Pejam celik dah 13 hari berpuasa. Hampir setengah Ramadan berlalu. Badan pun dah dapat adjust dengan routine baru, dah selesa. Alhamdulillah, masih mampu berterawih 8 rakaat. Surau Ar-Rayyan masih meriah walaupun jemaah semakin berkurangan. Mulai malam ketiga yang lalu ada seorang lagi imam jemputan muda dari selatan thai mengimamkan solat terawih secara bergilir-gilir. Kalau malam pertama dulu bawah khemah pun tak muat. Semalam, selesai 8 rakaat, hanya tinggal 1 1/2 saf sahaja. Itulah suasana Ramadan dan suasana ini sama saja ditempat-tempat lain di Malaysia atau dunia seberang lautan. Mungkin juga cerita mengenai kelebihan Ramadan dan Laylatul qadar menjadi cerita biasa yang disampaikan dari 1 generasi ke 1 generasi sahaja tanpa pengertian dan roh sebenar. Dan besar kemungkinan tiada siapa di zaman ini yang mungkin menemuinya dan mampu bercerita mengenai kehebatannya. Mungkin juga 10 atau 20 tahun lagi Ramadan hanya sekadar ritual dan budaya bubur lambuk semata-mata. Wallahualam.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
No comments:
Post a Comment