul dan buang sendiri batu sebab tak cukup bajet. Selepas itu cow grass dan rumput liar tumbuh lebih sekata seperti gambar di bawah.

Cowgrass dan rumput liar tumbuh sendiri selepas renovation

Ketika bulan puasa kami membuat kerja gila dengan menanam sendiri sebahagian laman dgn rumput. Sebelah pagi aku dan wifey ke Sungai Buluh membeli rumput filipina yang sarat diangkut dgn kereta. Suasana sejuk dibasahi hujan lebat apabila kami bertolak balik ke rumah. Tak ingat lapar dah. Sampai di rumah terus punggah rumput ke halaman dalam hujan. Satu keluarga sibuk bermandi hujan. Aku mencangkul dan meratakan tanah, wifey dan anak-anak menyusun rumput dalam hujan renyai-renyai. Sangat bertenaga walaupun berpuasa. Mungkin jiran-jiran mentertawakan kami. Ye lah baru masuk rumah baru. Sanggup berhujan menanam rumput. Ketika berpuasa pulak tu. Menjelang jam 1 pm, habis semua rumput ditanam lebih kurang seluas 20 kaki X 10 kaki. Memang kerja gila. Tahun itu juga tahun yg bersejarah kerana kami bukan sahaja berpuasa di rumah baru tetapi menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baru. Yang lebih menarik mak dan bak (ayah) bertukar angin beraya di Shah Alam. Namun begitu, hasil projek rumput pertama kami masih jauh dari yang diharapkan sebab hanya 1/10 halaman ditanam rumput filipina, selebihnya masih rumpur liar dan cowgrass,

Projek rumput 1 - sebahagian kecil halaman ditanam rumput Filipina dan sebahagian lagi masih cowgrass

Projek rumput 2 - rumput baru selepas hire Abang La, halaman nampak cantik sikit
Akhirnya 1 tahun kemudian setelah bajet mencukupi kami mengupah kontraktor/pekerja Bangladesh untuk menanam semula rumput baru. Walaupun tak macam padang golf tapi Oklah. Tiada pokok tapi hanya rumput supaya ada kawasan lapang untuk anak-anak bermain.


Kalau nak tahu lebih detail pasal rumput KLIK SINI.

Tuesday, July 19, 2011

HUJUNG MINGGU DI KUALA KANGSAR



Wifey dgn kebun

Aiman memikul Rambutan

Dalam guni putih tu ada Durian Musang Berjanggut
Tetiba pulak wifey nak balik. Mengidam rambutan kampung. Ada apa-apa ke ni? Impossible... impossible....Selepas ambil Along yg ada program sekolah di Subang Jaya, kami pun bertolak ke KK. Tapi sebelum tu sempat singgah Beriani Gam Johor Pak Anjang di seksyen 13. Restoran ni walau tersorok tapi famous dan sedap. Budak budak makan nasi beriani tapi aku try mee bandung. Sodap. Trylah.

Anyway pukul 2 baru masuk hiway Guthrie dan sampai KK jam 5 pm. Lalu depan sekolah Clifford, depa tengah sukan tahunan. Lama dah tak tengok sukan sekolah buat di padang sekolah macam tahun 70 an dan 80 an dulu sebab di Shah Alam ni semua buat di stadium. Nampak meriah.. Tengok budak Clifford, teringat Amir Ex MKD Aku kata kat wifey, ni sekolah budak nakal. Hehehe...budak -budak ni semua nampak macam Amir. Tapi Wifey kata Amir nak dpt Phd dah. Ramai jugak agaknya budak nakal Clifford ada Phd. Di depan Clifford pulak MCKK. Tu tempat budak budak pandai tapi MCKK semua pelajar lelaki, sure boring.

Sampai rumah, rehat sekejap dan terus ke kebun mak mertua. Nasib baik sepupu wifey dah kumpulkan rambutan dan durian bawah pokok. Kalau harap kat aku... beli kat kedai je lah. Durian tak banyak, tak sampai 10 biji pun tapi rambutan banyak, boleh dapat 4-5 guni. Kat pokok pun banyak, nampak merah-merah. Wifey kata aku budak Pekan, so mana tahu pasal kebun-kebun ni. Ye lah lahir di Pekan, Pahang. Budak Pekan lah tu. Kebun pusaka, lepas ni wifey punya la kot. Ada kebun tapi anak-anak tak minat makan durian kecuali Ajmal.

Biasalah kalau balik KK ni member tak da, nak merayau pun jam 10pm hanya KFC 24hrs yg buka. Malam Ahad pasar malam je happening, itupun 8.30pm dah hampir sold out. Beli satay, yong tau foo dan murtabak pak mat pendek. Balik rumah mentekedarah.

Laksa Pokok Limau
Ada 1 lagi belum pergi, Laksa Pokok Limau. Siang tadi tak sempat sebab pergi kebun. Kat KK yg famous laksa Pak Ngah. Semua penjual laksa nama Pak Ngah. Kalau bukan nama Pak Ngah tak sedap...Tapi sebab dah selalu makan, rasa tak sedap pulak. Pagi Ahad aku keluar pergi ke Lembah (bukan lembah gersang...) pekena nasi lemak Halim dan Mon sambil melihat sungai perak mengalir lesu dan menghirup udara pagi kampung yg belum tercemar. Melihat aktiviti aktiviti masyarakat kuala berniaga di pasar minggu.

Balik rumah, baca paper dan berguling guling sekejap. Wifey ada appointment mengurut pulak. So peluang untuk merayau rayau. Jam 11 am ajak Aiman makan laksa pokok limau. Laksa dia lain sikit sebab ada telur dadar. Kuah pun pekat sikit dari laksa Pak Ngah. Sodap.. sodap...Gerai sebelah ada jual air kelapa muda pulak. Ni ori punya. Kalau pekena sekali, esok nak datang lagi.

Laksa Pokok Limau

Friday, July 01, 2011

ULANG TAHUN KE 42 ISTERIKU

Semalam genap 42 tahun umur wifey. Tapi kesian, tahun ni tiada bunga dan kek. Saja je. Wifey bukan hint lagi tapi dia paksa pulak aku beli bunga. Aku kata kambing je makan bunga. Hehehe...Nasib baik dia tak marah. Aku kata, aku belikan mercedes lah. Tapi dia nak bunga jugak. Maghrib kami berjemaah sekeluarga dan bersembahyang hajat bersama. Lepas tu keluar makan. Anyway terima kasihlah atas segalanya disepanjang hampir 20 tahun kehidupan yang dilalui bersama yang penuh warna warni, ribut taufan umpama mentari, hujan dan pelangi. Semoga ada perjalanan yang lebih colorful dan menarik menanti ditahun tahun mendatang. Insya Allah.