Wednesday, December 29, 2010

TIPS MENGENAI MASA

www.timesavers.sg menyenaraikan cara untuk menjimat masa di Kiasuland.

1. Beli 7 helai baju yang sama pattern dan warna - dapat jimat 35 minit sehari untuk pilih baju. Dah lama aku nak buat macam ni. Enstein ada 3 jaket yg sama so tak payah buang masa pilih jaket.

2. Sesapa yang pakai tie, jangan buka simpulan supaya senang pakai semula - jimat 5 minit sehari. Dah praktis sejak 18 tahun dulu.

3. Jangan makan dengan ramai orang - jimat 45 minit. Jadi kera sumbang. Dengan 2-3 orang Oklah.

4. Memandu di belakang ambulance - jimat 45 minit. Ini betul-betul kiasu.

5. Jangan tawat menawar -jimat 25 minit. Kalau kaya bolehlah.

6. Tidak beratur di tempat yg terdapat queue panjang - jimat 45 minit. Tip ni OK, contohnya guna internet untuk bayar bil.

7. Membotakkan kepala - jimat 5 minit untuk sikat rambut. Yang ni OK. Lama tak sikat rambut sebab rambut tak berapa nak ada.

Dalam Islam ada tips yang menekankan keutamaan masa dalam hidup kita yang singkat di dunia ini. Perlu memaksimumkan waktu-waktu berikut:

  • Masa hidup sebelum mati - banyak benda tak buat lagi, sembahyang pun tak sempurna
  • Masa kaya sebelum miskin - sekarang ni kaya pun tidak, miskin pun tidak.
  • Masa sihat sebelum sakit - yang hisap hisap rokok macam ekzos lori hantu, berhentilah
  • Masa lapang sebelum datang masa sempit - selalu procrastinate
  • Masa muda sebelum tua - dah nak tua tapi masih young at heart. Masa muda tak bersedia secukupnya.

Sunday, December 19, 2010

HAJI 2010: PERJALANAN WAJIB SEKALI SEPANJANG HAYAT




Alhamdulillah. Jam 9.00pm, 13 Dis. 2010 yang lalu selamat touch down di KLIA dari Madinah. Kembara panjang di 2 tanah haram selama 44 hari telah berakhir. Semoga pengorbanan untuk melaksanakan rukun Islam ke 5 ini tidak sia-sia dan mendapat ganjaran dari Allah Swt. Amin.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan, melaksanakan kerja-kerja haji tidaklah susah apabila sudah berada di Mekah tetapi memupuk cita-cita dan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum berangkat adalah sangat utama dan memerlukan kesungguhan. Sekiranya mental tidak kuat, jemaah akan terpengaruh dengan cerita-cerita pelik seperti balasan secara cash, tidak nampak kaabah kerana dosa masa lampau, sesat dll kepercayaan karut sedangkan tujuan ke sana hanyalah satu iaitu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah swt. Akhirnya, kita semaikan dalam pemikiran bahawa kita belum bersedia, belum sampai seru, tidak berkemampuan dan sebagainya. Sebahagian besar cerita pelik adalah tidak benar sama sekali. Allah maha Pengasih dan maha Pengampun. Tentu saja tetamuNya diberi layanan yang baik. Bukanlah layanan seperti Raja. Tentulah berbeza dan tidak sama dengan tanahair sendiri. Sekiranya niat baik, Insya Allah akan dipermudahkan. Pergilah sementara masih kuat. Selain sedikit ilmu dan kemampuan kewangan, yang utama ialah kemampuan fizikal kerana ibadah haji lebih kepada pergerakan fizikal. Jika ingin bersembahyang jemaah pun kena sihat dan kuat kerana ada berpuluh ribu, beratus ribu, malah mencecah 1.8-2.8 juta orang menjelang hari wukuf yang akan berebut melakukan ibadat di Masjidil Haram. Di padang Arafah pula jumlah jemaah akan mencecah sehingga 5 juta orang termasuk jemaah masuk tanpa permit Saudi. Jadi, pergilah semasa muda, semasa fizikal masih kuat dan ingatan masih tajam.

Tuesday, October 12, 2010

KEMBARA HAJI 2010

Kembara haji 2010 telah bermula. Setakat hari ini lebih 3000 daripada 26,000 bakal jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah melalui penerbangan awal. Harap-harap dan Insya Allah cita-cita kami turut tercapai di musim haji 2010 ini. Sebelum ke Canada, sempat juga hadir Kursus Haji Perdana anjuran Zahafiz di Masjid Negeri Shah Alam pada 2 oktober 2010 walaupun sampai petang saja. Nasib baik ada Puan Wifey jadi wakil sampai malam. Bagus Puan Wifey ni. (ada udang sebalik mee.. hehehe) Kursus Haji Perdana anjuran Tabung Haji pada minggu sebelumnya juga termiss kerana surat TH dapat last minute dan ada program lain pulak tu. Anyway, sekali lagi mintak-mintak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin.

Monday, October 11, 2010

MONTREAL DAN BOSTON


Alhamdulillah lebih kurang seminggu di Montreal dan Boston, dapat balik semula tidur atas tilam keras dan memeluk bantal busuk. Dan yang lebih penting dapat memeluk awek kesayangan. Hehehe...Walaupun tidur dalam First Class dan Business Class tak sama dengan bilik sendiri yang tak ada kelas. Walau ada awek cun duduk sebelah, bini juga sentiasa di hati. (Saja nak ambil hati bini, nanti boleh outstation lagi...)

Semasa menunggu di lounge KLIA sembang dengan Aznil Nawawi dan membernya dari Astro. Dia nak ke Cannes. Pak Nil ni kulitnya licin macam anak dara. Tak gaya jantan langsung. Umur dah dekat 50 tapi nampak macam 30 tahun. Ingat nak ambil gambar tapi segan pulaklah.

Flight jam 11.40 pm 2 Oktober 2010 ke London. Sampai London lebih kurang jam 6.30am dan lepak di Marriot Heathrow, Terminal 4. Seterusnya ambil flight Air Canada ke Montreal jam 3.30pm dan sampai lebih kurang jam 6.30pm. Check in di Marriot dan staff Melayu bawa pergi seafood restoran di luar bandar montreal. Nak balun sungguh-sungguh takut kena gout dan naik kolestrol pulak. Ngeri jugak kalau tak boleh berjalan. Isnin pergi lawat kilang yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta dan lunch di kilang. Pagi selasa meeting, petang ambil flight ke Boston. Pagi rabu lawat kilang di Boston, sebelah petang shopping sikit dan sebelah malam ada official dinner di Turner Fisheries. Tom Yam abang cuka kat Klang lagi sedap. Khamis meeting lagi dan sebelah petang ke London semula. Begitulah packnya jadual. Sorrylah Puan wifey, tak dapat memenuhi semua hajat shopping puan wifey. Next timelah kalau ada rezeki. Nak pergi outlet pun tak sempat sebab hujan lebat aka ribut di Boston. Time nak balik barulah terang benderang tapi dah tak sempat nak shopping pulak. Tengok pokok Maple di bawah ni yang ditanam ditapak bangunan admin kilang (bangunannya belum bina lagi). Hopefully dapat hiduplah sebab biasanya pokok yang aku tanam tak hidup. Hehehe...


















Thursday, September 02, 2010

MURTABAK

Sejak mula puasa hanya sekali miss makan murtabak sebab berbuka di PICC. Itu pun kawan punya pasal terpaksalah aku berbuka di luar. Tak minat dah nak berbuka kat hotel. Nak juga try murtabak Keramat di Putrajaya, tapi jam 4.30pm Qnya panjang berjela. Keluar awal nanti org JPA ambil gambar pulak. Tak kerja lain ke dia orang ni. Minggu lepas balik kampung wifey di Kuala Kangsar dapat pekena murtabak Pak Mat. Ada panggil Mat Pendek. Itu tak penting, janji sedap dan value for money. Orang gomen suka term ni. Jam 3.30pm dah kena beratur. Tengah beratur pun dah terliur. OKlah harga RM2.50, tebal dan nampak menarik. Cara buat pun lain dari yang lain. Ni gambar yang dipinjam dari rakan cyber. Nampak tu murtabak yang gemuk-gemuk. Makan tengah panas cicah kari mamak. Meleleh ayo lior teman.

Friday, August 27, 2010

BERPUASA DI LUAR NEGERI

Banyak kenangan ketika berpuasa di luar negeri. Berpuasa di US ketika masih bujang dan berpuasa di UK semasa dah berkeluarga tentulah berbeza. Ketika di US, masih di zaman gila-gila tetapi alhamdulillah tidaklah sampai ponteng puasa. Sedikit bernasib baik sebab puasa bukan dalam musim panas. Kalau tidak... Paling seronok bila berbuka beramai-ramai dengan kawan-kawan. Juadah routine adalah cucur bawang, rojak dan resepi-resepi original orang bujang yang tiada nama tapi boleh dimakan, tidak mabuk tetapi mengenyangkan. Mana ada Bazar Ramadan. Semua kena masak sendiri. Masa tu lah skill sebagai orang bujang terserlah. Kami akan duduk beramai-ramai diatas karpet dan melahap apa saja di depan mata. Semua sedap. Bersahur pulak makan apa yang ada, kalau rajin bangun, dan kalau merokok pulak, akan hisap rokok sampai ke sedutan terakhir betul-betul sebelum masuk Subuh. Masa tu masih chain smoker. Itu cerita 20 tahun dulu ketika di St. Louis, Missouri.

Ketika di UK 8 tahun dulu, kehidupan berpuasa lebih baik sedikit berbanding zaman muda di US. Juadah berbuka nampak senonohlah sikit sebab ada wife dan ada anak-anak. Paling best, jam 4.15pm dah maghrib. Ada masa, terpaksa berbuka di dalam kelas. Kalau balik awal dari kelas bolehlah berbuka bersama-sama isteri dan anak-anak. Dalam suasana sejuk dan nyaman tak terasa lapar dan penat. Kalaulah di Malaysia macam ni...Tapi jika berpuasa di UK pada hari ini mungkin waktu berbuka jam 8.10 malam. Diwaktu musim panas pula, maghribnya pada jam 9.30 malam dan Subuh pada jam 3 pagi!!! So kalau kena time summer, tak puasalah agaknya.

Tuesday, August 24, 2010

MY ULTRAMAN









Pagi ultraman, tengah hari ultraman, petang ultraman, malam ultraman dan nak tidur pun ultraman.

Monday, August 23, 2010

13 RAMADAN 1431

Pejam celik dah 13 hari berpuasa. Hampir setengah Ramadan berlalu. Badan pun dah dapat adjust dengan routine baru, dah selesa. Alhamdulillah, masih mampu berterawih 8 rakaat. Surau Ar-Rayyan masih meriah walaupun jemaah semakin berkurangan. Mulai malam ketiga yang lalu ada seorang lagi imam jemputan muda dari selatan thai mengimamkan solat terawih secara bergilir-gilir. Kalau malam pertama dulu bawah khemah pun tak muat. Semalam, selesai 8 rakaat, hanya tinggal 1 1/2 saf sahaja. Itulah suasana Ramadan dan suasana ini sama saja ditempat-tempat lain di Malaysia atau dunia seberang lautan. Mungkin juga cerita mengenai kelebihan Ramadan dan Laylatul qadar menjadi cerita biasa yang disampaikan dari 1 generasi ke 1 generasi sahaja tanpa pengertian dan roh sebenar. Dan besar kemungkinan tiada siapa di zaman ini yang mungkin menemuinya dan mampu bercerita mengenai kehebatannya. Mungkin juga 10 atau 20 tahun lagi Ramadan hanya sekadar ritual dan budaya bubur lambuk semata-mata. Wallahualam.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadan 1431

Hari pertama berpuasa. Fizikal dan mental perlu sedikit adjustment kerana timing lari dari kebiasaan. Pagi ini memandu dalam keadaan sedikit mengantuk sebab tidur lewat dan bangun awal. Semalam telah bermula sembahyang terawih. Tentu dimana saja masjid dan surau di Malaysia penuh sesak dengan jemaah untuk menunaikan solat sunat terawih. Semangat tengah berkobar. Ada yang ikhlas hati hadir ke masjid setelah sekian lama tidak menjejakinya. Mungkin ada rakan-rakan yang pergi sebab ingin merasakan kemeriahan berterawih, ada pula yang segan dengan isteri dan anak-anak atau mungkin juga dipaksa oleh bini. Mungkin juga ada yang tak terfikir pun nak berterawih. Sibuk agaknya. Anyway, Surau Arrayan Seksyen7 Shah Alam seperti kebiasaan, penuh sesak di awal Ramadan. Tak jauh juga beza dengan tempat-tempat lain. Jemaah akan berkurang di minggu ke 2 dan seterusnya apabila demam shopping raya mula melanda. Tahun ini imam jemputan budak Pahang lulusan Pakistan memimpin Terawih 20 rakaat. Aku agak 1/3 lagi jemaah berhenti setakat 8 rakaat termasuklah aku. Hopefully, diberi kekuatan untuk terus berterawih sepanjang Ramadan walau tak cukup 20 rakaat. Insya Allah.

Thursday, July 22, 2010

CLARITY

Ada dictionary defines CLARITY sebagai clearness or lucidy as to perception or understanding. Apa maksudnya? Dalam erti kata lain, pengetahuan atau persepsi kita terhadap sesuatu mesti jelas dan difahami sedalam-dalamnya. Tapi isu clarity inilah menyebabkan banyak masalah terutama di pejabat apabila arahan begitu kabur tetapi perlu dilaksanakan dengan segera. Jadi bos tidak begitu susah tetapi bukanlah senang kalau kita tak jelas arahan dari bos yang lebih besar. Sebahagian kita cuma bos-bos kecil. Ada lagi bos-bos besar dan ada juga bos paling kecil yang terpaksa buat sendiri kerja walau dipanggil bos. Tapi apa yang penting Bos yang paling besar juga mesti jelas sebelum beri arahan kepada bos-bos sederhana, sederhana kecil dan paling kecil. Bos paling kecil juga perlu analytical dan jelas sebelum buat assigment. Tapi susah juga nak tanya kalau bos sederhana besar pun tak clear, bos kecil lagilah tak clear. Bos paling kecil lagi susah sebab semua bos-bos tak clear. Last-last sama-sama tak clear. So back to basic, think of CLARITY first sebelum buat apa-apa decision.

Wednesday, July 21, 2010

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI

Jawapan kepada tajuk, tentu saja lebih baik lagi negeri sendiri. Interesting membaca pemikiran orang dari perspektif yang berbeza. Last time aku pergi Singapore pada Nov 2008. Di Orchard Road memang nampak macam world class tapi kalau pergi ke Mustafa Centre, lebih teruk dari Little India di Klang. Macam antara 2 darjat pulak. Kini Singapore telah tewas dengan tarikan wang haram dengan adanya kasino di Sentosa Island. Mungkin tak jauh juga beza seperti di sini.

A tale of two Singapores

Ceritalah
By KARIM RASLAN

The problems faced by lower income Singaporeans remain a major headache for the PAP government, especially as the general election looms.

SINGAPORE has always been a small and extremely crowded island. With a current population of 4.9 million (projected to rise to 6.5 million by 2020), the city-state is bursting at the seams.

Still, Singapore’s economy is on the mend. People are talking of a possible GDP growth of 13%-15% this year. At the same time, however, the economic turnaround has sparked off a dramatic escalation in property prices, tourist arrivals and living costs.

All of this has exacerbated the growing income divide and put pressure on the island republic’s all too limited resources.

While no one is accusing the city state of fostering poverty, there’s clearly a growing polarisation between the haves cruising around in their Lexus limousines and patronising expensive marble-lined hotels and the have-nots tucked away in their Housing Development Board (HDB) flats.

The latter’s feelings of deprivation and disenchantment has been made worse by a gnawing sense that foreigners are the main beneficiaries of Singapore’s prosperity.

Last week, I set out to explore the contrasts as well as the attendant strains that this growth spurt must be engendering in Singapore. Their political leaders and policy-makers are clearly watching these developments closely as elections loom on the horizon (expected in mid-2011).

The newly-opened Marina Bay Sands casino (dubbed MBS) represents one end of the socio-economic divide. It looms over the city, symbolising Singapore’s determination to re-invent itself as a services and tourist hub in the face of constantly shifting global trends.

As I approached the casino complex, with its three separate 55-storey hotel wings capped by a bizarre floating garden, I asked my taxi-driver if he’d ever visited the MBS. He shook his head, replying: “It’s only for high-class people.”

The casino itself was a revelation. I’m not a gambling man but its main gaming floor was huge and strangely enthralling. It was crammed with tables for countless games (including blackjack and baccarat) as well as the ubiquitous one-armed bandits.

Despite it being a Monday evening the casino was one-third full. Most of the patrons appeared to be from China or elsewhere. Indeed, Singaporeans must pay S$100 to get in, but foreigners enter for free.

The casino’s upper floors contain private gaming rooms and very high-end restaurants. These specialise in serving dishes with luxurious ingredients, like rare seafood and champagne.

What struck me as I passed through the casino on my way to the hotel was the constant noise. The mix of piped music, human voices and the electronic beeps and whirrs of machines resulted in a weird melange of sound, like ghostly organ fugue.

The next morning, however, I was shown a completely different side to Singapore. A young artist and friend Alecia Neo took me on a tour of her neighbourhood, Queenstown, a well-maintained, albeit distinctly working-class area to the west of the Central Business District (CBD).

Born and brought up in Queenstown, Alecia’s a proud local girl. Nonetheless she’s well aware of the difficulties many locals are facing. Indeed her photographs of the neighbourhood’s personalities are infused with a sense of belonging, tenderness and compassion.

“People here are generally cash-poor. Medical costs are high and property is so expensive. If there’s an emergency it can be very tough,” she said.

“My father has a small sundry shop, and elderly folk (well into their 70s) are always asking for part-time work. But the foreigners – especially the Chinese nationals – are always willing to work harder for less.”

While Singaporeans enjoy better health standards, the downside is that many blue-collar workers have found their retirement funds running out as they themselves grow old.

This is a serious public policy challenge anywhere. Singapore’s gentrification, however, has accentuated its growing socio-economic disparities.

Many Singaporeans are struggling to afford basic housing. For instance, an executive apartment in Singapore now costs around S$840,000 – far more than a two-room HDB flat at S$255,000.

Of course, wealthy non-Singaporeans are hardly deterred by such prices. These are the buyers sought out by private bankers.

This means that foreigners are competing with local Singaporeans for housing and jobs at all socio-economic levels.

Still, it must be said that Singaporeans of any class are generally much better off than their compatriots elsewhere in South-east Asia. Nevertheless, the problems faced by lower-income Singaporeans remains a major headache for the PAP government.

Interestingly, Singapore authorities have become far less generous in granting permanent residencies to foreigners, perhaps mindful of the backlash this policy has created.

Queenstown reveals that there are definite structural weaknesses in Singapore’s economic model. While the PAP’s control of the media allows it to manage these imbalances, the fast-approaching election means that more permanent solutions are needed.

On our part, we Malaysians must acknowledge that such disparities also occur in our own country. The socio-economic differences are equally stark. In the past race was the sole determinant of poverty or indeed wealth. That has changed. How we manage this divide will be a major test for Malaysia. - thestar.com.my

Tuesday, June 08, 2010

HARI KELUARGA TOK BIBAH, 29 MEI 2010

Tanggal 29 Mei 2010, di Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Kuantan, akhirnya idea dan perancangan yang dibuat agak lama dulu menjadi kenyataan. Hari Keluarga Tok Bibah atau Almarhum Hajjah Habibah bt Sulaiman telah berjaya mengumpulkan kesemua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit yang berjumlah lebih kurang 120 orang bagi mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Walaupun jumlah tak besar mana tetapi kebiasaannya kami memang tidak dapat berjumpa dalam 1 masa yang sama walaupun pada Hari Raya. Alhamdulillah, Hari Keluarga ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Thursday, June 03, 2010

SALAM TAKZIAH

Walaupun telah 3 hari berlalu, takziah diucapkan untuk keluarga Shima yang telah meninggal ketika mengikuti latihan ala komando program DPA, INTAN. Shima adalah salah seorang Penolong Setiausaha di ofis aku. Tak pernah bertugas direct bawah aku tetapi kerap berselisih bahu dan bertegur sapa di lif. Beliau pernah menjadi assistant kepada rakanku Roslan yang telah pun bertukar ke KB. Yang aku ingat, dia kerap berkebaya pink dan boleh dikatakan menarik juga. Anyway, dia telah pergi lebih awal menemui Penciptanya dalma usia yang masih muda. Anak masih kecil baru berusia 2 tahun. Ramai staff telah ke Masjid Keramat untuk memberi penghormatan terakhir dan sembahyang jenazah termasuk kaum keluarga dan rakan-rakan kursus PTD. Ternampak juga Ketua Jabatan, wakil JPA dan Tan Sri Hassan Marican, ex Petronas. Walau apa pun, moral of the story ialah sesiapa saja tidak kira usia, muda atau tua akan pergi jua menemuiNya bila tiba saat dan ketikanya.

Pengajaran lain, JPA/INTAN perlu revise SOP kursus. Boleh buat kursus yang sukar tetapi keselamatan, kebajikan dan kesihatan peserta kursus adalah paling utama dan tidak boleh dikompromi. Kursus komando boleh buat tetapi modul perlu disesuaikan dengan peserta yang selama ini hanya pergi meeting dan buat paper dasar, duduk dari pagi sampai petang depan komputer. Gone all the days yang peserta kursus tidak boleh berhubung dengan keluarga ketika kursus. Ini bukan zaman batu lagi. Aku dan PTD-PTD lain turut mengalami situasi yang sama ketika mengikuti Outward Bound School dan kursus tentera dulu 15 tahun dulu. Di OBS kami tidak dibenarkan menghubungi keluarga selama 2 minggu. Di PLAW kami dilanyak oleh askar. Nasib baik semua bersatu dan melawan balik askar yang kadang-kadang kurang waras. Banyak lagi professional program yang boleh dibuat untuk inculcate semangat setiakawan, teamwork, kekuatan mental dsbnya. Mungkin orang INTAN ni tak tahu. Anyway, itu asam garam kehidupan yang perlu dilalui oleh PTD. Susah juga nak jadi PTD.

Thursday, April 22, 2010

PULAU MANUKAN




Kali pertama menjejaki kaki ke Pulau Manukan lebih kurang 14 tahun dulu iaitu pada tahun 1996. Ketika itu tidak berapa ramai pelancung. Pantainya cantik dan tidak crowded dengan pengunjung seperti sekarang. Ketika itu air di tepi pantai di aras pinggang pun masih jernih, banyak ikan, masih ada batu karang dan dasarnya cantik berwarna warni. Kali ini aku bawak 1 family ke KK hujung tahun lalu dan aku berpeluang sekali lagi ke Pulau Manukan. Sekarang mungkin kena pergi 30-50 meter dari pantai baru boleh jumpa khazanah laut sebegitu. Mungkin 20 tahun lagi tak ada apa yang tinggal di Pulau Manukan, cuma pantai yang biasa-biasa saja, untuk berkelah. Mungkin cucu cicit kita tak ada peluang lagi menikmati semua ini kecuali mereka yang kaya, itupun kalau masih ada semua benda-benda ni. Kalau dah lenyap semua flora dan fauna dan khazanah laut ni, ada duit pun tak guna...

Thursday, April 01, 2010

KOPITIAM DAN KAKI KATAK


Cerita dalam Utusan pada 20 Mac 2010 sangat menarik terutama untuk pengunjung kopitiam. Aku pun selalu pergi jugak ni. Next time tak pergi dah kopitiam kopitiam ni. Orang Islam kena fikir banyak kali kalau pasal makan ni. Anyway terpulanglah kepada tuan punya perut sendiri. Katak pun sodap...hehehe

Monday, March 15, 2010

KAYA



Baru-baru ini terdapat kajian yang dilaksanakan oleh salah sebuah pusat pengajian tinggi yang mendapati 96% pemuda dan pemudi Malaysia bercita-cita menjadi jutawan bila mencapai usia 35 tahun. Inilah yang ada dalam pemikiran hampir semua pemuda dan pemudi Malaysia sekiranya survey tersebut betul. Adakah aku perlu ketawa, bangga, sedih atau menangis bila melihat figure ini? Entah...tapi itulah budaya yang telah kita semaikan dalam pemikiran anak-anak yang membesar dalam dunia materialistik Malaysia sejak 20-30 tahun lalu. Tentu tidak salah untuk menjadi kaya tapi sekiranya 96% bercita-cita menjadi jutawan ketika berumur 35 tahun tentu saja ada banyak persoalan timbul. Atau mungkin survey ini silap? Apakah ini tanda kejayaan pendidikan di Malaysia atau tanda-tanda kemusnahan yang dasyat dalam masyarakat? Inilah golongan yang akan mentadbir negara, menjadi tekonokrat, businessman dan nadi penggerak negara dan juga mereka inilah yang akan menjadi penyangak besar yang paling bijak dalam negara 1 hari nanti. Aku hanya makan roti bakar dengan kaya saja. Belum juga kaya. Tapi siapa tahu 1 hari nanti aku juga boleh kaya dan jadi jutawan.

Wednesday, February 10, 2010

REUNION SEMESRA BATCH 85

Selepas 25 tahun meninggalkan sekolah, kami bertemu lagi. Jiwa muda yang masih sama tetapi bentuk fizikal berbeza. Ha ha.. Kurang rambut, boroi, berjanggut dll adalah tanda biasa, tak perlu risau asalkan mentally muda! Seronok berjumpa kawan lama. Tok Guru, jutawan, Dr., CEO, peniaga besar dan orang biasa seperti aku masih bercerita kisah-kisah lama. Sangat menarik dan kami bercadang berjumpa semula di Pondok agama yang diusahakan sahabat di Lanchang.

Thursday, February 04, 2010

BANGUNAN TERTINGGI DUNIA

Semua bangsa yang maju dizamannya meninggalkan legasi berbentuk monument atau objek seperti piramid dsb. Mungkin untuk menunjukkan kemajuan, kekuatan, aspirasi ketika itu dan mungkin juga keangkuhan. Sejak akhir ini, bangunan pencakar langit menjadi simbol kemajuan ekonomi negara-negara sedang membangun. Dubai mendahului ketika ini. Apakah keruntuhan ekonomi Dubai turut memberi kesan terhadap simbol yang sedang mereka bina. Nakheel Tower yang dicadangkan telah ditangguhkan tapi mereka masih mendahului melalui iaitu Burj Dubai. Negara mana selepas ini?